Permohonan PISMP 2023 Di IPG Calon Guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM
Calon-calon lulusan SPM yang berminat terhadap profesion perguruan sebagai kerjaya boleh merealisasikan impian dan cita-cita masing-masing dengan membuat permohonan Program Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Permohonan PISMP 2023 Terbuka Kepada Calon Lulusan SPM
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru adalah terbuka kepada calon-calon lulusan SPM tahun 2022, 2021, dan 2020 yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2023.
Tiada Syarat Minimum Dikenakan Untuk Permohonan PISMP 2023 Bagi Lepasan SPM 2022
Tiada syarat minimum yang dikenakan kepada pemohon dari lulusan SPM tahun 2022, permohonan boleh dibuat dengan menggunakan keputusan periksaan percubaan SPM manakala bagi pemohon yang tidak menduduki peperiksaan percubaan, boleh menggunakan keputusan akhir tahun tingkatan empat.
Walaubagaimanapun, tawaran adalah bergantung kepada keputusan SPM sebenar yang diperoleh oleh pemohon.
Syarat Minimum Permohonan PISMP 2023 Untuk Lulusan SPM Tahun 2021 Dan 2020
Berbeza dengan pemohon lulusan SPM 2020 dan 2021, pemohon mesti memenuhi syarat umum dan syarat bidang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Permohonan IPG 2023 Lulusan SPM Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP
Berikut editor sertakan maklumat yang berkaitan dengan permohonan Program Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru.
Info Tarikh Permohonan PISMP IPG 2023 Dibuka
Permohonan PISMP IPG 2023 | |||
Tarikh | Dibuka | Ditutup | |
15 Mac 2023 | 14 April 2023 | ||
Tarikh sistem permohonan PISMP IPG dibuka dan ditutup yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. |
Maklumat Lengkap Berkenaan Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan [PISMP] Di Institut Pendidikan Guru
Bagi mendapatkan maklumat lengkap dan tepat berkenaan permohonan PISMP IPG, sila rujuk kepada iklan permohonan yang dikeluarkan.
Di dalamnya terkandung semua maklumat penting diperlukan oleh pemohon antaranya adalah;
- Maklumat Program Dan Perhatian
- Syarat Dan Kelayakan Asas
- Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan
- Cara Buat Permohonan
- Pelbagai Maklumat Lain Yang Diperlukan Oleh Pemohon
Sila klik pada judul pautan (link) lampiran di bawah.
Pautan Lampiran PDF Maklumat Lengkap Permohonan PISMP IPG 2023 |
Maklumat Dan Panduan Permohonan PISMP IPG 2023 |
Panduan Ringkas Cara Buat Permohonan PISMP IPG 2023
- Sila layari Portal Rasmi Sistem Permohonan PISMP IPG 2023 di pautan https://pismp.moe.gov.my
- Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna portal berkenaan.
- Setelah berjaya mendaftarkan diri sebagai pengguna, pemohon boleh log masuk sistem permohonan bagi melengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan katalaluan yang didaftarkan.
- Pemohon disarankan membaca setiap maklumat yang disediakan di dalam Portal Sistem Permohonan PISMP bagi memudahkan pemohon membuat permohonan.