Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 SBP Sekolah Berasrama Penuh KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2022 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kepada calon-calon atau mana-mana pemohon yang berkenaan.
Objektif Utama Kerajaan Penubuhan Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan antara usaha kerajaan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang daripada segi Akademik, Jasmani dan Rohani.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, proaktif serta mempunyai disiplin yang tinggi.
Sekolah Berasrama Penuh Menjadi Pilihan
Berikutan kejayaan objektif yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap penubuhan Sekolah Berasrama Penuh, ianya menjadi pilihan kepada semua ibu bapa agar anak jagaan mereka mendapat pendidikan terbaik dan merasai suasana pembelajaran lebih selesa di sana.
Permohonan SBP 2022 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Secara Online
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) akan membuka sistem permohonan secara dalam talian (online) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi kemasukan murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun pengambilan 2022.
Berikut merupakan penyertaan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Permohonan SBP 2022 bagi kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4.
Tarikh Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2022 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 | |
Dibuka | Ditutup |
10 Oktober 2021 | |
Dilanjutkan | 31 Disember 2021 |
Tarikh rasmi permohonan dibuka dan ditutup adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. | |
Lampiran PDF | |
Pautan (link) : Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia Berkaitan Kemasukan Murid Ke Sekolah Khusus Tahun 2022 | |
Panduan Dan Cara Buat Permohonan SBP Tahun 2022 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 |
1. Sila layari laman sistem rasmi permohonan SBP 2022 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, klik pada pautan (link) di bawah. |
Tingkatan 1 |
Pautan (link) : https://spskt1.moe.gov.my |
Tingkatan 4 |
Pautan (link) : https://spskt4.moe.gov.my |
Nota: Sistem Permohonan SBP bagi kemasukan tahun 2022 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan. |
2. Ibubapa / Penjaga dan Pemohon boleh mendapatkan semua maklumat lanjut berhubung dengan Panduan Permohonan di dalam laman Sistem Permohonan SBP tersebut. |
Syarat Asas Kelayakan Kemasukan SBP 2022 Tingkatan 1 |
1. Murid mestilah warganegara Malaysia. |
2. Merupakan murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2021. |
3. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK). |
4. Murid yang sihat tubuh badan. |
5. Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum |
Syarat Asas Kelayakan Kemasukan SBP 2022 Tingkatan 4 |
1. Murid mestilah warganegara Malaysia. |
2. Merupakan murid tingkatan tiga dan telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada tahun 2021. |
3. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK) |
4. Murid yang sihat tubuh badan. |
5. Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum |