Senarai Lengkap Penyanyi Dan Kumpulan Sebagai Peserta Gegar Vaganza 2022 GV9
Program hiburan Gegar Vaganza merupakan sebuah rancangan TV realiti nyanyian memfokuskan penyanyi-penyanyi berpengalaman dan profesional yang pernah popular pada masa lalu tampil membuat kejutan dengan bersaing sesama sendiri bagi merebut hadiah lumayan berupa wang tunai.
Gegar Vaganza Menghidupkan Kembali Kerjaya Penyanyi Lama
Jika dilihat dari konsep Gegar Vaganza itu sendiri, program ini dilihat menghidupkan kembali kerjaya dan bakat penyanyi solo mahupun berkumpulan yang sudah lama menyepi tampil kepada umum selain memperkenalkan diri kepada generasi baru.
Gegar Vaganza Mencipta Fenomena Tersendiri
Gegar Vaganza adalah program realiti nyanyian yang ditunggu-tunggu oleh peminat pada setiap tahun.
Sejak program ini diperkenalkan ia mendapat sambutan hangat dari kalangan peminat dunia hiburan tanahair kerana Gegar Vaganza telah mendatangkan impak dan mencipta fenomena tersendiri yang berjaya memikat hati penonton.
Peminat Menunggu Pengumuman Peserta Gegar Vaganza
Peminat rancangan popular Gegar Vaganza (GV) masih menunggu pengumuman rasmi dari pihak Astro berhubung dengan penyanyi dan kumpulan yang terlibat dengan program realiti Gegar Vaganza musim ke-9 bagi tahun 2022.
Kemaskini 13 Bintang Gegar Vaganza Musim Ke-9 (GV9) Telah Diumumkan
Senarai rasmi peserta Gegar Vaganza 2022 telah diumumkan dalam satu sidang media yang akan diadakan hari Selasa, 6 September 2022 bertempat di Menara Kuala Lumpur.
Senarai Lengkap Dan Rasmi Peserta Gegar Vaganza 2022 GV9
Berikut adalah senarai penuh kesemua 13 peserta yang bertanding dalam Gegar Vaganza 2022 sepertimana diumumkan.
Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 2022 GV9 | |
Penyanyi Peserta Lelaki | Penyanyi Peserta Wanita |
Tomok | Jaclyn Victor |
Bob Yusof | Shila Amzah |
Asheed (Def Gab-C) | Dina Nazir |
Hasrul Nizam | Pat Candy |
Roy Kapilla | Haida Hasnan |
Fuad Rahman (Singapura) | Tom (MyStarz LG) |
Peserta Duo dan Berkumpulan | |
Kumpulan V.E |
Gambar Peserta Gegar Vaganza 2022 (GV9)
Barisan Juri Tetap Gegar Vaganza 2022 (GV9)
Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) masih mengekalkan tiga juri terbaik iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.
Pengacara (Hos) Gegar Vaganza 2022 (GV9)
Gegar Vaganza 2022 bakal menyaksikan Nabil Ahmad akan bergandingan dengan Elly Mazlein menggantikan Jihan Muse yang bersalin bayi keduanya.
Konsert Minggu Pertama Gegar Vaganza (GV9) Pada 18 September 2022
Konsert minggu pertama Gegar Vaganza 2022 musim ke-9 (GV9) akan berlangsung pada 18 September 2022 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.