Tirai saingan Piala FA Malaysia 2025/2026 secara rasminya dibuka selepas berlangsungnya Majlis Undian Rasmi sambil memperlihatkan gambaran awal tentang percaturan menarik bakal mewarnai edisi ke-35 pada kejohanan berprestij ini. Tatkala setiap pasukan giat melakukan persiapan terakhir, sorotan kini tertumpu kepada 16 pasukan yang sah akan bersaing dalam edisi kompetitif ini.
Saingan Piala FA 2025/26 Gabungan Pasukan Elit Dan Pendatang Baharu
Musim ini, kejohanan membabitkan 13 pasukan daripada Liga Super 2024/25 yang layak secara automatik berdasarkan pencapaian liga musim lalu. Antara menjadi pilihan utama termasuklah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Sabah FC, Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC yang sudahpun memperlihatkan prestasi konsisten di peringkat domestik.
Menariknya, tiga kelab dari Liga A1 Semi-Pro iaitu Bunga Raya FC, Malaysian University FT dan UM-Damansara FC berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila bakal melakukan penampilan sulung mereka di pentas Piala FA. Penampilan mereka bukan sekadar melengkapkan jumlah penyertaan malah dijangka memberi cabaran tidak diduga kepada pasukan lebih berpengalaman.
Senarai Rasmi 16 Pasukan Bertanding:
- Johor Darul Ta’zim (JDT)
- Selangor FC
- Sabah FC
- Terengganu FC
- Kuala Lumpur City FC
- Kuching City FC
- Penang FC
- PDRM FC
- Melaka FC
- Imigresen FC
- Negeri Sembilan FC
- Kelantan The Real Warriors FC
- DPMM FC
- Bunga Raya FC
- Malaysian University FT
- UM-Damansara FC
Sorotan Undian Piala FA 2025/26
Antara pertemuan awal yang dijangka mencuri tumpuan ialah perlawanan antara DPMM FC dari Brunei yang membuat kemunculan semula dalam arena bola sepak Malaysia menentang Kuching City FC sebuah pasukan yang kian meningkat naik sejak kebelakangan ini. Sementara itu, pertembungan antara Melaka FC dan Penang FC turut dijangka sengit.
Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memulakan kempen menentang pendatang baharu UM-Damansara FC, satu undian dilihat mencabar dari segi peluang membuktikan keupayaan sama ada kelab muda itu mampu mencipta kejutan ataupun JDT meneruskan dominasi mereka.
Pasukan seperti Selangor FC dan Sabah FC pula masing-masing akan bertemu dengan Malaysian University FT dan Bunga Raya FC. Sementara itu, perlawanan seperti Terengganu FC vs Imigresen FC, Kelantan The Real Warriors vs Kuala Lumpur City FC dan Negeri Sembilan FC vs PDRM FC menambah lagi rencah persaingan yang pastinya akan mendapat sorakan padu penyokong setia.
Siapa Bakal Tambah Koleksi Kejuaraan?
Sejak diperkenalkan, Piala FA Malaysia telah menyaksikan dominasi beberapa kuasa besar bola sepak tempatan. Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC kekal sebagai pasukan paling berjaya dengan masing-masing lima kejuaraan. JDT kini menguasai kancah bola sepak negara dari pelbagai sudut, sudahpun menjulang trofi ini sebanyak empat kali dan kini mengintai gelaran kelima untuk menyamai rekod.
Format Timbal Balik Jadi Taruhan
Edisi ke-35 menyaksikan format perlawanan timbal balik diperkenalkan semula bagi Pusingan 16, Suku Akhir dan Separuh Akhir, satu langkah yang dijangka menjadikan kejohanan lebih taktikal dan adil. Perlawanan Akhir akan kekal dimainkan secara satu perlawanan penentuan di lokasi neutral dijadualkan berlangsung pada 14 Disember 2025.
Format | Peringkat | Perlawanan 1 | Perlawanan 2 |
---|---|---|---|
Kalah Mati | Pusingan 16 | 16, 17 & 18 Ogos 2025 | 12, 13, 14, 15 Sept & 2 Okt 2025 |
Suku Akhir | 17-18 Oktober 2025 | 28-29 Oktober 2025 | |
Separuh Akhir | 8-9 November 2025 | 29-30 November 2025 | |
Final | 14 Disember 2025 |
Carta Kedudukan, Keputusan Piala FA 2025/26 Suku Akhir 1 Dan 2
Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat | ||
---|---|---|---|---|---|
Oktober | |||||
Penang FC | |||||
Terengganu | Kuching FC | ||||
N.Sembilan | Selangor FC | ||||
Kelantan TRW |
Carta Kedudukan, Keputusan Piala FA 2025/26 Pusingan 16
Jadual Dan Keputusan Pusingan 16 [2]
Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat | ||
---|---|---|---|---|---|
12 September | |||||
9:00PM | PDRM FC | 1 | 0 | N.Sembilan | |
Negeri Sembilan FC menang agregat 5-1. | |||||
13 September | |||||
Ditunda | Sabah FC | – | – | Bunga Raya FC | |
8:15PM | Selangor | 9 | 0 | M.University | |
Selangor FC menang agregat 12-1. | |||||
9:00PM | Terengganu | 3 | 0 | Imigresen FC | |
Terengganu FC menang agregat 4-2. | |||||
14 September | |||||
8:15PM | Kuching FC | 7 | 1 | DPMM FC | |
Kuching City FC menang agregat 9-4. | |||||
8:15PM | KL City FC | 1 | 0 | Kelantan TRW | |
Kelantan TRW menang agregat 3-2. | |||||
15 September | |||||
9:00PM | Penang FC | 3 | 0 | Melaka FC | |
Penang FC menang agregat 5-0. | |||||
2 Oktober | |||||
8:15PM | JDT | UM Damansara |
Jadual Dan Keputusan Pusingan 16 [1]
Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat | ||
---|---|---|---|---|---|
16 Ogos | |||||
5:00PM | M.University | 1 | 3 | Selangor | |
8:15PM | UM Damansara | 0 | 5 | JDT | |
8:15PM | DPMM FC | 3 | 2 | Kuching FC | |
17 Ogos | |||||
4:45PM | Bunga Raya FC | 0 | 6 | Sabah FC | |
5:00PM | Imigresen FC | 2 | 1 | Terengganu | |
9:00PM | Melaka FC | 0 | 2 | Penang FC | |
18 Ogos | |||||
9:00PM | N.Sembilan | 5 | 0 | PDRM FC | |
9:00PM | Kelantan TRW | 3 | 1 | KL City FC |