Keputusan Jumlah Pungutan Pingat Emas Perak Gangsa Terkini Malaysia Sukan Olimpik Tokyo Dan Senarai Penuh Atlet Malaysia. Temasya sukan Olimpik (2020 Summer Olympics) yang ditangguhkan kini diadakan kembali.
2020 Summer Olympics Ditunda Setahun
Temasya sukan terbesar dunia, sukan Olimpik edisi ke-32 di Tokyo, Jepun sepatutnya berlangsung pada tahun lepas (2020) ditunda ke tahun ini (2021) susulan pandemik melanda dunia yang menghuru-harakan kalendar temasya sukan antarabangsa.
Negara Tuan Rumah Dan Jumlah Penyertaan
Tokyo, Jepun merupakan bandar tuan rumah bagi sukan Olimpik musim panas edisi ke-32 yang membabitkan penyertaan sebanyak 206 buah negara serta seramai 11,090 atlet yang bertanding dalam 33 jenis sukan yang dipertandingkan.
Tarikh Kejohanan Sukan Olimpik Tokyo (2020 Summer Olympics)
Temasya sukan Olimpik Tokyo edisi ke-32 akan berlangsung bermula 23 Julai 2021 hingga 8 Ogos 2021.
Jumlah Atlet Malaysia Sukan Olimpik Tokyo 2021
Seramai 30 atlet membawa cabaran Malaysia di temasya Olimpik Tokyo 2021 yang mewakili sepuluh jenis sukan meliputi 27 acara masing-masing iaitu Memanah (Archery), Olahraga (Athletics), Badminton, Berbasikal (Cycling), Terjun (Diving), Golf, Gimnastik (Gymnastics), Pelayaran (Sailing), Menembak (Shooting) dan Renang (Swimming).
Pencapaian Terbaik Atlet Malaysia Di Temasya Sukan Olimpik
Sebagai rekod, pencapaian terbaik atlet Malaysia sepanjang tempoh penyertaan di sukan Olimpik adalah pada sukan Olimpik 2016 Rio Brazil apabila berjaya membawa pulang lima pingat iaitu 4 pingat perak ( 3 badminton, 1 terjun) dan 1 pingat gangsa menerusi sukan berbasikal.
Keputusan Pungutan Pingat Terkini Malaysia Sukan Olimpik Tokyo 2021 Dan Senarai Penuh Atlet Malaysia
Berikut adalah maklumat berhubung dengan keputusan dan jumlah pungutan pingat Emas, Perak, Gangsa serta senarai penuh atlet Malaysia yang menyertai acara sukan masing-masing di sukan Olimpik, Tokyo Jepun 2020.
Senarai Penuh Atlet Malaysia Sukan Olimpik Tokyo Jepun 2020-2021 | ||
Sukan | Atlet | Acara / Kategori |
Memanah | Khairul Anuar Mohamad | Individu Lelaki |
Syaqiera Mashayikh | Individu Wanita | |
Olahraga | Lee Hup Wei | Lompat Tinggi Lelaki |
Azreen Nabila Alias | 100m Wanita | |
Badminton | Lee Zii Jia | Perseorangan Lelaki |
Soniia Cheah | Perseorangan Wanita | |
Aaron Chia & Soh Wooi Yik | Beregu Lelaki | |
Chow Mei Kuan & Lee Meng Yean | Beregu Wanita | |
Chan Peng Soon & Goh Liu Ying | Beregu Campuran | |
Berbasikal | Mohd Azizulhasni Awang | Keirin & Pecut Lelaki |
Muhammad Shah Firdaus Sahrom | Keirin & Pecut Lelaki | |
Terjun | Nur Dhabitah Sabri & Ng Yan Yee | 3m Papan Anjal Individu Wanita |
Pandelela Rinong & Cheong Jun Hoong | 10m Platform Individu Wanita | |
Pandelela Rinong & Leong Mun Yee | 10m Platform Seirama Wanita | |
Golf | Gavin Green | Individu Lelaki |
Kelly Tan | Individu Wanita | |
Gimnastik Artistik | Farah Ann Abdul Hadi | All-aRound Wanita |
Jeremiah Loo Phay Xing | All-aRound Lelaki | |
Pelayaran | Khairulnizam Mohd Afendy | Laser Lelaki |
Nur Shazrin Mohd Latif | Laser Radial Wanita | |
Nuraisyah Jamil & Juni Karimah Noor Jamali | International 470 Wanita | |
Menembak | Nur Suryani Mohamed Taibi | 50m Rifle 3 Positions Wanita |
Renang | Welson Sim Wee Sheng | 200m, 400m Gaya Bebas Lelaki |
Phee Jinq En | 100m, 200m Kuak Dada Wanita | |
Tarikh Kejohanan Sukan Olimpik Tokyo (2020 Summer Olympics) | |
Upacara Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Olimpik Tokyo | Upacara Majlis Penutupan Rasmi Sukan Olimpik Tokyo |
23 Julai 2021 | 8 Ogos 2021 |
Carta Jumlah Pungutan Pingat Emas, Perak Dan Gangsa Atlet Malaysia Olimpik Tokyo 2020-2021 | ||||
Sukan | Pingat Emas | Pingat Perak | Pingat Gangsa | Jumlah Pingat |
Berbasikal | 0 | 1 | 0 | 1 |
Badminton | 0 | 0 | 1 | 1 |
Memanah | 0 | 0 | 0 | 0 |
Olahraga | 0 | 0 | 0 | 0 |
Terjun | 0 | 0 | 0 | 0 |
Golf | 0 | 0 | 0 | 0 |
Gimnastik | 0 | 0 | 0 | 0 |
Pelayaran | 0 | 0 | 0 | 0 |
Menembak | 0 | 0 | 0 | 0 |
Renang | 0 | 0 | 0 | 0 |
Jumlah Keseluruhan | 0 | 1 | 1 | 2 |
Kedudukan Malaysia Dalam Ranking Negara Bagi Jumlah Keseluruhan Pungutan Pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020-2021 | ||||
Rank | Pingat Emas | Pingat Perak | Pingat Gangsa | Jumlah Pingat |
74 | 0 | 1 | 1 | 2 |
Ringkasan Keputusan Akhir Atlet Malaysia Sukan Olimpik Tokyo Jepun 2020-2021 | ||||
Sukan | Acara / Kategori | Atlet | Peringkat / Keputusan | Pingat |
Gimnastik Artistik | All-aRound Lelaki | Jeremiah Loo Phay Xing | Kelayakan | Tiada |
Renang | 200m, 400m Gaya Bebas Lelaki | Welson Sim | Heat | Tiada |
Badminton | Beregu Campuran | Chan Peng Soon & Goh Liu Ying | Kumpulan | Tiada |
Gimnastik Artistik | All-aRound Wanita | Farah Ann Abdul Hadi | Kelayakan | Tiada |
Renang | 100m, 200m Kuak Dada Wanita | Phee Jinq En | Heat | Tiada |
Badminton | Beregu Wanita | Chow Mei Kuan & Lee Meng Yean | Kumpulan | Tiada |
Memanah | Individu Wanita | Syaqiera Mashayikh | Pusingan 64 | Tiada |
Terjun | 10m Platform Seirama Wanita | Pandelela Rinong & Leong Mun Yee | Tempat ke-8 | Tiada |
Badminton | Perseorangan Wanita | Soniia Cheah | Kumpulan | Tiada |
Badminton | Perseorangan Lelaki | Lee Zii Jia | Pusingan 16 | Tiada |
Olahraga | 100m Wanita | Azreen Nabila Alias | Pusingan 1 | Tiada |
Olahraga | Lompat Tinggi Lelaki | Lee Hup Wei | Kelayakan | Tiada |
Pelayaran | Laser Radial Wanita | Nur Shazrin Mohd Latif | Tempat ke-26 | Tiada |
Terjun | 3m Papan Anjal Wanita | Ng Yan Yee | (Preliminary) Tempat ke-20 | Tiada |
Memanah | Individu Lelaki | Khairul Anuar Mohamad | Pusingan 16 | Tiada |
Pelayaran | Laser Lelaki | Khairulnizam Mohd Afendy | Tempat ke-28 | Tiada |
Menembak | 50m Rifle 3 Positions Wanita | Nur Suryani Mohamed Taibi | Kelayakan | Tiada |
Badminton | Beregu Lelaki | Aaron Chia & Soh Wooi Yik | Penentuan Pingat Gangsa (Menang) | Gangsa |
Terjun | 3m Papan Anjal Wanita | Nur Dhabitah Sabri | (Final) Tempat ke-4 | Tiada |
Golf | Individu Lelaki | Gavin Green | Pusingan 4 Tempat ke-57 | Tiada |
Pelayaran | International 470 Wanita | Nuraisyah Jamil & Juni Karimah Noor Jamali | Tempat ke-17 | Tiada |
Terjun | 10m Platform Wanita | Cheong Jun Hoong | (Preliminary) Tempat ke-26 | Tiada |
Terjun | 10m Platform Wanita | Pandelela Rinong | (Final) Tempat ke-12 | Tiada |
Berbasikal | Sprint Lelaki | Mohd Azizulhasni Awang | 1/8 Repechages | Tiada |
Berbasikal | Sprint Lelaki | Muhammad Shah Firdaus Sahrom | 1/8 Repechages | Tiada |
Golf | Individu Wanita | Kelly Tan | Pusingan 4 Tempat ke-34 | Tiada |
Berbasikal | Keirin Lelaki | Muhammad Shah Firdaus Sahrom | Suku Akhir | Tiada |
Berbasikal | Keirin Lelaki | Mohd Azizulhasni Awang | (Final) Tempat ke-2 | Perak |