Keputusan Jumlah Pungutan Pingat Emas Perak Gangsa Terkini Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo Dan Senarai Penuh Atlet Malaysia
Temasya sukan tertinggi bagi atlet kelainan upaya dari seluruh dunia iaitu sukan Paralimpik (2020 Summer Paralympics) yang ditangguhkan sebelum ini kini telah dijadual diadakan kembali.
Tarikh Asal Tokyo 2020 Summer Paralympics Sebelum Ini Ditunda
Sama seperti penganjuran Sukan Olimpik Tokyo (2020 Summer Olympics) yang baharu sahaja tamat baru-baru ini, Temasya sukan Paralimpik edisi ke-16 di Tokyo, Jepun sepatutnya berlangsung pada tahun lepas (2020) ditunda ke tahun ini (2021) susulan pandemik melanda dunia yang menghuru-harakan kalendar temasya sukan antarabangsa.
Info Ringkas Mengenai Sukan Paralimpik
Sukan Paralimpik adalah temasya sukan antarabangsa yang melibatkan atlet-atlet kelainan upaya dari seluruh dunia yang layak bertanding. Temasya sukan Paralimpik diadakan setiap empat tahun sekali sama sepertimana Sukan Olimpik.
Negara Tuan Rumah Dan Jumlah Penyertaan
Tokyo, Jepun merupakan bandar tuan rumah bagi sukan Paralimpik musim panas edisi ke-16 yang melibatkan penyertaan dari 163 negara yang layak membabitkan seramai lebih 4,400 atlet bertanding dalam 22 jenis sukan yang dipertandingkan.
Tarikh Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo (2020 Summer Paralympics)
Temasya sukan Paralimpik Tokyo edisi ke-16 akan berlangsung bermula 24 Ogos 2021 hingga 5 September 2021.
Jumlah Atlet Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo 2021
Seramai 22 atlet membawa cabaran Malaysia di temasya sukan Paralimpik Tokyo 2021 yang mewakili sembilan jenis sukan meliputi 22 acara masing-masing iaitu Memanah (Archery), Olahraga (Athletics), Badminton, Berbasikal (Cycling), Boccia, Powerlifting, Swimming (Renang), Table Tennis (Ping Pong) dan Wheelchair Tennis (Tenis Kerusi Roda).
Pencapaian Terbaik Atlet Malaysia Di Temasya Sukan Paralimpik
Sebagai rekod, pencapaian terbaik atlet Paralimpik Malaysia sepanjang tempoh penyertaan di sukan Paralimpik adalah pada sukan Paralimpik 2016 Rio Brazil apabila berjaya membawa pulang empat pingat iaitu 3 pingat emas dan 1 pingat gangsa menerusi sukan olahraga.
Keputusan Pungutan Pingat Terkini Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo 2021 Dan Senarai Penuh Atlet Malaysia
Berikut adalah maklumat berhubung dengan keputusan dan jumlah pungutan pingat Emas, Perak, Gangsa serta senarai penuh atlet Paralimpik Malaysia yang menyertai acara sukan masing-masing di sukan Paralimpik, Tokyo Jepun 2020.
Senarai Penuh Atlet Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo Jepun 2020-2021 | ||
Sukan | Atlet | Acara / Kategori |
Memanah | Suresh Selvathamby | Recurve Individu Lelaki |
Wiro Julin | Compound Open Individu Lelaki | |
Olahraga | Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi | Lari Pecut 100m T36 |
Wong Kar Gee | Lompat Jauh T13 | |
Abdul Latif Romly | Lompat Jauh T20 | |
Muhammad Ziyad Zolkefli | Lontar Peluru F20 | |
Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin | Lari 400m T20 | |
Badminton | Cheah Liek Hou | Perseorangan Lelaki (SU5) |
Didin Taresoh | Perseorangan Lelaki (SH6) | |
Boccia | Chew Wei Lun | Individu BC1 |
Berbasikal | Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin | Lebuhraya & Trek |
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais & Nurul Suhada Zainal | Lebuhraya | |
Muhammad Hafiz Jamali & Zuhairie Ahmad Tarmizi | Lebuhraya & Trek | |
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Muhammad Hafiz Jamali & Zuhairie Ahmad Tarmizi | Pecut Berpasukan Campuran | |
Powerlifting | Bonnie Bunyau Gustin | Lelaki – 72kg |
Jong Yee Khie | Lelaki – 107kg | |
Renang | Muhammad Nur Syaiful Zulkafli | 50m, 100m, 200m S5 (Gaya Bebas) & 100m SB4 Kuak Dada Lelaki |
Jamery Siga | 50m S5, Kuak kupu-kupu Lelaki | |
Brenda Anellia Larry | 50m S4, Kuak Dada, 50m Kuak kupu-kupu Wanita | |
Ping Pong | Chee Chaoming | Individu – Kelas 9 |
Tenis Kerusi Roda | Abu Samah Borhan | Perseorangan Lelaki |
Tarikh Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo (2020 Summer Paralympics) | |
Upacara Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Paralimpik Tokyo | Upacara Majlis Penutupan Rasmi Sukan Paralimpik Tokyo |
24 Ogos 2021 | 5 September 2021 |
Carta Jumlah Pungutan Pingat Emas, Perak Dan Gangsa Atlet Malaysia Paralimpik Tokyo 2020-2021 | ||||
Sukan | Pingat Emas | Pingat Perak | Pingat Gangsa | Jumlah Pingat |
PowerLifting | 1 | 1 | 0 | 2 |
Badminton | 1 | 0 | 0 | 1 |
Olahraga | 1 | 0 | 0 | 1 |
Boccia | 0 | 1 | 0 | 1 |
Memanah | 0 | 0 | 0 | 0 |
Berbasikal | 0 | 0 | 0 | 0 |
Renang | 0 | 0 | 0 | 0 |
Ping Pong | 0 | 0 | 0 | 0 |
Tenis Kerusi Roda | 0 | 0 | 0 | 0 |
Jumlah Keseluruhan | 3 | 2 | 0 | 5 |
Kedudukan Malaysia Dalam Ranking Negara Bagi Jumlah Keseluruhan Pungutan Pingat Sukan Paralimpik Tokyo 2020-2021 | ||||
Rank | Pingat Emas | Pingat Perak | Pingat Gangsa | Jumlah Pingat |
39 | 3 | 2 | 0 | 5 |
Senarai Akhir Atlet Paralimpik Malaysia Yang Memperoleh Pingat Di Sukan Paralimpik Tokyo 2020-2021 | ||||
Tarikh | Atlet | Sukan | Acara | Pingat |
28 Ogos | Bonnie Bunyau Gustin | PowerLifting | 72kg Lelaki | Emas |
4 Sept | Cheah Liek Hou | Badminton | Perseorangan Lelaki (SU5) | Emas |
4 Sept | Abdul Latif Romly | Olahraga | Lompat Jauh T20 | Emas |
30 Ogos | Jong Yee Khie | PowerLifting | 107kg Lelaki | Perak |
1 Sept | Chew Wei Lun | Boccia | Individu | Perak |
Ringkasan Keputusan Akhir Atlet Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo Jepun 2020-2021 | ||||
Sukan | Acara / Kategori | Atlet | Peringkat / Keputusan | Pingat |
Renang | 200m Gaya Bebas Lelaki | Muhammad Nur Syaiful Zulkafli | Penyertaan Dibatalkan | Tiada |
Renang | 100m Kuak Dada Lelaki | Muhammad Nur Syaiful Zulkafli | Penyertaan Dibatalkan | Tiada |
Renang | 100m Gaya Bebas Lelaki | Muhammad Nur Syaiful Zulkafli | Akhir – Kedudukan ke-7 | Tiada |
Renang | 50m Gaya Bebas Lelaki | Muhammad Nur Syaiful Zulkafli | Akhir – Kedudukan ke-5 | Tiada |
Renang | 50m Kuak kupu-kupu Lelaki | Jamery Siga | Kelayakan – Heat Kedudukan ke-13 | Tiada |
Renang | 50m Kuak kupu-kupu Wanita | Brenda Anellia Larry | Kelayakan – Heat Kedudukan ke-11 | Tiada |
Renang | 50m Kuak Dada Wanita | Brenda Anellia Larry | Kelayakan – Heat Kedudukan ke-13 | Tiada |
Berbasikal Trek | 1000m Time Trial wanita | Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais & Nurul Suhada Zainal | Akhir – Kedudukan ke-9 | Tiada |
Berbasikal Trek | 3000m Pursuit individu lelaki | Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin | Kelayakan – Kedudukan ke-7 | Tiada |
Berbasikal Trek | 1000m Time Trial lelaki | Muhammad Hafiz Jamali & Zuhairie Ahmad Tarmizi | Akhir – Kedudukan ke-19 & 10 | Tiada |
Berbasikal Trek | 750m Pecut Berpasukan | Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Muhammad Hafiz Jamali & Zuhairie Ahmad Tarmizi | Kelayakan – Kedudukan ke-5 | Tiada |
Berbasikal Lebuhraya | Time Trial Lelaki C1 | Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin | Akhir – Kedudukan ke-5 | Tiada |
Berbasikal Lebuhraya | Time Trial Lelaki C5 | Muhammad Hafiz Jamali | Akhir – Kedudukan ke-12 | Tiada |
Berbasikal Lebuhraya | Road Race Lelaki C1-3 | Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin | Akhir – Kedudukan ke-33 | Tiada |
Ping Pong | Perseorangan lelaki | Chee Chaoming | Kumpulan C – Kedudukan ke-4 | Tiada |
PowerLifting | 72kg Lelaki | Bonnie Bunyau Gustin | Akhir – Kedudukan Pertama | Emas |
PowerLifting | 107kg Lelaki | Jong Yee Khie | Akhir – Kedudukan Ke-2 | Perak |
Memanah | Compound Open Individu Lelaki | Wiro Julin | Pusingan 32 | Tiada |
Memanah | Recurve Individu Lelaki | Suresh Selvathamby | Pusingan 32 | Tiada |
Tenis Kerusi Roda | Perseorangan Lelaki | Abu Samah Borhan | Pusingan 32 | Tiada |
Olahraga | Lontar Peluru F20 | Muhammad Ziyad Zolkefli | Akhir – Kedudukan Pertama | Pingat Emas Dibatalkan |
Olahraga | 400m Wanita T20 | Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin | Akhir – Kedudukan Ke-8 | Tiada |
Olahraga | 100m lelaki T36 | Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi | Akhir – Kedudukan Ke-4 | Tiada |
Olahraga | Lompat Jauh T13 | Wong Kar Gee | Akhir – Kedudukan Ke-6 | Tiada |
Olahraga | Lompat Jauh T20 | Abdul Latif Romly | Akhir – Kedudukan Pertama | Emas |
Boccia | Individu BC1 | Chew Wei Lun | Akhir – Kedudukan Ke-2 | Perak |
Badminton | Perseorangan Lelaki (SH6) | Didin Taresoh | Kumpulan – Kedudukan Ke-3 | Tiada |
Badminton | Perseorangan Lelaki (SU5) | Cheah Liek Hou | Akhir – Juara | Emas |
Sorotan Kandungan
- Keputusan Jumlah Pungutan Pingat Emas Perak Gangsa Terkini Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo Dan Senarai Penuh Atlet Malaysia
- Tarikh Asal Tokyo 2020 Summer Paralympics Sebelum Ini Ditunda
- Info Ringkas Mengenai Sukan Paralimpik
- Negara Tuan Rumah Dan Jumlah Penyertaan
- Tarikh Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo (2020 Summer Paralympics)
- Jumlah Atlet Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo 2021
- Pencapaian Terbaik Atlet Malaysia Di Temasya Sukan Paralimpik
- Keputusan Pungutan Pingat Terkini Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo 2021 Dan Senarai Penuh Atlet Malaysia