PLKN 3.0 : Semakan Pemilihan Program Latihan Khidmat Negara

Semakan Status Pemilihan Dan Penempatan Kem Pelatih PLKN 3.0 Program Latihan Khidmat Negara Terkini Dan Kelayakan Umur.
pelatih plkn

Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN yang dimansuhkan sebelum ini kini dilaksanakan semula selepas diluluskan pada tahun 2023 dengan penambahbaikan modul latihan yang lebih berkesan berbanding sebelumnya.

Fokus Umur PLKN

PLKN 3.0 memfokuskan kepada remaja dan dewasa yang berumur 16 hingga 18 tahun iaitu pelajar Tingkatan 4 serta Tingkatan 5 dengan membabitkan pelaksanaan secara berperingkat (Fasa 1 dan 2).

PLKN Fasa 1

Program Latihan Khidmat Negara bagi peringkat Fasa 1 (Fasa Sekolah) adalah melibatkan pelajar Tingkatan Empat dilaksanakan melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) merangkumi silibus kokurikulum badan beruniform seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

PLKN Fasa 2

Program Latihan Khidmat Negara bagi peringkat Fasa 2 (Fasa Tamat Sekolah) adalah melibatkan pelajar Tingkatan Lima yang telah menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau lepasan SPM.

Pada peringkat Fasa 2, pelatih terpilih akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara selama 45 hari di kem latihan tentera wataniah sepertimana yang ditetapkan kepada pelatih.

Had Umur PLKN 35 Tahun?

Sebagai maklumat umum, bermula 2003 lagi Kerajaan telah menetapkan bahawa mereka yang berada dalam lingkungan umur 16 tahun hingga 35 tahun dengan syarat sihat tubuh badan berpeluang menyertai PLKN.

Tetapi majoriti umur pelatih yang menerima panggilan untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara sebelum ini hanya mereka yang terdiri dari lepasan SPM berumur 18 tahun. Manakala bagi permohonan sukarela pula terbuka kepada pelatih berusia antara 19 hingga 21 tahun.

Terkini Kenyataan Rasmi

Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi satu kenyataan media telah membuat penjelasan lanjut berhubung dengan salah faham dan kekeliruan maklumat berhubung dengan penetapan had umur pelatih PLKN disebarkan di media sosial yang mengatakan belia hingga usia 35 tahun akan dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara 3.0.

Dakwaan itu sekali gus mencetus pelbagai reaksi kurang menyenangkan terutamanya kepada mereka berumur 25 hingga 35 tahun yang beranggapan terpaksa menyertai PLKN.

Sebenarnya umur 35 tahun itu adalah had umur maksimum kepada pelatih terpilih sekiranya mahu menyertai kembali PLKN selepas mereka membuat permohonan penangguhan PLKN 3.0 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini, boleh rujuk kepada lampiran yang disertakan di bawah.

teks kenyataan kementerian pertahanan

Semakan PLKN Pemilihan Dan Penempatan

Buat masa ini sistem semakan status pemilihan dan penempatan pelatih PLKN 3.0 belum lagi dibuka. Sebarang maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini, editor akan kemaskini sebaik sahaja maklumat teperinci diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

Ringkasan Mengenai PLKN

PLKN 3.0 merupakan program wajib bagi setiap remaja dan dewasa lepasan SPM atau berusia 18 tahun di Malaysia, baik lelaki mahupun perempuan.

Program ini dilaksanakan mengikut peringkat, Fasa 1 dilaksanakan melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum badan beruniform seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Manakala Fasa 2 dilaksanakan selama 45 hari di kem latihan tentera wataniah dengan melibatkan pelatihan ketenteraan dan program pembangunan diri.

Objektif Utama

Antara Objektif utama Program Latihan Khidmat Negara dilaksanakan adalah untuk melatih dan membentuk generasi muda yang disiplin, patriotik, dan bertanggung jawab.

Melalui pelatihan ketenteraan dan program pembangunan diri, pelatih PLKN diajarkan nilai-nilai seperti kedisiplinan, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, tanggung jawab kepada negara dan pelbagai lagi perkara yang bermanfaat.