Jadual Dan Keputusan Live Streaming Pra Musim Kedah 2023 Aksi Persahabatan Di Turkiye

Kedah Darul Aman FC buat kali pertamanya telah memilih benua eropah dalam siri jelajah pramusim 2023 mereka sebagai perancangan dan persiapan rapi bagi mengharungi saingan musim baharu yang disifatkan lebih mencabar dalam usaha mereka memburu kejuaraan serta merealisasikan rekod dan kejayaan terbaharu.

Fokus Memantapkan Lagi Pasukan Kedah Darul Aman [KDA FC]

Dalam usaha memantapkan kualiti pasukan bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia [Liga M] pengurusan Kedah Darul Aman FC telah memilih Turkiye [Turki] sebagai destinasi gelanggang latihan apabila mengadakan empat perlawanan persahabatan pra musim 2023 dengan kelab bola sepak dari Uzbekistan [FC Nasaf], Kazakhstan [FC Shakhter Karagandy, FC Maktaaral] dan Ukraine [FC Metalist Kharkiv] di Turki.

Turkiye Sebagai Destinasi Gelanggang Latihan Kedah Darul Aman

Pemilihan Turkiye sebagai destinasi gelanggang latihan merupakan satu perancangan dan pendedahan yang terbaik buat barisan pemain Kedah FC bagi menimba pengalaman serta suasana baharu selain menguji kemampuan bagi membentuk sebuah pasukan terbaik dan sempurna.

Harapan Peminat Dan Penyokong Setia Kedah Darul Aman FC Bagi Cabaran Musim 2023

Peminat dan penyokong setia skuad Sang Kenari pada musim 2023 pasti mengharapkan Kedah Darul Aman FC dapat beraksi cemerlang pada saingan Liga Malaysia [Liga-M].

Tarikh Perlawanan Persahabatan Pramusim Kedah 2023 Di Turki

Pasukan Kedah berangkat ke Turkiye bagi mengharungi empat aksi persahabatan dengan kelab-kelab bola sepak liga utama dari Uzbekistan, Kazakhstan dan Ukraine.

Disebalik pengumuman Kedah untuk mengadakan aksi perlawanan persahabatan pramusim di Tukri ada segelintir individu dan pihak menjangkakan Kedah bakal menjadi pasukan belasahan sepanjang tempoh siri pramusim tersebut.

Namun lain buat peminat dan penyokong setia Kedah Darul Aman FC, mereka tidak terguris dengan dakwaan tersebut, biar kena belasah sekurang-kurangnya pemain-pemain Kedah tahu kekuatan dan kelemahan mereka sekaligus memperbaikinya sebagai persiapan menghadapi musim baharu Liga Malaysia [Liga M] 2023.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Pra Musim Kedah 2023 Di Turkiye

Berikut editor sertakan maklumat yang berkaitan dengan jadual perlawanan dan keputusan persahabatan pra-musim Kedah 2023 dengan kelab-kelab bola sepak eropah di Turki yang dipilih untuk aksi persahabatan pramusim ini.

Jadual Penuh Dan Keputusan Persahabatan Kedah Pra Musim Di Turki 2023
Tarikh  MasaPasukanKeputusanPasukan
9 Februari -Khamis
9:00PMKedah FC12FC Nasaf
10 Februari – Jumaat
10:30PMKedah FC02FC Shakhter Karagandy
12 Februari – Ahad
10:00PMKedah FC12FC Maktaaral
14 Februari – Selasa
11:30PMKedah FC02FC Metalist Kharkiv
📌 Masa sepak mula perlawanan yang dinyatakan adalah waktu Malaysia.