Keputusan Terkini Dan Rasmi Pemenang PRN Melaka 2021 Dan Tarikh Mengundi Pilihanraya DUN Negeri Melaka

SPR atau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menetapkan bahawa tarikh 20 November 2021 sebagai tarikh mengundi umum bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021.

Punca Pembubaran Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka

Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 diadakan susulan Ketua Menteri Melaka sebelum ini, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilihat sebagai jalan terbaik bagi menyelesaikan ketidaktentuan hala tuju parti pimpinan dan kemelut politik yang melanda di negeri Melaka.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali Hilang Majoriti Sokongan

Pembubaran DUN Melaka terpaksa dibuat selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah hilang majoriti sokongan, akibat tindakan oleh empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok kerajaan yang menarik sokongan terhadap tampuk kepemimpinannya.

Rakyat Akan Menentukan Tampuk Kepimpinan Baharu Negeri Melaka

Keputusan Pilihan Raya Negeri PRN Melaka 2021 ini akan memberi gambaran dan petunjuk yang jelas mengenai sokongan sebenar rakyat terhadap siapakah pemimpin terbaik pilihan rakyat negeri Melaka.

Jumlah Kerusi Yang Perlu Dimenangi Bagi Membentuk Kerajaan Negeri Melaka

Bagi membentuk kerajaan negeri Melaka yang baharu, mana-mana gabungan parti yang bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 15 daripada 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

PRN Melaka 2021 Sebagai Persiapan Untuk Pilihan Raya Umum (PRU)

Secara dasarnya, Pilihan Raya Negeri Melaka dilihat tidak akan memberi apa-apa perubahan besar kepada perhitungan kuasa di peringkat persekutuan, bagaimanapun PRN Melaka bakal membawa implikasi penting kerana semua parti politik yang bertanding pasti akan memanfaatkan keputusan sokongan daripada pengundi sebagai panduan dan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Keputusan Terkini Dan Rasmi PRN Melaka 2021 Pilihan Raya Negeri Melaka

Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka 2021 telah ditetapkan berlangsung pada hari Sabtu 20 November 2021 dimana liputan secara siaran langsung atau live streaming akan dibuat oleh semua stesen penyiaran televisyen di Malaysia.

Rakyat Malaysia terutamanya pengundi di negeri Melaka boleh mengetahui perkembangan PRN Melaka 2021 dari semasa ke semasa.

Tarikh-Tarikh Penting Pilihanraya Negeri Melaka PRN Melaka 2021
Berikut merupakan perkara dan tarikh-tarikh penting berhubung dengan Pilihan Raya Negeri Melaka 2021.
PerkaraTarikh
Hari Penamaan Calon8 November 2021
Tempoh Berkempen8 – 19 November 2021
Pengundian Awal16 November 2021
Hari Mengundi (umum)20 November 2021
Senarai Parti Gabungan Dan Parti Bertanding Serta Jumlah Bilangan Calon PRN Melaka 2021
Bil.Parti Politik + Parti GabunganSingkatanBilangan calon
1Barisan NasionalBN28
1Pertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuUMNO20
2Persatuan Cina MalaysiaMCA7
3Kongres India MalaysiaMIC1
2Perikatan NasionalPN28
1Parti Pribumi Bersatu MalaysiaBersatu15
2Parti Islam Se-MalaysiaPAS8
3Parti Gerakan Rakyat MalaysiaGerakan5
3Pakatan HarapanPH28
1Parti Keadilan RakyatPKR11
2Parti Amanah NegaraAmanah9
3Parti Tindakan DemokratikDAP8
4Parti Bumiputera Perkasa MalaysiaPUTRA5
5Parti Perikatan India Muslim NasionalIMAN1
6Ahli politik bebasBEBAS22
1Gagasan Bebas13
2Bebas (lain-lain)9
Jumlah Keseluruhan calon112
Carta Ringkasan Senarai Keputusan Calon Pemenang PRN Melaka 2021
Berikut adalah carta ringkasan keputusan rasmi SPR calon parti politik yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.
Kerusi DUNPemenangParti
(N1) Kuala LinggiRosli AbdullahUMNO (BN)
(N2) Tanjung BidaraAb Rauf YusohUMNO (BN)
(N3) Ayer LimauHameed Mytheen Kunju BasheerUMNO (BN)
(N4) LenduSulaiman Md AliUMNO (BN)
(N5) Taboh NaningZulkiflee Mohd ZinUMNO (BN)
(N6) RembiaMuhammad Jailani KhamisUMNO (BN)
(N7) GadekShanmugam PtcyhayMIC (BN)
(N8) Machap JayaNgwe Hee SemMCA (BN)
(N9) Durian TunggalZahari Abdul KhalilUMNO (BN)
(N10) AsahanFairul Nizam RoslanUMNO (BN)
(N11) Sungai UdangMohd Aleef YusofBersatu (PN)
(N12) Pantai KundorTuminah Kadi @ Mohd HasimUMNO (BN)
(N13) Paya RumputRais YasinUMNO (BN)
(N14) KlebangLim Ban HongMCA (BN)
(N15) Pengkalan BatuKalsom NordinUMNO (BN)
(N16) Ayer KerohKerk Chee YeeDAP (PH)
(N17) Bukit KatilAdly ZahariAmanah (PH)
(N18) Ayer MolekRahmad MarimanUMNO (BN)
(N19) KesidangAllex Seah Shoo ChinDAP (PH)
(N20) Kota LaksamanaLow Chee LeongDAP (PH)
(N21) DuyongMohd Norhelmy Abdul HalemUMNO (BN)
(N22) Bandar HilirLeng Chau YenDAP (PH)
(N23) Telok MasAbdul Razak Abdul RahmanUMNO (BN)
(N24) BembanMohd Yadzil YaakubBersatu (PN)
(N25) RimKhaidiriah Abu ZaharUMNO (BN)
(N26) SerkamZaidi AttanUMNO (BN)
(N27) MerlimauMuhammad Akmal SalehUMNO (BN)
(N28) Sungai RambaiSiti Faizah Abdul AzizUMNO (BN)
Keputusan Senarai Parti Gabungan Dan Parti Yang Menang Kerusi DUN PRN Melaka 2021
Bil.Parti Politik + Parti GabunganSingkatanJumlah Kerusi Dimenangi
1Barisan NasionalBN21
1Pertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuUMNO18
2Persatuan Cina MalaysiaMCA2
3Kongres India MalaysiaMIC1
2Perikatan NasionalPN2
1Parti Pribumi Bersatu MalaysiaBersatu2
2Parti Islam Se-MalaysiaPAS0
3Parti Gerakan Rakyat MalaysiaGerakan0
3Pakatan HarapanPH5
1Parti Keadilan RakyatPKR0
2Parti Amanah NegaraAmanah1
3Parti Tindakan DemokratikDAP4
4Parti Bumiputera Perkasa MalaysiaPUTRA0
5Parti Perikatan India Muslim NasionalIMAN0
6Ahli politik bebasBEBAS0
1Gagasan Bebas0
2Bebas (lain-lain)0
Bagi membentuk kerajaan negeri Melaka yang baharu, mana-mana gabungan parti yang bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 15 daripada 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Jumlah Keseluruhan Kerusi Dun PRN Melaka 202128