Tarikh Dan Cara Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah 2023 Atau Hari Wukuf Bagi Malaysia
Bulan Zulhijjah mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antara keistimewaan bulan Dzulhijjah ialah Ibadah Haji, Hari Arafah, Ibadah Qurban, 10 Dzulhijjah yang pertama dan Asyhurul hurum (bulan-bulan yang dimuliakan).
Bulan Zulhijjah Mempunyai Kelebihan Tersendiri
Seperti mana yang diketahui oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia, bulan Zulhijjah merupakan bulan yang penuh dengan kelebihan bagi sesiapa yang beramal dalam bulan tersebut khususnya pada 1 sehingga 10 Zulhijjah.
Puasa Sunat Hari Arafah
Antara amalan lain yang menjadi perhatian umat Islam di seluruh dunia mahupun di Malaysia ialah berpuasa sunat bersempena dengan hari Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah.
Puasa Hari Arafah Bagi Umat Islam Yang Tidak Mengerjakan Ibadah Haji
Puasa sunat Hari Arafah Zulhijjah boleh dilakukan oleh umat Islam yang tidak menunaikan haji pada bulan ini, mereka amatlah digalakkan untuk melaksanakan puasa sunat pada hari Arafah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Puasa hari Arafah, ku mengharap agar Allah SWT mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya,” – Riwayat Muslim.
Tarikh Puasa Hari Arafah 2023 9 Zulhijjah Di Malaysia
Bagi Umat Islam di Malaysia yang mahu menunaikan ibadah puasa sunat sempena hari Wukuf di Arafah boleh melakukannya dengan mengikut kalendar setempat (Malaysia), menurut pakar rujuk ibadah haji.
Perkara ini sekaligus menjawab kepada persoalan mengenai tarikh sebenar puasa sunat Arafah sama ada perlu mengikut kalendar setempat atau kalendar Arab Saudi.
Berdasarkan rujukan editor terhadap Kalendar bulan Islam (Hijrah) dan Kalendar Masihi, tarikh 9 Zulhijjah 1444 Hijrah adalah bersamaan pada hari Rabu, 28 Jun 2023 Masihi.
Permakluman Tarikh Puasa Sunat Hari Wukuf Atau Hari Arafah 2023 Di Malaysia | |||
🗓️ Tarikh | Hijrah | Masihi | |
9 Dzulhijjah 1444 | 28 Jun 2023 |
Lafaz Niat Puasa Hari Arafah Yang Betul
Untuk makluman, tiada niat khusus bagi menunaikan ibadah puasa sunat Hari Arafah. Walaubagaimanapun bagi membantu anda berhubung dengan lafaz niat puasa Hari Arafah, berikut disertakan bacaan niat puasa Hari Arafah berdasarkan pengkongsian dari mereka yang arif tentang perkara ini.

- Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Ta’ala.
- Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, dengan hadirnya Zulhijjah pada kali ini, mudah-mudahan ianya dapat mengubah kita menjadi lebih baik berbanding dengan sebelumnya. Kata kunci utama, jika kita sayang Allah dan Nabi kita dengan menurut perintah yang diturunkan, nescaya Allah akan lebih mencintai dan menyayangi kita.