Tarikh Puasa Rejab 2024 Niat Dan Amalan Serta Kelebihan

Tarikh Puasa Rejab 2024 Niat Dan Amalan Serta Kelebihan Berserta Dengan Lafaz Niat Yang Sahih Dan Senarai Kelebihan Amalan.

Setiap tahun, tarikh puasa sunat Rejab pasti dinanti-nantikan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia mahupun umat Islam di seluruh dunia.

Rejab merupakan antara bulan-bulan haram di dalam Islam yang terkandung keistimewaan dan keutamaannya tersendiri selain dianggap sebagai persediaan menuju Ramadhan.

Tiada Hadis Sahih Mengkhususkan Puasa Sunat 1 Rejab

Hasil daripada pencarian serta rujukan editor dengan sumber berkredibiti tinggi serta yang berautoriti telah mendapati bahawa tiada hujah dan sandaran serta hadis sahih yang mengkhususkan umat Islam berpuasa sunat di bulan Rejab.

Walaubagaimanapun, sebahagian pendapat ulama memberi saranan kepada umat Islam agar memperbanyakkan puasa sunat di keseluruhan bulan haram tanpa mengkhususkan di bulan Rejab sahaja.

Tiada Hadis Melarang Puasa Sunat Di Bulan Rejab

Sebagai pengetahuan, tidak terdapat hadis sahih yang melarang mahupun menganjurkan secara khusus berpuasa di bulan Rejab. Oleh itu, hukumnya sama di bulan lainnya iaitu anjuran berpuasa secara umum.

Rejab Termasuk Dalam Bulan-Bulan Haram

Bulan Rejab merupakan di antara satu bulan yang mulia dan bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan Haram.

Apakah Bulan-Bulan Haram

Bulan-bulan Haram adalah terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Puasa Sunat Rejab

Berikut editor serta ringkasan maklumat mengenai tarikh dan lafaz niat puasa sunat bulan Rejab yang tepat serta amalan-amalan yang digalakkan.

Tarikh 1 Rejab 1445 Hijrah Dalam Kalendar Masihi 2024
HijrahMasihi
1 Rejab 144513 Januari 2024

Amalan-Amalan Pada Bulan Rejab

Pendapat ulama menyarankan bahawa antara amalan-amalan yang digalakkan dan boleh dilakukan pada bulan Rejab ini adalah amalan-amalan bersifat umum seperti berikut.

  1. Berpuasa
  2. Memperbanyakkan bersedekah
  3. Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
  4. Memperbanyakkan berzikir
  5. Memperbanyakkan solat-solat sunat

Lafaz Niat Puasa Sunat 1 Rejab

Lafaz Niat Puasa Sunat Rejab
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Nawaitu Sauma Ghodin Fii Syahri Rejab Sunnatan Lillahi Taala
Sahaja Aku Berpuasa Sunat Esok Hari Dalam Bulan Rejab Kerana Allah Taala

Rumusan Mengenai Puasa Sunat Bulan Rejab

  1. Tiada hadith-hadith yang sahih mengkhususkan puasa sunat serta amalan-amalan yang perlu dibuat dalam bulan Rejab.
  2. Namun perkara ini tidak menghalang umat Islam untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedekah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.
  3. Kata kunci utama adalah bulan Rejab merupakan bulan yang termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihannya berbanding bulan-bulan Islam lain.
  4. Kedatangan bulan Rejab ini menandakan bahawa kita sedang menghampiri Ramadan al-Mubarak.
  5. Sebagai umat Islam, kita hendaklah memanfaatkan dengan mempertingkatkan pelbagai amalan baik yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW dan berharap semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan.