Johor Ramadhan 2025 : Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak (Bersahur)

masjid sultan iskandar johor
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak (Bersahur) Bulan Ramadhan 2025 Masihi 1446 Hijrah Bagi Seluruh Negeri Johor Terbitan JAKIM.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya seluruh umat Islam di negeri Johor masih berpeluang untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2025 Masihi bersamaan 1446 Hijrah.

Bersyukur Atas Kehadiran Ramadan

Kita seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan kita diberi peluang untuk bermujahadah dalam Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan) kali ini.

Ketibaan Ramadhan sangat-sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia kerana Ramadan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai Syahrul Magfirah (Bulan Keampunan) dan Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka).

Rebut Tawaran Pahala Ramadan

Dalam bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya.

Umat Islam di negeri Johor perlu memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada bulan Ramadan kerana bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bulan Ramadan 2025 Negeri Johor

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berikut editor sertakan lampiran data jadual waktu imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadan bagi tahun 1446 Hjirah bersamaan 2025 Masihi untuk seluruh kawasan dan zon-zon di negeri Johor berdasarkan jadual rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sebagai makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setiap tahun akan menjadi rujukan umat Islam di negeri Johor merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) serta berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Lampiran Jadual

Berikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadhan Tahun 1446H / 2025M bagi kawasan dan zon-zon di seluruh negeri Johor.

Zon 1 : Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil

Zon 2 : Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing Dan Pulau-Pulau Yang Berdekatan Dengannya

Zon 3 : Daerah Pontian Dan Kluang

Zon 4 : Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat Dan Gemas Johor