Kuala Lumpur Ramadhan 2024 : Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak (Bersahur)

masjid sultan salahuddin abdul aziz shah kuala lumpur
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak (Bersahur) Bulan Ramadhan 2024 Masihi 1445 Hijrah Bagi Kuala Lumpur Terbitan JAKIM.

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya seluruh umat Islam di Kuala Lumpur (KL) masih berpeluang untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2024 Masihi bersamaan 1445 Hijrah.

Bersyukur Atas Kehadiran Ramadan

Kita seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan kita diberi peluang untuk bermujahadah dalam Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan) pada kali ini.

Ketibaan Ramadhan sangat-sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia kerana Ramadan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai Syahrul Magfirah (Bulan Keampunan) dan Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka).

Rebut Tawaran Pahala Ramadan

Dalam bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya.

Umat Islam di Kuala Lumpur perlu memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada bulan Ramadan kerana bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bulan Ramadan Kuala Lumpur 2024

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berikut editor sertakan lampiran jadual data waktu imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadan bagi tahun 1445 Hjirah bersamaan 2024 Masihi untuk seluruh kawasan di Kuala Lumpur berdasarkan jadual rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Lampiran Jadual

Sebagai makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setiap tahun akan menjadi rujukan umat Islam di Kuala Lumpur merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) serta berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Berikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadhan Tahun 1445H / 2024M bagi kawasan di seluruh Kuala Lumpur.

lampiran jadual berbuka puasa ramadhan 2024 wp kuala lumpur