Pahang Ramadhan 2025 : Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak (Bersahur)

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak (Bersahur) Bulan Ramadhan 2025 Masihi 1446 Hijrah Terbitan JAKIM Bagi Seluruh Negeri Pahang.

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya seluruh umat Islam di negeri Pahang masih berpeluang untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2025 Masihi bersamaan 1446 Hijrah.

Bersyukur Atas Kehadiran Ramadan

Kita seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan kita diberi peluang untuk bermujahadah dalam Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan) kali ini.

Ketibaan Ramadhan sangat-sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia kerana Ramadan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai Syahrul Magfirah (Bulan Keampunan) dan Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka).

Rebut Tawaran Pahala Ramadan

Dalam bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya.

Semua umat Islam di negeri Pahang perlu memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada bulan Ramadan kerana bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bulan Ramadan 2025 Negeri Pahang

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berikut editor sertakan lampiran data jadual waktu imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadan Pahang bagi tahun 1446 Hjirah bersamaan 2025 Masihi untuk seluruh kawasan dan zon-zon di negeri Pahang berdasarkan jadual rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sebagai makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa yang diterbitkan oleh JAKIM setiap tahun akan menjadi rujukan semua umat Islam di negeri Pahang merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) serta berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Lampiran Jadual

Berikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadhan Tahun 1446H / 2025M bagi kawasan dan zon-zon di seluruh negeri Pahang.

Zon 1 : Pulau Tioman

Zon 2 : Rompin, Pekan, Muadzam Shah Dan Kuantan

Zon 3 : Maran, Chenor, Jengka, Temerloh, Bera Dan Jerantut

Zon 4 : Bentong, Raub Dan Lipis

Zon 5 : Genting Sempah, Janda Baik Dan Bukit Tinggi

Zon 6 : Bukit Fraser, Genting Highlands Dan Cameron Highlands