Negeri Perlis 2024 Jadual Berbuka Puasa Ramadan Dan Waktu Imsak Serta Bersahur

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya seluruh umat Islam di negeri Perlis masih berpeluang untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2024 Masihi bersamaan 1445 Hijrah.

Oleh itu, kita seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan kita diberi peluang untuk bermujahadah dalam Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan) kali ini.

Ketibaan Ramadhan sangat-sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia kerana Ramadan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai Syahrul Magfirah [bulan keampunan] dan Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka).

Dalam bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya.

Umat Islam di negeri Perlis perlu memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada bulan Ramadan kerana bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Bulan Ramadan Perlis 2023

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berikut editor sertakan lampiran jadual data waktu imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadan bagi tahun 1445 Hjirah bersamaan 2024 Masihi untuk seluruh kawasan di negeri Perlis mengikut jadual rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sebagai makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setiap tahun akan menjadi rujukan umat Islam di Perlis merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) serta berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Lampiran Jadual Waktu Buka Puasa Dan Imsak Ramadan 2024 Seluruh Negeri Perlis