Saps Ibu Bapa : Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah

sistem saps
Semakan Keputusan Ujian Dan Peperiksaan Sekolah Rendah Dan Menengah Bagi Ibu Bapa Dan Murid Secara Online Melalui Sistem SAPS.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan pengurusan sistem penyimpanan data pendidikan sekolah-sekolah seluruh negeri di Malaysia.

Teknologi Masa Kini

Pengurusan sistem penyimpanan data pendidikan pada masa kini telah berubah selaras dengan perkembangan dunia teknologi internet sekali gus memberi pelbagai manfaat dan kemudahan kepada mereka yang terlibat dalam sektor pendidikan terutamanya guru.

Menyedari kemudahan teknologi yang ada, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sebuah platform sistem bersepadu yang dikhususkan bagi mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh negeri di Malaysia.

Sistem Analisis Peperiksaan

Sistem tersebut dinamakan sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau lebih di kenali dalam kalangan ibu bapa sebagai SAPS ibu bapa.

Sistem ini antara lain fungsinya adalah sebagai tempat penyimpanan data-data keputusan peperiksaan murid-murid setiap sekolah-sekolah dibawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia.

SAPS Mempercepatkan Permintaan Data

Dengan kewujudan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang boleh dicapai secara dalam talian (online), sekaligus mempercepatkan permintaan data seperti keputusan peperiksaan pelajar untuk dianalisis oleh pihak-pihak yang terlibat termasuklah KPM, JPN, PPD dan sekolah serta ibu bapa ataupun murid-murid itu sendiri.

Saps Ibu Bapa

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah lebih popular dikalangan ibu bapa kerana sistem ini menyediakan serta memberikan data dan maklumat khas kepada ibu bapa apabila membuat permintaan semakan keputusan anak jagaan mereka, maka tidak hairanlah sistem lebih dikenali sebagai Saps Ibu Bapa.

SAPS Membantu Ibu Bapa

Aplikasi semakan ibu bapa yang ada dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini sangat membantu ibu bapa bagi membuat pemantauan prestasi belajar serta perkembangan pembelajaran anak-anak mereka berdasarkan setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah.

Cara Semakan Guna SAPS

Bagi ibu bapa yang mahu mengetahui keputusan peperiksaan anak jagaan mereka di sekolah boleh menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang boleh dicapai secara dalam talian (online).

Bagaimanapun, data terkini bagi setiap keputusan peperiksaan adalah bergantung kepada guru mata pelajaran yang ditugaskan untuk memasukkan maklumat data keputusan peperiksaan berdasarkan jadual tugasan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut editor sertakan panduan kepada ibu bapa yang mahu menggunakan Sistem SAPS bagi membuat semakan terhadap keputusan peperiksaan ataupun ujian anak jagaan masing-masing sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah yang telah dijalankan. Proses semakan ini adalah amat mudah sekali.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Semakan Ibu Bapa
Pautan Laman Sesawang Rasmi Sistem Semakan SAPS
link SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar
Sila gunakan pelayar internet Google Chrome untuk kelancaran penggunaan sistem SAPS.
Panduan
1. Sila klik pada judul pautan (link) Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar dalam ruangan diatas.
2. Ibu bapa akan dibawa ke laman rasmi aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Seterusnya sila ikuti setiap langkah dan arahan penggunaan sistem tersebut. Perkara dan proses ini adalah amat mudah sekali.
Paparan data keputusan ujian (markah), gred bagi peperiksaan terkini adalah mengikut jadual tugasan yang telah disediakan kepada guru, Ia bergantung kepada masa yang diambil oleh guru kelas dan guru mata pelajaran dalam membekalkan data keputusan peperiksaan ke dalam sistem SAPS.