Semakan Tawaran Dan Keputusan IPG PISMP 2022 Calon Guru Lepasan SPM
Keputusan permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah perkara paling dinanti-nantikan oleh semua calon-calon lepasan SPM yang telah membuat permohonan PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi pengambilan calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Keputusan Tawaran PISMP IPG 2022 Calon Guru Lepasan SPM Mendapat Perhatian
Bukan sahaja calon, tetapi yang turut memberi perhatian terhadap perkara ini adalah ibu bapa, terutamanya ibu bapa mengharapkan impian anak mereka yang mahu menjadi warga pendidik berjaya direalisasikan.
Jangan Kecewa Jika Permohonan PISMP Di IPG Tidak Berjaya
Sekiranya permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak berjaya, ibu bapa dan calon-calon terutamanya tidak harus kecewa dan berasa rendah diri dengan rakan-rakan yang berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Usaha mempertingkatkan diri harus sentiasa berjalan walau di mana sekalipun anda berada.
Semakan Keputusan PISMP IPG 2022 Tawaran Calon Guru Lepasan SPM
Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka sistem permohonan secara dalam talian (online) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) pengambilan tahun 2022.
Semakan Keputusan Dan Tawaran PISMP IPG 2022 Calon Perlu Dibuat Secara Online
Semakan keputusan permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) juga perlu dilakukan dengan membuat semakan secara dalam talian (online) melalui Portal PISMP yang diaktifkan kepada akses pemohon pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Berikut editor sediakan ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan semakan keputusan tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2022 yang merangkumi bila tarikh keputusan dan semakan tawaran diumumkan serta info-info yang berkaitan.
Kalendar Aktiviti Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2022
Berikut merupakan kalendar aktiviti bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2022.
Kalendar Aktiviti PISMP IPG 2022 | ||
Bil | Aktiviti | Tarikh |
1 | Permohonan | 15 Mac – 15 April 2022 |
2 | Pelaksanaan e-UKCG | 20 – 29 April 2022 |
3 | Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP | 20 – 22 Jun 2022 |
4 | Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) (Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP) | 28 Jun – 3 Julai 2022 |
5 | Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF) | 3 Julai 2022 |
6 | Temu duga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) | 3 – 8 Julai 2022 |
7 | Keputusan tawaran Pengajian ke IPG | 16 Julai 2022 |
8 | Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus | 7 – 8 Ogos 2022 |
Nota: Tarikh yang dinyatakan adalah sebagai panduan calon dan masih tertakluk kepada perubahan. | ||
Info Semakan Keputusan e-UKCG Dan Semakan Calon Layak Temu Duga
Tarikh Semakan Keputusan e-UKCG Dan Semakan Calon Layak Temu Duga | |
Dibuka | Masa |
28 Jun – 3 Julai 2022 | |
Pautan (Link) Semakan | |
🔗 https://pismp.moe.gov.my | |
Info Semakan Keputusan Tawaran PISMP 2022 Di IPG
Tarikh Semakan Tawaran Keputusan Pengajian ke IPG Diumumkan | |
Dibuka | Ditutup |
16 Julai 2022 | |
Pautan (Link) Semakan | |
🔗 https://pismp.moe.gov.my | |