Semakan Tingkatan 6 2024 Keputusan Tawaran Online Dan SMS

Setiap tahun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka sistem perkhidmatan dalam talian (online) bagi tujuan Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan pelajar ke Tingkatan Enam sesi pengambilan tahun terkini.

Semakan Tingkatan 6 Tahun 2024 Lepasan SPM

Pelajar-pelajar yang terlibat dengan semakan keputusan tingkatan 6 tahun 2024 adalah pelajar yang mempunyai kelulusan SPM tahun 2023 atau pelajar yang berumur 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2024.

Sebagai info, bagi kemasukan ke Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia, pelajar- pelajar tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan secara online ataupun manual.

Pelajar lepasan SPM yang memenuhi syarat kelayakan kemasukan ke Tingkatan 6 akan ditawarkan secara automatik.

Sehubungan dengan itu, untuk mengetahui samada layak ke Tingkatan 6, pelajar lepasan SPM hanya perlu membuat semakan tawaran melalui sistem aplikasi yang akan dibuka oleh KPM.

Cetakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6

Sekiranya anda berjaya ditawarkan dan berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6, anda boleh mendapatkan surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 bagi tujuan pendaftaran masuk dengan mencetak surat tawaran berkenaan menerusi sistem semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 yang sama.

Berikut editor sediakan ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan semakan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 yang merangkumi bila tarikh keputusan dan semakan tawaran diumumkan serta info-info yang berkaitan.

Info Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2024
DibukaDitutup
21 Jun 20241 Julai 2024
JumaatIsnin
Tarikh rasmi semakan tawaran tingkatan 6 yang dinyatakan adalah tepat sebaik sepertimana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sistem Semakan Keputusan Dan Cetakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Tahun 2024
Semakan keputusan dan cetakan tawaran (calon berjaya) bagi kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2024 boleh dilakukan melalui laman sesawang rasmi sistem semakan Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan yang disertakan seperti di bawah. Sila klik judul pautan (link) berkenaan.
Pautan (Link) Semakan Tawaran Tingkatan 6 2024
Semakan Keputusan Dan Cetakan Tawaran Tingkatan 6
Nota
Sistem aplikasi semakan keputusan dan cetakan tawaran Tingkatan 6 tahun 2024 secara dalam talian (online) hanya akan dibuka (diaktifkan) pada tarikh rasmi yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Maklumat lanjut seperti Syarat Kemasukan, Soalan Lazim serta panduan yang berkaitan boleh didapati di halaman web sistem yang sama.
Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2024 Secara SMS
Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888
Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) No kad pengenalan dan hantar ke 15888