Semakan tempat Mengundi PRU 15 Dan Daftar Pemilih MySPR Semak

Semua warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas kini boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui Lokaliti, Daerah Mengundi, DUN, Parlimen Dan Negeri bagi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 tahun 2022.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan pada tahun 2021, berhubung dengan usia layak mengundi telah diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta pendaftaran individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas akan didaftar sebagai pemilih secara automatik tanpa perlu membuat permohonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Menetap di alamat seperti di kad pengenalan; dan
  • Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih mengikut undang-undang.

Mengundi adalah kewajipan yang sangat penting malah tidak boleh diabaikan begitu sahaja atau dipandang remeh.

Hal ini demikian kerana, mengundi juga disifatkan sebagai amanah dan tanggungjawab setiap warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam menentukan tampuk pemerintahan negara.

Kenapa setiap undi Rakyat Malaysia pada PRU15 amat berharga? Jawapannya mudah, Undi anda adalah penentu kepada kestabilan politik negara di masa hadapan serta nasib rakyat dalam menjalani kehidupan seharian tanpa ada tekanan di bawah tampuk pemerintahan negara oleh kerajaan baharu yang dipilih.

Perlu diingatkan bahawa kuasa dan hak mengundi adalah eksklusif, bebas dan tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa pun, malahan setiap undi itu adalah rahsia.

Berikut editor sertakan panduan bagi membuat Semakan Daftar Pemilih yang merangkumi maklumat Lokaliti, Daerah Mengundi, DUN, Parlimen Dan Negeri secara dalam talian (online) bagi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU 15).

Panduan Semakan Daftar Pemilih Dan Tempat Mengundi PRU15 (MySPR Semak)
1. Sila layari laman sistem semakan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) MySPR Semak, klik pada pautan (link) di bawah.
Pautan Semakan Daftar Pemilih MySPR Semak
https://mysprsemak.spr.gov.my
2. Kemudian ikuti arahan yang dipaparkan dalam sistem semakan daftar pemilih SPR. Seterusnya bakal pengundi akan mendapat maklumat lengkap merangkumi Lokaliti, Daerah Mengundi, DUN, Parlimen Dan Negeri.
3. Maklumat Pengundian bagi PRU15 turut dipaparkan yang merangkumi Pusat Mengundi, Saluran, Bilangan, Masa Mengundi, Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan dan Tarikh Hari Mengundi.