Keputusan MRSM 2024 : Semakan Tawaran Tingkatan 1 Dan 4

logo mrsm
Tarikh Semakan Keputusan Permohonan MRSM Bagi Tingkatan 1 Dan 4 Secara Online Dibuka Serta Cetakan Tawaran Untuk Calon Yang Berjaya.

Keputusan permohonan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan perkara paling dinanti-nantikan oleh semua calon-calon (pemohon) yang telah membuat permohonan kemasukan ke MRSM bagi pengambilan murid atau pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2024.

Keputusan Tawaran Diberi Perhatian

Bukan sahaja calon-calon, tetapi yang turut memberi perhatian terhadap perkara ini adalah ibu bapa, terutamanya ibu bapa yang bercita-cita mahu menempatkan anak jagaan masing-masing ke MRSM.

Objektif

Seperti yang diketahui, Maktab Rendah Sains MARA merupakan antara usaha kerajaan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan proaktif dalam pelbagai aspek terutama bidang sains dan teknologi.

Berikutan objektif tersebut, MRSM menjadi idaman kepada semua ibu bapa agar anak jagaan mereka mendapat pendidikan terbaik dan merasai suasana pembelajaran lebih selesa di MRSM.

Jangan Kecewa

Sekiranya ditakdirkan keputusan permohonan ke MRSM tidak berjaya, ibu bapa dan calon-calon terutamanya tidak harus kecewa dan berasa rendah diri dengan rakan-rakan yang berjaya ke MRSM. Usaha mempertingkatkan diri harus sentiasa berjalan walau di mana sekalipun anda berada.

Keputusan Tawaran MRSM 2024

Majlis Amanah Rakyat sebelum ini telah membuka sistem permohonan Maktab Rendah Sains MARA secara dalam talian (online) bagi kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4 pengambilan tahun 2024.

Semakan Secara Online

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM 2024 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 juga perlu dilakukan dengan semakan secara online melalui laman sesawang sistem semakan tawaran yang diaktifkan kepada akses pemohon pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Bahagian Pendidikan MARA.

Calon-calon yang berjaya turut akan menerima makluman melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Kemaskini Maklumat

Berikut editor sediakan ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan semakan keputusan tawaran MRSM 2024 yang merangkumi bila tarikh keputusan dan semakan tawaran diumumkan serta info-info yang berkaitan.

Semakan Panggilan Ujian Kecenderungan (UKKM)

Info
ButiranTarikh Dan Masa
Dibuka27 Oktober 20238:00PM
Tarikh Semakan Panggilan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab, Ujian Teknikal dan Ujian Khas IGCSE Tingkatan 1 dan 4 yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).
ukkm mrsm 2024
Pautan Semakan UKKM Tingkatan 1
link  https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1
Pautan Semakan UKKM Tingkatan 4
link  https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4
Sistem Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan 1 dan 4 secara dalam talian (online) hanya akan dibuka (diaktifkan) bermula pada tarikh serta masa sepertimana dinyatakan diatas.
Calon-calon turut akan menerima peringatan menerusi SMS atau emel yang didaftarkan semasa membuat permohonan sebelum ini.

Semakan Keputusan Tawaran MRSM

Info
ButiranTarikh Dan Masa
Dibuka18 Januari 20248:00PM
Ditutup
Tarikh rasmi semakan keputusan permohonan serta tawaran dibuka yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
tawaran mrsm 2024
Semakan Keputusan Dan Cetakan Tawaran MRSM 2024 Tingkatan 1 Dan 4
Semakan keputusan permohonan dan tawaran serta cetakan tawaran bagi pemohon yang berjaya boleh dilakukan melalui laman sesawang sistem semakan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di pautan berikut.
Pautan Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1
link  Semakan Keputusan Dan Cetakan Tawaran MRSM 2024 Tingkatan 1
Pautan Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 4
link  Semakan Keputusan Dan Cetakan Tawaran MRSM 2024 Tingkatan 4
Sistem semakan keputusan permohonan dan cetakan tawaran MRSM secara dalam talian (online) bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 tahun 2024 hanya akan dibuka (diaktifkan) pada tarikh yang akan diumumkan oleh Bahagian Pendidikan MARA.

Rumusan

  1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) kekal dengan dasar 60 peratus pengambilan pelajar daripada keluarga B40 selain keutamaan kepada calon luar bandar dan miskin bandar.
  2. Calon-calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM turut akan menerima notifikasi menerusi sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  3. Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari menerusi pautan dalam laman sesawang semakan berkenaan.
  4. Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tersebut, tawaran berkenaan dianggap terbatal.
  5. Calon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan yang sama bermula pada tarikh yang akan dimaklumkan selain tidak perlu hadir secara fizikal untuk membuat rayuan.
  6. Sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan.