Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2023 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA

Keputusan permohonan Maktab Rendah Sains MARA [MRSM] adalah perkara paling dinanti-nantikan oleh semua calon-calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke MRSM bagi pengambilan murid/pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2023.

Keputusan Tawaran MRSM 2023 Tingkatan 1 Dan 4 Mendapat Perhatian

Bukan sahaja calon-calon, tetapi yang turut memberi perhatian terhadap perkara ini adalah ibu bapa, terutamanya ibu bapa yang bercita-cita menempatkan anak jagaan masing-masing ke MRSM.

Objektif Penubuhan Maktab Rendah Sains MARA

Seperti yang diketahui, Maktab Rendah Sains MARA merupakan antara usaha kerajaan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan proaktif dalam pelbagai aspek terutama bidang sains dan teknologi.

Berikutan objektif tersebut, MRSM menjadi idaman kepada semua ibu bapa agar anak jagaan mereka mendapat pendidikan terbaik dan merasai suasana pembelajaran lebih selesa di MRSM.

Jangan Kecewa Jika Permohonan MRSM Tidak Berjaya

Sekiranya ditakdirkan keputusan permohonan ke MRSM tidak berjaya, ibu bapa dan calon-calon terutamanya tidak harus kecewa dan berasa rendah diri dengan rakan-rakan yang berjaya ke MRSM. Usaha mempertingkatkan diri harus sentiasa berjalan walau di mana sekalipun anda berada.

Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2023 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Terdahulu, Majlis Amanah Rakyat [MARA] telah membuka sistem permohonan secara dalam talian [online] Maktab Rendah Sains MARA [MRSM] bagi kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4 pengambilan tahun 2023.

Semakan Keputusan Dan Tawaran MRSM 2023 Tingkatan 1 Dan 4 Perlu Dibuat Secara Online

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM 2023 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 juga perlu dilakukan dengan semakan secara dalam talian [online] melalui laman sesawang sistem semakan tawaran yang diaktifkan kepada akses pemohon pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Bahagian Pendidikan MARA.

Calon-calon yang berjaya turut akan menerima makluman melalui sistem pesanan ringkas [SMS].

Kemaskini Maklumat Semakan Keputusan Dan Tawaran Kemasukan MRSM 2023 Tingkatan 1 Serta Tingkatan 4

Berikut editor sediakan ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan semakan keputusan tawaran MRSM 2023 yang merangkumi bila tarikh keputusan dan semakan tawaran diumumkan serta info-info yang berkaitan.

Info Semakan Keputusan Serta Tawaran MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2023

Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tahun 2023 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Diumumkan
🗓️ TarikhDibukaDitutup
7 Mac 2023
HariSelasa
Masa8:00PM
📌 Tarikh rasmi semakan keputusan permohonan serta tawaran dibuka yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
Semakan Keputusan Dan Cetakan Tawaran MRSM 2023 Tingkatan 1 Dan 4
Semakan keputusan permohonan dan tawaran serta cetakan tawaran bagi pemohon yang berjaya boleh dilakukan melalui laman sesawang sistem semakan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di pautan berikut.
Pautan [Link] Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1
🔗 Semakan Keputusan Dan Cetakan Tawaran MRSM 2023 Tingkatan 1
Pautan [Link] Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 4
🔗 Semakan Keputusan Dan Cetakan Tawaran MRSM 2023 Tingkatan 4
📌 Sistem semakan keputusan permohonan dan cetakan tawaran MRSM secara dalam talian [online] bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 tahun 2023 hanya akan dibuka [diaktifkan] pada tarikh yang akan diumumkan oleh Bahagian Pendidikan MARA.

Rumusan Mengenai Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara [MRSM] Tingkatan Satu Dan Empat Tahun 2023

  1. Majlis Amanah Rakyat [MARA] kekal dengan dasar 60 peratus pengambilan pelajar daripada keluarga B40 selain keutamaan kepada calon luar bandar dan miskin bandar.
  2. Calon-calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM turut akan menerima notifikasi menerusi sistem Khidmat Pesanan Ringkas [SMS] atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  3. Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari menerusi pautan dalam laman sesawang semakan berkenaan.
  4. Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tersebut, tawaran berkenaan dianggap terbatal.
  5. Calon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan yang sama bermula pada tarikh yang akan dimaklumkan selain tidak perlu hadir secara fizikal untuk membuat rayuan.
  6. Sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan.

Info Semakan Panggilan Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM [UKKM] Ujian Khas Ulul Albab, Ujian Teknikal Dan Ujian Khas IGCSE Tingkatan 1 Serta Tingkatan 4

Tarikh Semakan Panggilan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM [UKKM] Ujian Khas Ulul Albab, Ujian Teknikal Dan Ujian Khas IGCSE Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2023
PerkaraButiran
🗓️ Tarikh23 November 2022
HariRabu
Masa12:30 Tengah Hari
📌 Tarikh Semakan Panggilan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM [UKKM], Ujian Khas Ulul Albab, Ujian Teknikal dan Ujian Khas IGCSE Tingkatan 1 dan 4 yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat [MARA].
semakan ukkm mrsm 2023 Semakan Keputusan MRSM 2023 Tawaran Tingkatan 1 Dan 4
Pautan [Link] Semakan UKKM Tingkatan 1
🔗 https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1
Pautan [Link] Semakan UKKM Tingkatan 4
🔗 https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4
📌 Sistem Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM [UKKM] tingkatan 1 dan 4 secara dalam talian [online] hanya akan dibuka [diaktifkan] bermula pada tarikh serta masa sepertimana dinyatakan diatas.
📌 Calon-calon turut akan menerima peringatan menerusi SMS atau emel yang didaftarkan semasa membuat permohonan sebelum ini.