Live Streaming AJL 2023 Dan Keputusan Final Pemenang Anugerah Juara Lagu 37

Anugerah Juara Lagu edisi ke-37 [AJL37] telah sampai kemuncaknya sambil menyaksikan 12 finalis yang telah layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu akan bersaing bagi merealisasikan impian bergelar Juara dengan mempertaruhkan persembahan lagu masing-masing.

Persiapan Final AJL 37

Editor pasti kesemua 12 finalis AJL37 telah bersedia dengan persiapan dari segi fizikal dan mental bagi memberikan fokus sepenuhnya terhadap persembahan di pentas akhir Anugerah Juara Lagu edisi ke-37.

Anugerah Juara Lagu [AJL] Terbitan TV3

Sebagai info, Anugerah Juara Lagu [AJL] adalah salah satu rancangan tahunan terbitan TV3 lanjutan dari persaingan membabitkan peserta [penyanyi dan kumpulan] yang tercalon dalam rancangan Muzik-Muzik.

Anugerah Juara Lagu [AJL] telah membuktikan bahawa ia merupakan salah satu acara yang dinantikan oleh golongan dan peminat industri seni muzik Malaysia.

Sumbangan Anugerah Juara Lagu Kepada Industri Hiburan Malaysia

Tidak keterlaluan rasanya editor mengatakan bahawa Anugerah Juara Lagu telah memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia seni serta memberi impak besar kepada negara berdasarkan objektifnya iaitu menghargai usaha pemuzik merangkumi komposer, penulis lirik dan penyanyi melalui penjurian profesional.

[Dimensi Muzik] Tema Final Anugerah Juara Lagu 2023 AJL 37

Setiap tahun, peminat AJL dapat lihat perbezaan pengurusan, pengacara, penyanyi, reka bentuk pentas dan juga tema. Bagi edisi ke-37, tema dan objektif Anugerah Juara Lagu lebih tertumpu kepada persekitaran industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan penghasilan karya dari pelbagai genre muzik.

Selain itu, tema AJL37 [Dimensi Muzik] pasti bertepatan serta selari dengan acara kemuncak AJL kerana ia mengambarkan kepelbagaian vokal finalis bertanding.

Pemilihan tema juga memberi perhatian terhadap visual yang selaras dengan konsep persembahan, fesyen dan pentas.

Siaran Langsung Atau Live Streaming AJL 2023 Final Anugerah Juara Lagu 37

Persaingan hebat membabitkan finalis pada malam kemuncak pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-37 [AJL 37] turut disiarkan secara siaran langsung menerusi TV3 disamping peminat boleh menonton secara global live streaming di internet melalui laman web tonton bermula jam 9 malam.

Segmen Karpet Merah Anugerah Juara Lagu

Sebelum acara kemuncak, AJL37 akan memulakan kehangatannya dengan segmen Karpet Merah yang juga boleh ditonton secara live streaming di laman web tonton pada jam 8.00 malam.

Pengacara AJL 2023 Anugerah Juara Lagu 37

Sherry Alhadad dan Jihan Muse telah diberi kepercayaan mengemudi malam kemuncak final AJL37 sebagai pengacara utama manakala Muaz Mohamed serta Fiza Frizzy pula pengacara sampingan bagi mengendalikan segmen karpet merah dan pengacara belakang pentas dijayakan Nadia Hasnan dan Imran Aqil.

Senarai Finalis Dan Lagu Anugerah Juara Lagu AJL 37

Berikut merupakan senarai lagu final AJL37 bersama dengan penyanyi masing-masing.

Paparan Senarai Penuh 12 Buah Lagu Finalis AJL37
BilPenyanyiJudul Lagu
1Alif Satar & The LocosAnugerah Terindah
2Dayang Nurfaizah & Amir MasdiDebu
3Ernie ZakriKorban
4Shila Amzah & Liza HanimBahagiakan Dia
5Joe Flizzow & SonaoneSatu Malam Di Temasik
6Marsha MilanKembali Terang
7Aina AbdulTerus Hidup
8Iman TroyeNang
9Noki & MKPayung Pelangi
10Khai BaharSengsara
11Shiha ZikirIrama
12Naim DanielMainan

Tempat Dan Tarikh Final AJL 37 Anugerah Juara Lagu

Malam kemuncak final Anugerah Juara Lagu ke-37 [AJL 37] dijadualkan berlangsung pada 12 Februari 2023 bermula jam 9 malam bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil.

Info Malam Kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-37 [AJL 37]
PerkaraButiran
?️ Tarikh12 Februari 2023
HariAhad
Masa9:00PM
? SaluranTV3, Laman web Tonton
LokasiAxiata Arena Bukit Jalil

Kedudukan Pemenang Dan Keputusan Juara Final AJL 37 Anugerah Juara Lagu 2023

Berikut adalah senarai keputusan bagi kedudukan pemenang dan juara AJL37 bersama dengan hadiah-hadiah berupa trofi dan wang tunai yang ditawarkan.

Kedudukan Pemenang Dan Juara AJL37
Kedudukan
Kategori
PemenangLaguHadiah
Juara AJL37Aina AbdulTerus HidupRM100,000
Naib JuaraJoe Flizzow & SonaoneSatu Malam Di TemasikRM50,000
KetigaAlif Satar & The LocosAnugerah TerindahRM30,000
Vokal TerbaikAina AbdulTerus HidupRM12,000
Persembahan TerbaikShiha ZikirIramaRM12,000
Penyanyi Pilihan Alha AlfaKhai BaharSengsaraRM12,000