Jadual Siaran Langsung Atau Live Streaming Badminton Piala Sudirman 2021 RTM Sports TV1, TV2, TV Okey, TV3 Dan Astro Arena
Skuad badminton Malaysia yang disertai oleh pemain-pemain muda membawa cabaran negara bagi menghadapi kejohanan berprestij Badminton Piala Sudirman 2021 (Sudirman Cup).
Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 Sebagai Persiapan Malaysia Untuk Sukan Olimpik Paris 2024
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan pemain-pemain muda pada kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 dengan tujuan memberi pengalaman serta pendedahan awal kepada pemain muda dalam kejohanan utama seperti ini sebagai salah satu daripada persiapan Malaysia bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.
Badminton Sudirman Cup 2021 Memberi Cabaran Mental Dan Keupayaan
Kejohanan berprestij seperti Badminton Piala Sudirman pasti akan memberi pengalaman baharu yang merangkumi cabaran mental dan fizikal serta keupayaan pemain muda badminton Malaysia untuk mengatasi tekanan pada tahap tertinggi.
Plaftform ini sekaligus akan menjadi pengalaman yang penting untuk Malaysia bina generasi pemain badminton yang berkualiti pada masa akan datang.
Malaysia Di Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021
Skuad Badminton Piala Sudirman Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan D bersama bersama Jepun, England dan Mesir (Egypt). Untuk mara ke peringkat suku akhir, Malaysia perlu menamatkan saingan peringkat kumpulan dikedudukan pertama atau kedua.
Edisi Kejohanan Dan Secara Ringkas Tentang Badminton Piala Sudirman
Kejohanan Badminton Piala Sudirman bagi tahun 2021 telah memasuki edisi yang ke-17. Piala Sudirman merupakan kejohanan badminton berpasukan campuran peringkat dunia yang diadakan setiap dua tahun sekali.
Objektif utama kejohanan badminton Piala Sudirman diadakan adalah bagi mengharumkan nama negara yang bertanding serta memperoleh mata dalam carta ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Sebagai info, tiada hadiah berupa wang tunai dalam kejohanan badminton Piala Sudirman yang diberikan kepada pemain bagi negara yang bergelar juara, naib juara dan tempat ketiga.
Pencapaian Terbaik Malaysia Di Kejohanan Badminton Piala Sudirman
Pasukan badminton Malaysia belum pernah merangkul kejuaraan sepanjang pembabitan dalam Kejohanan badminton Piala Sudirman. Bagaimanapun pencapaian terbaik Malaysia adalah beraksi di peringkat separuh akhir menentang pasukan China pada tahun 2009, namun Malaysia tewas dengan keputusan 3-0.
Juara Bertahan Badminton Piala Sudirman
China merupakan Juara bertahan dalam kejohanan Piala Sudirman pada edisi kali ini.
Tarikh Dan Tuan Rumah Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021
Kejohanan Badminton Piala Sudirman edisi ke-17 akan bermula pada 26 September 2021 hingga 3 Oktober 2021 berlangsung di Vantaa, Finland melibatkan 16 buah negara yang layak bertanding.
Jadual Siaran Langsung Dan Live Streaming Badminton Piala Sudirman 2021 Waktu Malaysia
Menerusi ruangan ini, peminat badminton tanah air boleh mendapatkan semua maklumat siaran langsung atau live streaming perlawanan badminton Piala Sudirman 2021 yang akan disiarkan menerusi stesen penyiaran di Malaysia antaranya RTM Sport (Sukan), RTM TV1, RTM TV2, RTM TV Okey, dan saluran sukan berbayar Astro Arena / SuperSport.
Kemaskini Berkenaan Siaran Langsung Badminton Piala Sudirman 2021
Di Malaysia, kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 hanya disiarkan secara siaran langsung oleh stesen penyiaran TV berbayar Astro Arena dan Astro Supersport.
Senarai Barisan Pemain Badminton Malaysia Piala Sudirman 2021
Senarai Penuh Pemain Malaysia Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 | |
Kategori | Senarai Pemain |
Perseorangan Lelaki | Lee Zii Jia |
Ng Tze Yong | |
Aidil Sholeh | |
Beregu Lelaki | Aaron Chia / Soh Wooi Yik |
Man Wei Chong / Tee Kai Wun | |
Perseorangan Wanita | Kisona Selvaduray |
Eoon Qi Xuan | |
K. Letshanaa | |
Beregu Wanita | Pearly Tan / Thinaah Muralitharan |
Yap Ling / Teoh Mei Xing | |
Beregu Campuran | Hoo Pang Ron / Cheah Yee See |
Chen Tang Jie / Peck Yen Wei |
Tarikh Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 Berlangsung Dan Tamat | |
Mula | Tamat |
26 September 2021 | 3 Oktober 2021 |
Senarai Pasukan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 Mengikut Kumpulan | |
Kumpulan A | Kumpulan B |
China | Chinese Taipei |
Thailand | South Korea |
Finland | Germany |
India | Tahiti |
Kumpulan C | Kumpulan D |
Indonesia | Japan |
Denmark | Malaysia |
Russia | England |
Canada | Egypt |
Jadual Siaran Langsung TV Dan Live Streaming Badminton Piala Sudirman 2021 Waktu Malaysia Peringkat Kumpulan, Suku Akhir, Separuh Akhir Dan Final | |||||
Tarikh Masa | Pasukan | Live TV | Pasukan | ||
Perlawanan Peringkat Kumpulan | |||||
27 September – Isnin | |||||
3PM | Malaysia | Astro Arena | Astro Supersport | England | |
28 September – Selasa | |||||
9PM | Malaysia | Astro Arena | Astro Supersport | Egypt | |
30 September – Khamis | |||||
9PM | Malaysia | Astro Arena | Astro Supersport | Japan | |
Perlawanan Peringkat Suku Akhir | |||||
1 Oktober – Jumaat | |||||
9PM | Malaysia | Astro Arena | Astro Supersport | Indonesia | |
Perlawanan Peringkat Separuh Akhir | |||||
2 Oktober – Sabtu | |||||
9PM | Malaysia | Astro Arena | Astro Supersport | Japan | |
Perlawanan Peringkat Akhir (Final) | |||||
3 Oktober – Sabtu | |||||
6PM | China | Astro Arena | Astro Supersport | Japan | |
Info Berkaitan | |||||
Judul Pautan (Link) : Jadual Penuh, Keputusan Dan Kedudukan Carta Malaysia Badminton Piala Sudirman 2021 |