Jadual Siaran Langsung Atau Live Streaming Badminton Piala Thomas 2022 RTM Sports TV1, TV2, TV Okey, TV3 Dan Astro Arena
Skuad badminton Malaysia yang disertai oleh pemain-pemain terbaik membawa cabaran negara bagi menghadapi kejohanan berprestij Badminton Piala Thomas 2022 (Thomas Cup).
Secara Ringkas Mengenai Piala Thomas Dan Piala Uber
Piala Thomas Dan Piala Uber merupakan sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa yang diadakan setiap dua tahun.
Piala Thomas membabitkan saingan badminton berpasukan lelaki manakala Piala Uber pula melibatkan saingan badminton berpasukan wanita.
Edisi Dan Jumlah Penyertaan Pasukan Badminton Piala Thomas 2022
Kejohanan Badminton Piala Thomas telah memasuki edisi ke-32 untuk tahun 2022 membabitkan penyertaan 16 pasukan dari negara-negara yang layak bertanding.
Kejohanan Badminton Piala Thomas 2022 Sebagai Persiapan Malaysia Untuk Sukan Olimpik Paris 2024
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan kebanyakan pemain-pemain muda pada kejohanan Badminton Piala Thomas 2022 dengan tujuan memberi pengalaman serta pendedahan awal kepada pemain muda dalam kejohanan utama seperti ini sebagai salah satu daripada persiapan Malaysia bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.
Badminton Piala Thomas 2022 Memberi Cabaran Mental Dan Keupayaan
Kejohanan berprestij seperti Badminton Piala Thomas pasti akan memberi pengalaman baharu yang merangkumi cabaran mental dan fizikal serta keupayaan pemain muda badminton Malaysia untuk mengatasi tekanan pada tahap tertinggi.
Plaftform ini sekaligus akan menjadi pengalaman yang penting untuk Malaysia bina generasi pemain badminton yang berkualiti pada masa akan datang.
Malaysia Di Kejohanan Badminton Piala Thomas 2022
Skuad Badminton Piala Thomas Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan D dengan pasukan Jepun, England dan United States.
Untuk mara ke peringkat suku akhir, Malaysia perlu menamatkan saingan peringkat kumpulan dikedudukan pertama atau kedua.
Rekod Kejuaraan Malaysia Di Kejohanan Badminton Piala Thomas
Malaysia berjaya merangkul lima kejuaraan sepanjang pembabitan dalam Kejohanan Badminton Piala Thomas. Kejuaraan terakhir Malaysia adalah pada tahun 1992. Manakala untuk Piala Uber pula, Malaysia tidak pernah merangkul kejuaraan.
Juara Bertahan Piala Thomas
Indonesia merupakan Juara bertahan dalam kejohanan Piala Thomas pada edisi kali ini.
Tarikh Kejohanan Badminton Piala Thomas 2022
Kejohanan Badminton Piala Thomas edisi ke-32 bermula pada 8 Mei 2022 hingga 15 Mei 2022 berlangsung di Nonthaburi, Thailand melibatkan 16 buah negara yang layak bertanding.
Jadual Siaran Langsung Dan Live Streaming Badminton Piala Thomas 2022 Waktu Malaysia
Menerusi ruangan ini, peminat badminton tanah air boleh mendapatkan semua maklumat siaran langsung atau live streaming perlawanan badminton Piala Thomas 2021 yang akan disiarkan menerusi stesen penyiaran di Malaysia antaranya RTM Sport (Sukan), RTM TV1, RTM TV2, RTM TV Okey, dan saluran sukan berbayar Astro Arena / SuperSport.
Senarai Barisan Pemain Lelaki Badminton Malaysia Piala Thomas 2022
Senarai Penuh Pemain Lelaki Malaysia Kejohanan Badminton Piala Thomas 2022 | ||
Kategori / Acara | Senarai Pemain | Umur |
Perseorangan | Lee Zii Jia | 24 Tahun |
Liew Daren | 35 Tahun | |
Ng Tze Yong | 22 Tahun | |
Leong Jun Hao | 23 Tahun | |
Aidil Sholeh | 22 Tahun | |
Beregu | Aaron Chia | 25 Tahun |
Soh Wooi Yik | 24 Tahun | |
Ong Yew Sin | 27 Tahun | |
Teo Ee Yi | 29 Tahun | |
Nur Izzuddin | 25 Tahun | |
Goh Sze Fei | 25 Tahun | |
Chia Wei Jie | 22 Tahun | |
Tarikh Kejohanan Badminton Piala Thomas 2022 Berlangsung Dan Tamat | |
Mula | Tamat |
8 Mei 2022 | 15 Mei 2022 |
Senarai Pasukan Kejohanan Badminton Piala Thomas 2022 Mengikut Kumpulan | |
Kumpulan A | Kumpulan B |
Indonesia | Denmark |
South Korea | China |
Thailand | France |
Singapore | Algeria |
Kumpulan C | Kumpulan D |
Chinese Taipei | Japan |
India | Malaysia |
Germany | England |
Canada | United States |
Jadual Siaran Langsung TV Dan Live Streaming Badminton Piala Thomas 2022 Waktu Malaysia Peringkat Kumpulan, Suku Akhir, Separuh Akhir Dan Final | |||||
Tarikh Masa | Pasukan | Live TV | Pasukan | ||
Perlawanan Peringkat Kumpulan | |||||
9 Mei – Isnin | |||||
10AM | Malaysia | Astro Arena 2 | RTM TV Okey | England | |
10 Mei – Selasa | |||||
3PM | Malaysia | Tiada | United States | ||
11 Mei – Rabu | |||||
8PM | Malaysia | Astro Arena 2 | RTM TV Okey | Japan | |
Perlawanan Peringkat Suku Akhir | |||||
12 Mei – Khamis | |||||
8PM | Malaysia | Astro Arena 2 | RTM TV Okey | India | |
Perlawanan Peringkat Akhir (Final) | |||||
15 Mei – Ahad | |||||
2PM | Indonesia | Astro Arena 2 | RTM TV Okey | India | |
Pautan (Link) Tontonan Online | |||||
Live Streaming Indonesia Vs India Final Badminton Piala Thomas 2022 | |||||
Pautan (Link) Info Berkaitan | |||||
Jadual Penuh, Keputusan Dan Kedudukan Carta Malaysia Badminton Piala Thomas 2022 | |||||