Jadual Siaran Langsung Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024

Perincian Jadual Siaran Langsung Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024 Di RTM Dan Astro Serta Siaran Live Streaming Olympics Games Paris 2024 Di Internet.
siaran live streaming sukan olimpik

Sukan Olimpik merupakan temasya sukan antarabangsa paling berprestij diadakan setiap empat tahun yang disertai oleh atlet berkelayakan dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Atlet-atlet ini akan bersaing dalam pelbagai acara sukan bagi merebut tempat di podium sekali gus dapat menghadiahkan kilauan pingat emas, perak, atau gangsa kepada negara masing-masing.

Acara Sukan Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik 2024 Paris

Temasya Sukan Olimpik 2024 menyaksikan cabaran Malaysia digalas oleh 26 atlet dan ada di antaranya berpotensi untuk menghadiahkan kilauan pingat kepada Malaysia dalam acara sukan yang disertai.

Atlet Malaysia akan bersaing dan mempamerkan kehebatan masing-masing dalam sepuluh jenis sukan yang layak disertai iaitu Badminton, Berbasikal, Terjun, Memanah, Sukan Perahu Layar, Golf, Memanah, Menembak, Sukan Terjun Olahraga dan Renang. Untuk makluman, jadual atlet Malaysia di sukan Olimpik 2024 telahpun disusun untuk memastikan atlet-atlet negara kita bersedia untuk beraksi dalam acara sukan tersebut.

Jadual Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024

Jadual atlet Malaysia pada temasya sukan Olimpik 2024 telah melibatkan proses persediaan yang teliti dan sistemik bagi memastikan atlet-atlet negara kita berada dalam keadaan bersedia sebelum menghadapi cabaran merangkumi latihan, pemakanan yang sihat, dan penjagaan kesihatan secara keseluruhan juga turut diberi tumpuan untuk memastikan prestasi atlet-atlet kita dapat beraksi dengan cemerlang di pentas sukan antarabangsa yang berprestij ini.

Selain daripada itu, sokongan moral dan mental juga perlu diberikan kepada atlet-atlet Malaysia tersebut agar mereka dapat menghadapi tekanan dan cabaran dalam Sukan Olimpik dengan penuh keyakinan.

Senarai Penuh Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024

Berikut merupakan senarai penuh atlet Malaysia yang layak menggalas cabaran Malaysia melalui penyertaan acara sukan masing-masing di Temasya Sukan Olimpik, Paris Perancis 2024.

Senarai Keseluruhan Atlet Malaysia Sukan Olimpik 2024 Paris
SukanAtletAcara / Kategori
MemanahAriana Nur Dania Mohamad ZairiIndividu Wanita & Berpasukan
Nurul Azreena Fazil
Syaqiera Mashayikh
BerbasikalMohd Azizulhasni AwangKeirin & Pecut Lelaki
Muhammad Shah Firdaus SahromKeirin & Pecut Lelaki
Nurul Izzah Izzati Mohd AsriKeirin & Pecut Wanita
Nur Aisyah Mohamad ZubirLumba Jalan Raya Wanita
TerjunBertrand Rhodict Lises10m Platform Individu Lelaki
Nur Dhabitah Sabri3m Papan Anjal Individu Wanita
PelayaranNur Shazrin Mohd LatifILCA 6 wanita
Khairulnizam AfendyILCA 7 lelaki
MenembakJohnathan Wong10m Air Pistol Lelaki
BadmintonLee Zii JiaPerseorangan Lelaki
Aaron ChiaBeregu Lelaki
Soh Wooi Yik
Goh Jin WeiPerseorangan Wanita
Pearly TanBeregu Wanita
Thinaah Muralitharan
Chen Tang JieBeregu Campuran
Toh Ee Wei
Angkat BeratAniq Kasdan61kg Lelaki
GolfGavin GreenIndividu Lelaki
Ashley LauIndividu Wanita
OlahragaMuhd Azeem Fahmi100m Lelaki
RenangKhiew Hoe Yean400m Gaya Bebas Lelaki
Tan Rou Xin100m Kuak Dada Wanita

wajah atlet malaysia sukan olimpik 2024

Mengenai Negara Tuan Rumah Sukan Olimpik 2024

Temasya Sukan Olimpik telah memasuki edisi ke-33 bagi tahun 2024 dengan menyaksikan Paris, Perancis menjadi bandar tuan rumah Sukan Olimpik. Paris telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2024 setelah berjaya memenuhi pelbagai kriteria yang ditetapkan oleh International Olympic Committee (IOC).

Paris dikenali sebagai salah satu destinasi bandar pelancongan terbaik di dunia. Pemilihan Paris sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2024 dilihat sebagai pemilihan yang tepat kerana bandar ini mempunyai infrastruktur yang baik dan kemudahan pengangkutan awam yang canggih. Selain itu, Paris juga mempunyai banyak tempat bersejarah dan tempat menarik yang boleh menjadi lokasi untuk acara-acara sukan Olimpik.

Sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2024, Paris berhasrat untuk menyumbang kepada kejayaan acara sukan ini dengan menyediakan yang terbaik bagi atlet dan juga penonton. Paris sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2024 turut akan memastikan acara sukan ini berjalan lancar dan berjaya serta menjadi kenangan yang tidak terlupakan bagi semua pihak yang terlibat.

Jumlah Atlet Dan Acara Sukan Olimpik Paris 2024

Jumlah atlet yang menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 adalah lebih kurang 10,714 atlet dari pelbagai negara di seluruh dunia. Atlet-atlet akan bersaing dalam  329 acara membabitkan 32 jenis sukan yang dipertandingkan. Dengan jumlah besar atlet yang menyertai temasya sukan ini serta pelbagai acara sukan yang dipertandingkan, Sukan Olimpik Paris 2024 dijangka akan menjadi acara sukan yang penuh dengan aksi yang penuh cabaran.

Tarikh Kejohanan Sukan Olimpik Paris (2024 Summer Olympics)

Kejohanan Sukan Olimpik Paris 2024, juga dikenali sebagai 2024 Summer Olympics, bakal menjadi tarikan utama untuk peminat sukan di seluruh dunia. Kejohanan sukan ini akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024 di pelbagai lokasi di sekitar Paris.

Kejohanan Sukan Olimpik Paris 2024 adalah acara sukan yang dinantikan oleh jutaan peminat sukan di seluruh dunia. Ia akan menjadi medan pertandingan yang berprestij bagi atlet-atlet terbaik dari pelbagai negara. Sukan Olimpik adalah satu acara sukan yang membuktikan kekuatan, ketekunan dan semangat demi mengharumkan nama negara masing-masing melalui arena sukan.

Siaran Langsung Sukan Olimpik 2024 Di Sukan RTM, RTM TV Okey Dan Astro

Bagi peminat sukan di Malaysia, Siaran Langsung Sukan Olimpik 2024 sangat dinantikan untuk menyaksikan aksi-aksi hebat atlet dari negara-negara lain termasuk atlet Malaysia. Untuk menonton siaran langsung atau live streaming Sukan Olimpik 2024, peminat sukan di Malaysia boleh menonton melalui saluran RTM, RTM TV Okey, dan Astro.

RTM (Radio Televisyen Malaysia) merupakan pilihan utama bagi peminat sukan di Malaysia untuk menonton siaran langsung Sukan Olimpik kerana RTM menawarkan siaran langsung secara percuma. RTM menawarkan liputan menyeluruh dari pelbagai acara sukan yang berlangsung di Sukan Olimpik 2024.

Selain itu, peminat sukan juga boleh menonton siaran langsung Sukan Olimpik 2024 melalui saluran Astro. Astro menawarkan pelbagai saluran sukan termasuk saluran-saluran khas untuk menonton Sukan Olimpik.

Dengan adanya pelbagai pilihan saluran untuk menonton siaran langsung Sukan Olimpik 2024, peminat sukan di Malaysia pasti tidak akan terlepas untuk menyaksikan aksi-aksi hebat atlet dari pelbagai negara. Jadi, pastikan anda mengikuti jadual siaran langsung dan jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Sukan Olimpik 2024 di saluran RTM, RTM TV Okey, dan Astro Arena.

Jadual Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024

Berikut adalah jadual harian waktu Malaysia mengikut peringkat bagi setiap acara sukan yang membabitkan atlet Malaysia di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Peminat sukan tanah air yakin bahawa atlet-atlet Malaysia akan memberikan yang terbaik dalam Sukan Olimpik Paris 2024. Marilah kita bersama-sama memberi sokongan kepada mereka dan mendoakan agar mereka mendapat kejayaan yang gemilang.

Jadual Penuh Harian Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024 Waktu Malaysia
TarikhMasaSukanAcara
Peringkat
Atlet
25 Julai3:30PMMemanahWomen’s Recurve Individual
(Pusingan Awal)
Ariana Nur Dania
Nurul Azreena
Syaqiera Mashayikh
27 Julai2:30PM
3:20PM
BadmintonMixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:20PMWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
4:10PMMen’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
4:10PM
5:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
5:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
4:30PMMenembakMen’s 10m Air Pistol
Kelayakan
Jonathan Wong
5:00PMRenangMen’s 400m Freestyle
Heats
Khiew Hoe Yen
28 Julai1:30PMBadmintonWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
1:30PM
2:20PM
Men’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
2:30PM
3:20PM
Mixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:10PM
4:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
4:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
4:00PMMemanahWomen’s Team Recurve 1/8
Elimination Round
Ariana Nur Dania
Nurul Azreena
Syaqiera Mashayikh
5:00PMRenangWomen’s 100m Breast Stroke
Heats
Tan Rouxin
29 Julai1:30PMBadmintonWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
1:30PM
2:20PM
Men’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
2:30PM
3:20PM
Mixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:10PM
4:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
4:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
30 Julai1:30PMWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
1:30PM
2:20PM
Men’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
2:30PM
3:20PM
Mixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:10PM
4:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
4:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
31 Julai1:30PMWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
1:30PM
2:20PM
Men’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
2:30PM
3:20PM
Mixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:10PM
4:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
4:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
1 Ogos3:00PMGolfMen’s IndividualGavin Green
3 Ogos5:45PMOlahragaMen’s 100m
Kelayakan
Azeem Fahmi
4 Ogos8:00PMBasikal
Lebuhraya
Women’s Road RaceNur Aisyah
7 Ogos6:45PMBasikal
Trek
Men’s Sprint
Kelayakan
Azizulhasni Awang
Muhammad Shah Firdaus
7:26PMWomen’s Keirin
Pusingan 1
Nurul zzah Izzati
3:00PMGolfWomen’s Individual
Pusingan 1
Ashley Lau
9:00PMAngkat BeratMen’s 61kgAniq Kasdan
9:00PMTerjunWomen’s 3m springboardNur Dhabitah Sabri
9 Ogos8:00PMBasikal
Trek
Women’s Sprint
Kelayakan
Nurul Izzah Izzati
4:00PMTerjunMen’s 10m platform
Preliminary
Bertrand Rhodict Lises
10 Ogos11:20PMBasikal
Trek
Men’s Keirin
First Round
Azizulhasni Awang
Muhammad Shah Firdaus