Jadual Siaran Langsung Atau Live Streaming Sukan Paralimpik Tokyo 2020-2021 Atlet Malaysia RTM Sports, RTM TV Okey Dan Astro Arena
Seramai 22 atlet membawa cabaran Malaysia di temasya sukan Paralimpik Tokyo 2021 yang beraksi dalam 22 acara merangkumi 9 jenis sukan masing-masing iaitu Memanah (Archery), Olahraga (Athletics), Badminton, Berbasikal (Cycling), Boccia, Powerlifting, Swimming (Renang), Table Tennis (Ping Pong) dan Wheelchair Tennis (Tenis Kerusi Roda).
Apakah Sukan Paralimpik
Sukan Paralimpik adalah temasya sukan antarabangsa yang membabitkan atlet-atlet kelainan upaya dari seluruh dunia. Temasya sukan Paralimpik diadakan setiap empat tahun sekali sama seperti Sukan Olimpik.
2020 Summer Paralympics Turut Ditunda Setahun
Sama seperti penganjuran Sukan Olimpik yang baharu sahaja tamat, Temasya sukan Paralimpik edisi ke-16 di Tokyo, Jepun sepatutnya berlangsung pada tahun lepas (2020) ditunda ke tahun ini (2021) susulan pandemik melanda dunia yang menghuru-harakan kalendar temasya sukan antarabangsa.
Negara Tuan Rumah Dan Jumlah Penyertaan
Tokyo, Jepun merupakan bandar tuan rumah bagi sukan Paralimpik musim panas edisi ke-16 yang membabitkan penyertaan 163 negara yang layak dengan seramai 4,537 atlet bertanding dalam 22 jenis sukan yang dipertandingkan.
Tarikh Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo (2020 Summer Paralympics)
Temasya sukan Paralimpik Tokyo edisi ke-16 akan berlangsung bermula 24 Ogos 2021 hingga 5 September 2021.
Sukan Paralimpik Tokyo 2020-2021 Disiarkan Secara Siaran Langsung Di Sukan RTM, RTM TV Okey Dan Astro Arena
Peminat sukan di Malaysia boleh menyaksikan temasya sukan Paralimpik di Tokyo secara langsung menerusi RTM Sukan, RTM TV Okey dan Astro Arena.
Jadual Siaran Langsung Dan Live Streaming Sukan Paralimpik Tokyo 2021 Atlet Malaysia
Menerusi ruangan ini, peminat sukan boleh mendapatkan semua maklumat siaran langsung atau live streaming sukan Paralimpik Tokyo 2020 / 2021 melibatkan atlet Paralimpik Malaysia terutamanya yang akan disiarkan menerusi stesen penyiaran di Malaysia antaranya RTM Sport (Sukan), RTM TV Okey, dan saluran sukan berbayar Astro Arena / SuperSport.
Kemaskini! Sukan Paralimpik Tokyo Tidak Disiarkan Secara Langsung Di Saluran RTM
RTM tidak dapat menyiarkan Temasya Sukan Paralimpik ke-16 di Tokyo secara siaran langsung kerana terikat dengan isu pemegang hak sebagai penyiar rasmi. Perkara ini sekaligus mengecewakan peminat sukan tanah air terutamanya bagi mereka yang tidak mampu melanggan saluran berbayar.
Bagaimanapun, RTM akan menyiarkan siaran tertunda atau siaran ulangan di saluran RTM Sukan jam 12.30 tengah malam bermula 28 Ogos 2021 hingga 5 September 2021.
Senarai Barisan Atlet Malaysia Paralimpik Tokyo
Senarai Penuh Atlet Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo Jepun 2020-2021 | ||
Sukan | Atlet | Acara / Kategori |
Memanah | Suresh Selvathamby | Recurve Individu Lelaki |
Wiro Julin | Compound Open Individu Lelaki | |
Olahraga | Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi | Lari Pecut 100m T36 |
Wong Kar Gee | Lompat Jauh T13 | |
Abdul Latif Romly | Lompat Jauh T20 | |
Muhammad Ziyad Zolkefli | Lontar Peluru F20 | |
Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin | Lari 400m T20 | |
Badminton | Cheah Liek Hou | Perseorangan Lelaki (SU5) |
Didin Taresoh | Perseorangan Lelaki (SH6) | |
Boccia | Chew Wei Lun | Individu BC1 |
Berbasikal | Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin | Lebuhraya & Trek |
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais & Nurul Suhada Zainal | Lebuhraya | |
Muhammad Hafiz Jamali & Zuhairie Ahmad Tarmizi | Lebuhraya & Trek | |
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Muhammad Hafiz Jamali & Zuhairie Ahmad Tarmizi | Pecut Berpasukan Campuran | |
PowerLifting | Bonnie Bunyau Gustin | Lelaki – 72kg |
Jong Yee Khie | Lelaki – 107kg | |
Renang | Muhammad Nur Syaiful Zulkafli | 50m, 100m, 200m S5 (Gaya Bebas) & 100m SB4 Kuak Dada Lelaki |
Jamery Siga | 50m S5, Kuak kupu-kupu Lelaki | |
Brenda Anellia Larry | 50m S4, Kuak Dada, 50m Kuak kupu-kupu Wanita | |
Ping Pong | Chee Chaoming | Individu – Kelas 9 |
Tenis Kerusi Roda | Abu Samah Borhan | Perseorangan Lelaki |
Tarikh Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo (2020 Summer Paralympics) | |
Upacara Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Paralimpik Tokyo | Upacara Majlis Penutupan Rasmi Sukan Paralimpik Tokyo |
24 Ogos 2021 | 5 September 2021 |
Jadual Siaran Langsung TV Dan Live Streaming Atlet Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo Waktu Malaysia
Jadual Penuh Atlet Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo 2020/2021 | ||||
Tarikh | Masa | Sukan | Acara / Kategori | Atlet |
25 Ogos | 8:40AM | Ping Pong | Perseorangan Lelaki – Kumpulan (C) Perlawanan 1 | Chee Chaoming |
9:56AM | Renang | 200m Gaya Bebas Lelaki – S5 Heat 1 | Muhammad Nur Syaiful Zulkafli | |
26 Ogos | 8:00AM | Renang | 100m Gaya Bebas Lelaki – S5 Heat 1 | Muhammad Nur Syaiful Zulkafli |
4:00PM | 100m Gaya Bebas Lelaki – S5 Final | Muhammad Nur Syaiful Zulkafli | ||
8:00AM | Ping Pong | Perseorangan Lelaki – Peringkat Kumpulan (C) Perlawanan 2 | Chee Chaoming | |
5:40PM | Perseorangan Lelaki – Peringkat Kumpulan (C) Perlawanan 3 | Chee Chaoming | ||
9:00AM | Berbasikal | 1000m wanita Time Trial – Medal Race | Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais & Nurul Suhada Zainal (Pilot) | |
9:30AM | 3000m lelaki Pursuit (kelayakan) | Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin | ||
1:00PM | 1000m lelaki Time Trial – Medal Race | Muhammad Hafiz Jamali & Zuhairie Ahmad Tarmizi | ||
27 Ogos | 8:51AM | Renang | 50m, Kuak kupu-kupu Lelaki S5 Heat 3 | Jamery Siga |
8:59AM | 50m, Kuak kupu-kupu Wanita S5 Heat 2 | Brenda Anellia Larry | ||
10:00AM | Tenis Kerusi Roda | Perseorangan lelaki – Pusingan pertama | Abu Samah Borhan | |
1:00PM | Memanah | Compound Open Individu Lelaki – Pusingan Awal | Wiro Julin | |
1:00PM | Recurve Individu Lelaki – Pusingan Awal | Suresh Selvathamby | ||
28 Ogos | 9:32AM | Berbasikal | 750m Pecut Berpasukan | Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Muhammad Hafiz Jamali & Zuhairie Ahmad Tarmizi |
10:00AM | PowerLifting | 72kg Lelaki – Final | Bonnie Bunyau Gustin | |
11:56AM | Memanah | Compound Open Individu Lelaki – Pusingan 1/16 | Wiro Julin | |
2:00PM | Tenis Kerusi Roda | Perseorangan lelaki – Pusingan Kedua | Abu Samah Borhan | |
4:10PM | Boccia | Individu – BC1 Pool B Perlawanan 1 | Chew Wei Lun | |
29 Ogos | 9:14AM | Renang | 100m Kuak Dada Lelaki SB4 Heat 1 | Muhammad Nur Syaiful Zulkafli |
9:40AM | Boccia | Individu – BC1 Pool B Perlawanan 2 | Chew Wei Lun | |
4:10PM | Individu – BC1 Pool B Perlawanan 3 | Chew Wei Lun | ||
30 Ogos | 10:00AM | PowerLifting | 107kg Lelaki – Final | Jong Yee Khie |
4:10PM | Boccia | Individu – BC1 Pool B Perlawanan 4 | Chew Wei Lun | |
7:22PM | Olahraga | 400m Wanita T20 – Pusingan 1 | Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin | |
31 Ogos | 7:41AM | Berbasikal Lebuhraya | Lelaki C1 Time Trial – Medal Race | Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin |
12:47PM | Lelaki C5 Time Trial – Medal Race | Muhammad Hafiz Jamali & Zuhairie Ahmad Tarmizi | ||
1:43PM | Wanita B Time Trial – Medal Race | Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais | ||
3:00PM | Boccia | Individu – BC1 Suku Akhir | Chew Wei Lun | |
5:40PM | Individu – BC1 Separuh Akhir | Chew Wei Lun | ||
6:05PM | Olahraga | Lontar Peluru F20 – Final | Muhammad Ziyad Zolkefli | |
7:38PM | 400m Wanita T20 – Final | Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin | ||
1 Sept | 9:31AM | Renang | 50m Gaya Bebas S5 Lelaki – Heat 1 | Muhammad Nur Syaiful Zulkafli |
6:29PM | 50m Gaya Bebas S5 Lelaki – Final | Muhammad Nur Syaiful Zulkafli | ||
3:50PM | Boccia | Individu – BC1 Final | Chew Wei Lun | |
7:00PM | Badminton | Perseorangan Lelaki (SU5) Kumpulan B Perlawanan 1 | Cheah Liek Hou | |
2 Sept | 8:48AM | Berbasikal Lebuhraya | Lelaki C1 3 Road Race – Medal Race | Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin |
12:00PM | Badminton | Perseorangan Lelaki (SH6) Kumpulan B Perlawanan 1 | Didin Taresoh | |
3:00PM | Perseorangan Lelaki (SU5) Kumpulan B Perlawanan 2 | Cheah Liek Hou | ||
4:20PM | Perseorangan Lelaki (SH6) Kumpulan B Perlawanan 2 | Didin Taresoh | ||
3 Sept | 9:07AM | Renang | 50m Kuak Dada Wanita – S4 Heat 1 | Brenda Anellia Larry |
9:15AM | Memanah | Recurve Individu Lelaki – Pusingan 1/16 | Suresh Selvathamby | |
12:00PM | Badminton | Perseorangan Lelaki (SU5) Kumpulan B Perlawanan 3 | Cheah Liek Hou | |
7:33PM | Olahraga | 100m T36 – Pusingan 1 | Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi | |
4 Sept | 9:02AM | Olahraga | Lompat Jauh T13 – Final | Wong Kar Gee |
9:38AM | 100m T36 – Final | Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi | ||
6:00PM | Lompat Jauh T20 – Final | Abdul Latif Romly | ||
9:30AM | Badminton | Perseorangan Lelaki (SU5) – Separuh Akhir | Cheah Liek Hou | |
3:00PM | Perseorangan Lelaki (SU5) – Final | Cheah Liek Hou | ||
Info Berkaitan | ||||
Keputusan Dan Jumlah Pungutan Pingat Atlet Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo | ||||
Nota | ||||
1. Masa yang dinyatakan adalah mengikut waktu di Malaysia | ||||
2. Penambahan jadual atlet Paralimpik Malaysia akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut hari dan peringkat. |