Niat Panduan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri 2024

sembahyang hari raya aidilfitri
Panduan Cara Sembahyang Atau Solat Hari Raya Aidilfitri Yang Betul Terbitan JAKIM Berserta Dengan Mandi Sunat Aidilfitri.

Seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024 pada 10 April bersamaan 1 Syawal 1445 Hijrah.

Menzahirkan Rasa Syukur Kepada Allah SWT

Di pagi Hari Raya Aidilfitri perkara utama yang perlu dilakukan adalah solat sunat Aidilfitri selain umat Islam disunatkan untuk bertahmid (memuji Allah SWT dengan segala puji-pujian yang terbaik sebagai tanda rasa syukur di atas segala nikmatNya), bertasbih dan memperbanyakkan bertakbir pada pagi 1 Syawal yang mulia.

Aidilfitri Merupakan Hari Istimewa

Sebagaimana yang diketahui, Aidilfitri merupakan hari yang tersangat istimewa bagi semua umat Islam tidak kira sama ada muda atau tua, miskin atau kaya dan lelaki mahupun perempuan.

Justeru itu, wajarlah kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah SWT sebagai tanda meraikan kemenangan kerana kejayaan melaksanakan ibadah puasa wajib sebulan serta mengharungi ujian dan cabaran sepanjang Ramadan.

Bersederhana Menyambut Aidilfitri

Sebagai peringatan, Islam menganjurkan umatnya agar bersederhana dalam menzahirkan kegembiraan ketika menyambut Aidilfitri bagi mendapatkan keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT pada hari lebaran.

Niat Dan Panduan Terkini Cara Sembahyang Hari Raya Puasa Aidilfitri

Tidak dinafikan bahawa setiap manusia itu tidak dapat lari dari sifat pelupa, mungkin ada di kalangan kita yang lupa cara untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri, almaklumlah solat hari raya Aidilfitri hanya dilakukan setahun sekali.

Berikut editor sertakan panduan yang lengkap dan sahih mengenai cara sembahyang hari raya Aidilfitri. Solat Hari Raya Aidilfitri hukumnya sunat muakkad (dituntut atau digalakkan).

Selain itu, kita juga digalakkan mandi sunat sebelum menunaikan solat hari raya selain memakai haruman yang dibolehkan dibawa sembahyang dan pakaian yang baik serta sempurna.

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
Nawaitul Ghusla Li i’dil fitri Sunnatallilahi Ta’ala
Sahaja Aku Mandi Sunat Aidil Fitri Kerana Allah Ta’ala

Info Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Solat hari raya Idulfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usalli Sunnatan LiAidil Fitri Rak’ataini Makmuman Lillahi Ta’ala
Sahaja Aku sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri Dua Rakaat Makmum Kerana Allah Ta’ala
Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Rakaat Pertama
1. Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
2. Membaca doa iftitah
3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ilaha illallah, Wallahu akbar
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
4. Membaca surah al- Fatihah
5. Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat Kedua
1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
2. Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ilaha illallah, Wallahu akbar
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
3. Membaca surah al- Fatihah
4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
6. Memberi salam