SPA9 2024 Borang Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2024 Daftar Dan Login

Maklumat SPA9 Borang Permohonan Kerja Kosong Kerajaan Tahun 2024 Merangkumi Panduan Pendaftaran Dan Log Masuk Sistem SPA9.
kerja kosong kerajaan spa9

SPA9 merupakan portal sistem pangkalan data borang pendaftaran permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam secara atas talian (online) yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi memudahkan calon-calon atau pencari kerja yang berminat dengan sektor Perkhidmatan Awam kerajaan membuat permohonan pekerjaan.

Lepasan SPM Lebih Berminat Kerja Kerajaan

Hasil dapatan tinjauan (survey) yang telah dibuat secara sukarela, mendapati individu terutamanya lepasan kelulusan SPM lebih berminat untuk bekerja di sektor awam kerajaan.

Kelebihan Berkerja Di Sektor Awam Kerajaan

Umum sedia maklum bahawa, setiap pekerjaan dan jawatan dalam Perkhidmatan Awam mempunyai kelebihan yang tersendiri selain dilihat mampu memberikan jaminan kehidupan di masa hadapan yang lebih selesa berikutan terdapat pelbagai tawaran dalam skim jawatan antaranya seperti kenaikan tangga gaji penjawat awam dan skim pencen apabila sudah mencapai tempoh akhir perkhidmatan.

Daftar Dan Login SPA9 Permohonan Kerja Kerajaan Perkhidmatan Awam

Individu yang berkelayakan boleh membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ada dalam sektor kerajaan melalui Portal Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9).

SPA9 Ganti SPA8i

Sebagai info, SPA9 merupakan borang online untuk tujuan pendaftaran permohonan pekerjaan yang menggantikan sistem sebelumnya iaitu SPA8i dengan beberapa penambahbaikan seiring dengan keperluan semasa yang diperlukan.

Menerusi semakan Infosentral di SPA9, pemohon boleh memohon pekerjaan berdasarkan kesesuaian kelayakan dalam Perkhidmatan Awam AM Persekutuan selain Perkhidmatan Awam di beberapa buah negeri yang terpilih.

SPA9 Lebih Mesra Pengguna Berbanding SPA8i

SPA9 dilihat lebih mesra pengguna apabila terdapat beberapa kemudahan yang sangat diperlukan oleh pengguna antaranya seperti kemudahan padanan pekerjaan bagi mengenal pasti skim jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan pemohon selain berkonsepkan ciri keselamatan dan kerahsiaan maklumat dan yang paling utama adalah proses semakan kelayakan, permohonan jawatan serta tapisan melalui SPA9 menjadi lebih mudah, cepat dan tepat.

Panduan Pendaftaran SPA9 Permohonan Pekerjaan Sektor Kerajaan

Berikut disertakan maklumat cara-cara penggunaan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, SPA9.

Sila layari Portal Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) terlebih dahulu, kemudian sila rujuk maklumat panduan pengguna melalui judul pautan di bawah dan maklumat lanjut dan lengkap turut disediakan di Portal Rasmi SPA9.

Daftar Dan Login SPA9
link https://spa9.spa.gov.my
link Panduan Pengguna Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9