Semakan keputusan SPMU 2020 online sms SPM Ulangan
Tarikh keputusan SPM Ulangan 2020 Diumumkan Dan Semakan Keputusan SPMU Secara Online Serta SMS. Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2020 boleh menyemak serta mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing secara online mahupun sms.
Senarai sub-tajuk Artikel
Semakan Keputusan SPMU Secara Online Atau SMS
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan media bertarikh 13 Oktober 2020 telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan akan dikeluarkan pada hari Isnin, 19 Oktober 2020.
Dalam kenyataan yang sama, KPM turut memaklumkan bahawa calon-calon SPMU akan memperoleh keputusan menerusi pos ataupun mendapatkan slip keputusan SPMU melalui atau berhubung terus dengan Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon-calon mendaftar sebelum ini untuk menduduki peperiksaan SPMU.
Dua Kaedah Semakan Keputusan SPMU Disediakan
Selain itu, calon-calon boleh mendapatkan keputusan SPMU dengan melakukan semakan sama ada secara online ataupun SMS. Semakan keputusan SPMU 2020 secara online adalah melalui Portal Lembaga Peperiksaan (LP) manakala semakan secara sms adalah dengan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888.
Berikut Infosentral sediakan ruangan ringkasan maklumat berhubung dengan keputusan SPMU 2020 yang merangkumi bila tarikh keputusan diumumkan serta kaedah untuk membuat semakan dan mendapatkan slip keputusan SPMU 2020 yang lengkap.
Tarikh Keputusan SPM Ulangan SPMU 2020 Diumumkan | |
Tarikh | Jam |
19 Oktober 2020 | 10:00 Pagi |
Cara Semakan Keputusan SPMU 2020 Secara Online Dan SMS |
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah kepada calon-calon bagi tujuan mengetahui keputusan SPMU masing-masing dengan pantas iaitu dengan semakan secara dalam talian (online) dan perkhidmatan SMS. |
Bagi calon-calon yang mahu mengetahui keputusan SPMU 2020 masing-masing dengan menggunakan cara semakan secara dalam talian (online), sila klik pada judul pautan dibawah. |
Semakan Keputusan SPMU 2020 Secara Online |
Selain semakan online, calon-calon juga boleh mengetahui ringkasan keputusan SPMU 2020 masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS 15888, sila rujuk kepada format seperti yang disertakan dibawah untuk tujuan penghantaran mesej. |
Taip: SPMU (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888 |
Contoh: SPMU 990788035321 HG098A040 sms ke 15888 |
Cara Mendapatkan Slip Keputusan SPMU 2020 | |
Info | |
Calon-calon boleh mendapatkan slip keputusan SPMU 2020 di Jabatan Pendidikan Negeri. |