Pingat SUKMA 2022 kedudukan carta negeri pungutan terkini

Pingat SUKMA 2022 kedudukan carta negeri pungutan terkini. Jumlah kutipan medal emas, perak, gangsa keputusan atlet sukma 2022 ikut negeri.

Keputusan Jumlah Kutipan Pingat (Medal) Emas, Perak Dan Gangsa Terkini Serta Kedudukan Carta Negeri Sukan Malaysia (SUKMA) Ke 20 Kuala Lumpur 2022

[T]emasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-20 bagi tahun 2022 kini kembali dengan penyertaan 14 buah negeri di Malaysia dan Brunei Darussalam selaku negara jemputan yang mempertaruhkan kebolehan atlet dalam acara sukan diceburi masing-masing dengan satu objektif atau matlamat iaitu mengharumkan nama negeri dan negara menerusi arena sukan.

Negeri Tuan Rumah Sukan Malaysia SUKMA 2022

Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-20 menyaksikan Kuala Lumpur kembali menjadi negeri tuan rumah setelah 14 tahun sejak kali terakhir diadakan di sana.

Jumlah Acara Sukan SUKMA 2022

SUKMA 2022 membabitkan 426 acara dalam 31 sukan dipertandingkan merangkumi 223 acara lelaki, 184 wanita dan 19 campuran dengan menyaksikan sukan olahraga dan akuatik menawarkan 44 dan 43 pingat emas, diikuti kanu (33), berbasikal (30), menembak (26), pencak silat (26), wushu (25) dan gimnastik (21).

Manakala Tinju (12 acara), bola sepak (1) dan kriket (1) hanya melibatkan kategori lelaki, dan e-sukan menawarkan lima emas tanpa mengira jantina (campuran).

Negeri Kontinjen Terbesar SUKMA 2022

SUKMA edisi ke-20 turut menyaksikan Wilayah Persekutuan menghantar kontinjen terbesar dengan penyertaan sejumlah 736 atlet dan pegawai, diikuti rapat oleh Sarawak (734), Perak (698), Johor (688) dan Kedah (683), manakala Brunei menjadi kontinjen terkecil dengan 42 orang.

Jumlah Venue Pertandingan SUKMA 2022

Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 melibatkan 43 venue pertandingan di lima zon iaitu Kuala Lumpur selaku negeri tuan rumah membabitkan 8 jenis sukan dan 2 sukan demonstrasi di 10 venue, Bangi (9 sukan di 13 venue), Bukit Jalil (9 sukan di 10 venue), Shah Alam (8 sukan di 9 venue) dan Pulau Langkawi (perahu layar).

Jadual SUKMA Kuala Lumpur 2022 Dimulakan Dengan Acara Bola Sepak

Acara Bola sepak merupakan sukan pertama yang akan memulakan sepak mula pada 12 September 2022 dalam temasya SUKMA edisi ke-20.

Tarikh Temasya Sukan Malaysia SUKMA 2022

Temasya Sukan Malaysia SUKMA 2022 secara rasminya akan berlangsung pada 16 September 2022 hingga 24 September 2022

Maskot SUKMA 2022

Maskot SUKMA 2022 adalah Oyen yang melambangkan Harimau Malaya mempunyai semangat kuat, cekal menghadapi sebarang dugaan, cabaran dan rintangan dalam perjuangan yang mahu direalisasikan.

Carta Kutipan Pingat Emas Perak Gangsa SUKMA 2022 Atlet Seluruh Negeri

Melalui platform ini, editor akan merekodkan keputusan rasmi senarai atlet yang menyumbangkan pingat Emas, Perak dan Gangsa bagi negeri masing-masing dan juga mengemaskini carta kedudukan jumlah kutipan pingat keseluruhan yang diraih oleh negeri bertanding sehingga tamat temasya Sukan SUKMA 2022.

Tarikh Temasya Sukan Malaysia SUKMA 2022 Kuala Lumpur
MulaTamat
16 September 202224 September 2022
Kedudukan Carta Dan Statistik Jumlah Pungutan Pingat Keseluruhan Mengikut Kontinjen Negeri SUKMA 2022
Negeripingat emaspingat perakpingat gangsaTotal
1Johor775243172
2Terengganu644956169
3W.Persekutuan556864187
4Sarawak324352127
5Selangor315544130
6Sabah30293998
7Pulau Pinang302842100
8Perak272846101
9Pahang22212770
10N.Sembilan1962853
11Melaka17112351
12Kedah16173063
13Perlis671023
14Kelantan381021
15Brunei0224
Statistik jumlah pungutan pingat yang dinyatakan adalah tepat berdasarkan keputusan rasmi Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan pihak penganjur (tuan rumah) SUKMA Kuala Lumpur 2022.