Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Hibah Dividen Bonus Tabung Haji 2022 / 2023 Terkini

Umat Islam di Malaysia membuat simpanan kewangan di Tabung Haji adalah dengan satu tujuan utama iaitu sebagai komited persediaan ke kota suci Mekah bagi melakukan ibadah haji kerana tidak semua dikalangan mereka mampu menyediakan sejumlah wang yang diperlukan untuk ke tanah suci Mekah dalam jangka masa waktu yang singkat.

Simpanan Tabung Haji Merealisasikan Impian Menunaikan Ibadah Haji Di Tanah Suci Mekah

Di atas kesedaran tersebut, tindakan terbaik yang boleh dilakukan oleh mereka adalah dengan membuat simpanan kewangan menerusi Lembaga Tabung Haji kerana ia merupakan sebuah institusi kewangan yang patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Konsep Simpanan Tabung Haji

Simpanan di Tabung Haji (TH) adalah berdasarkan konsep Simpanan dengan Jaminan tetapi tidak menjanjikan pulangan dan sekiranya ada pulangan, ia sebagai bonus yang dipanggil Hibah.

Jadi, mereka yang membuat simpanan (pendeposit) tidak boleh meletakkan matlamat dan harapan yang tinggi bahawasanya Tabung Haji akan memberikan Hibah yang tinggi setiap tahun sama seperti institusi pelaburan kewangan yang lain.

Memahami Peranan Sebenar Tabung Haji

Dalam perkara ini, Pendeposit perlu tahu peranan sebenar Tabung Haji (TH) dan bukannya meletakkan institusi kewangan Islam ini (Tabung Haji) sama peranannya seperti institusi pelaburan lain yang terdapat di Malaysia.

Tarikh Pengumuman Jumlah Bonus [Hibah] Atau Dividen Tabung Haji Tahun 2022

Sebagai makluman, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan pendapatan bonus (hibah) atau keuntungan berkadaran peratus kepada pendeposit serta tambahan hibah haji kepada pendeposit yang belum menunaikan haji sekiranya prestasi dan kedudukan kewangan Tabung Haji memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Jumlah kadar pengagihan peratusan pendapatan bonus atau hibah Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 akan diumumkan pada satu tarikh yang dimaklumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji (TH).

Kemaskini Tarikh Rasmi Pengumuman Dividen Bonus Tabung Haji (TH) 2022

Berikut adalah ruangan kemaskini maklumat mengenai tarikh rasmi pengumuman Bonus Tabung Haji  2022 yang bakal diterima oleh setiap pendeposit.

Info Pengumuman Bonus (Hibah) Atau Dividen Tabung Haji 2022
PerkaraButiran
🗓️ Tarikh28 April 2023
HariJumaat
Masa10:30AM
Kadar Peratus Bonus Hibah Tabung Haji 2022 (Terkini)
TahunHibah TahunanHibah Haji
20223.10%Tiada
terkini dividen tabung haji 2022 Bonus dividen tabung haji 2022-2023 dan tarikh pengumuman
Info Berkaitan
📌 (Hibah Tahunan) atau Bonus Tahunan adalah bonus (hibah) yang diistiharkan oleh Tabung Haji (TH) mengikut prestasi Kewangan tahun semasa yang diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH.
📌 (Hibah Haji) atau Bonus Haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa.
Paparan Rekod Kadar Pengagihan Peratus Bonus Hibah Tabung Haji 2021 – 1994
TahunHibah TahunanHibah Haji
20213.10%Tiada
20203.10%Tiada
20193.05%Tiada
20181.25%Tiada
20174.5%1.75%
20164.25%1.5%
20155%3%
20146.25%2%
20136%2%
20126.5%1.5%
20116%1.5%
20105.5%1.5%
20095%1.5%
20085%1.5%
20075%2%
20064.75%2%
20054.5%2%
20044.3%2%
20034%2%
20023.5%2%
20013.25%2%
20005.5%2%
19998%2%
19988%2%
19979.5%2%
19969.5%2%
19959.5%2%
19949.5%2%