Tarikh Buka Dan Kembali Ke Sekolah Tahun 2023 Seluruh Negeri Malaysia Selepas Cuti Akhir persekolahan

Tarikh naik sekolah selepas cuti akhir persekolahan 2022/2023 bagi sekolah-sekolah Rendah dan Menengah di seluruh negeri di Malaysia akan bermula pada bulan Mac 2023 demikian menurut pengumuman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM].

Tarikh Naik Sekolah Kumpulan A : Kedah, Johor, Kelantan Dan Terengganu Sesi 2023/2024

Sekolah dari kumpulan A iaitu negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan memulakan sesi persekolahan baharu bermula pada tarikh 19 Mac 2023.

Tarikh Naik Sekolah Kumpulan B : Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya Sesi 2023/2024

Sekolah dari kumpulan B iaitu negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya akan memulakan sesi persekolahan baharu bermula pada tarikh 20 Mac 2023.

Tarikh Sekolah Buka Bagi Sesi Persekolahan 2023/2024

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan persekolahan bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah berdasarkan tarikh mula persekolahan sepertimana yang dijadualkan dalam Kalendar Sesi Akademik 2023/2024.

Penangguhan Seminggu Pembukaan Sekolah 2023/2024

Pembukaan sesi persekolahan sebelum ini di jadual bermula 12 dan 13 Mac 2023 bagi sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B namun Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM] bertindak menangguhkan selama seminggu pembukaan sekolah kepada tarikh baharu iaitu 19 dan 20 Mac 2023 bagi memastikan pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM] turut memuat naik lampiran berkaitan Kalendar Akademik dan maklumat cuti perayaan sesi 2023/2024 sebagai rujukan. Lampiran tersebut boleh di dapati menerusi pautan [link] dalam ruangan di bawah.

lampiran pdf Pautan [Link] Lampiran PDF Sumber Rasmi Rujukan
🔗 Kalendar Akademik Sesi 2023 / 2024 Kementerian Pendidikan Malaysia
🔗 Kenyataan Media KPM Berkenaan Kalendar Akademik Sesi 2023 / 2024

Murid-Murid Perlu Kembali Ke Sekolah

Murid-murid perlu mematuhi arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kembali ke sekolah bagi memulakan penggal pertama persekolahan sesi 2023/2024 mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Tarikh Rasmi Sekolah Buka 2023 Sekolah Rendah Dan Menengah

Diingatkan kembali, murid-murid dari sekolah rendah dan menengah Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh negeri perlu kembali ke sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran adalah berdasarkan tarikh sekolah di buka mengikut kumpulan masing-masing, sila rujuk kepada maklumat di bawah.

Tarikh Mula Sekolah Negeri Kumpulan A Sesi 2023/2024
PerkaraButiran
🗓️ Tarikh19 Mac 2023
🏫 Sekolah NegeriKedah, Johor, Kelantan Dan Terengganu
Tarikh Mula Sekolah Negeri Kumpulan B Sesi 2023/2024
PerkaraButiran
🗓️ Tarikh20 Mac 2023
🏫 Sekolah NegeriPerlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya