Jadual pembayaran gaji merupakan elemen penting bagi mana-mana pekerja, tidak kira dalam sektor awam mahupun swasta. Sebagai makluman, kami hanya memberi tumpuan khusus kepada kakitangan awam atau penjawat awam di Malaysia.
Dalam perkara ini, jadual pembayaran gaji bukan sahaja berfungsi sebagai panduan untuk mengetahui bila gaji akan diterima tetapi juga memainkan peranan penting dalam pengurusan kewangan peribadi setiap individu.
Keseragaman Gaji Kakitangan Awam Kerajaan
Salah satu kelebihan utama bagi penjawat awam adalah keseragaman tarikh pembayaran gaji di seluruh negeri. Berbanding dengan pekerja sektor swasta yang mungkin menerima gaji pada tarikh berbeza mengikut perancangan majikan masing-masing manakala kakitangan awam dapat merujuk kepada satu jadual tetap.
Ini membolehkan mereka merancang kewangan bulanan dengan lebih berkesan. Kewujudan jadual yang jelas ini menjadi panduan berguna bagi perancangan kewangan selain membolehkan penjawat awam untuk merangka bajet, membayar bil dan memenuhi keperluan harian mereka tanpa sebarang masalah.
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia
Setiap tahun, tarikh pembayaran gaji bulanan bagi penjawat awam akan diumumkan melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM). Surat pekeliling ini diedarkan kepada semua Kementerian dan Jabatan bagi memastikan bahawa semua pihak terlibat mempunyai maklumat yang sama dan tepat.
Dengan adanya pekeliling ini, proses pengurusan gaji dapat dilakukan dengan lebih efisien. Ini juga menjamin bahawa gaji dibayar mengikut jadual ditetapkan di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Pengurusan Kewangan Melalui Jadual Pembayaran Gaji
Jadual pembayaran gaji bukan sahaja membantu dalam pengurusan kewangan secara individu tetapi juga memberi kesedaran kepada penjawat awam tentang kepentingan merancang kewangan mereka. Apabila mengetahui tarikh pasti bila gaji akan dibayar, mereka dapat merancang belanjawan bulanan dengan lebih baik. Ini adalah langkah penting dalam mencapai kestabilan kewangan dan mengelakkan situasi kecemasan kewangan yang tidak diingini.
Sebagai contoh, setelah menerima gaji penjawat awam boleh mengutamakan pembayaran bil, simpanan untuk masa depan serta perbelanjaan untuk keperluan harian. Berpandukan perancangan baik, mereka dapat mengelakkan pembaziran dan memastikan bahawa setiap sen yang diterima itu digunakan dengan bijak.
Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2026
Berikut adalah Jadual Tarikh Pembayaran Gaji atau Emolumen Bulanan Kakitangan Awam atau Penjawat Awam Persekutuan bagi tahun 2026 mengikut tarikh gaji yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia.
- Januari
22 /1/2026 (Khamis) - Februari
12/2/2026 (Khamis) - Mac
16/3/2026 (Isnin) - April
20/4/2026 (Isnin) - Mei
21/5/2026 (Khamis) - Jun
25/6/2026 (Khamis) - Julai
23/7/2026 (Khamis) - Ogos
24/8/2026 (Isnin) - September
24/9/2026 (Khamis) - Oktober
22/10/2026 (Khamis) - November
25/11/2026 (Rabu) - Disember
21/12/2026 (Isnin)
Sila Rujuk: Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2025
Berikut adalah Jadual Tarikh Pembayaran Gaji atau Emolumen Bulanan Kakitangan Awam atau Penjawat Awam Persekutuan bagi tahun 2025 mengikut tarikh gaji yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia.
- Januari
22 /1/2025 – Rabu - Februari
25/2/2025 – Selasa - Mac
24/3/2025 – Isnin - April
24/4/2025 – Khamis - Mei
22/5/2025 – Khamis - Jun
25/6/2025 – Rabu - Julai
24/7/2025 – Khamis - Ogos
25/8/2025 – Isnin - September
25/9/2025 – Khamis - Oktober
16/10/2025 – Khamis - November
20/11/2025 – Khamis - Disember
18/12/2025 – Khamis
Sila Rujuk: Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025



