Jadual Gaji 2022 Tarikh Pembayaran Gaji Terkini (Emolumen Bulanan) Penjawat Awam Atau Kakitangan Awam
Jadual pembayaran gaji adalah sangat penting bagi mana-mana pekerja dan apapun jawatan yang disandang sekarang sama ada dalam sektor awam mahupun sektor swasta.
Kepentingan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam
Jadual pembayaran gaji dapat memberikan kesedaran dan peringatan tentang tarikh gaji kepada setiap pekerja agar melakukan pengurusan pembelanjaan bulanan dengan lebih baik.
Fokus Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam
Berkenaan dengan jadual pembayaran gaji, editor hanya memfokuskan info jadual gaji bagi kakitangan awam atau penjawat awam kerana tarikh gaji kakitangan awam adalah sama (seragam) di seluruh negeri berbanding pekerja di sektor swasta di mana tarikh gaji mereka adalah tertakluk kepada bahagian kewangan pengurusan majikan masing-masing.
Jadual Pembayaran Gaji Berdasarkan Pekeliling Akauntan Negara Malaysia
Seperti yang diketahui, tarikh bayaran gaji bulanan penjawat awam bagi setiap tahun baharu akan diumumkan dan dimaklumkan melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia kepada semua Kementerian dan Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh seperti yang telah ditetapkan.
Senarai jadual pembayaran dibawah mewakili satu tarikh gaji untuk kementerian dan jabatan semua negeri.
Jadual Gaji 2022 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat kakitangan Awam Kerajaan
Berikut adalah Jadual Pembayaran Gaji atau Emolumen Bulanan Kakitangan Awam / Penjawat Awam Persekutuan bagi tahun 2022 mengikut tarikh gaji sepertimana yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia.
Paparan Jadual Tarikh Pembayaran Gaji (Emolumen Bulanan) Penjawat Awam Kerajaan Tahun 2022 | ||
Tahun Baru Cina 1 & 2 Februari | ||
Januari | Februari | Mac |
25.1.2022 | 25.2.2022 | 25.3.2022 |
Selasa | Jumaat | Jumaat |
Hari Raya Aidilfitri 3 & 4 Mei Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei | ||
Hari Gawai 1 & 2 Jun | ||
April | Mei | Jun |
25.4.2022 | 25.5.2022 | 24.6.2022 |
Isnin | Rabu | Jumaat |
Hari Raya Aidiladha 10 & 11 Julai | ||
Julai | Ogos | September |
25.7.2022 | 25.8.2022 | 23.9.2022 |
Isnin | Khamis | Jumaat |
Hari Deepavali 24 Oktober | ||
Oktober | November | Disember |
18.10.2022 | 25.11.2022 | 19.12.2022 |
Selasa | Jumaat | Isnin |
Hari Krismas 25 Disember | ||
Pautan (Link) Lampiran PDF | ||
🔗Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2022 | ||