Tarikh Meraikan Sambutan Hari Ibu Dan Ayah Tahun 2023 Bagi Peringkat Kebangsaan Di Malaysia
Tarikh Hari Ibu dan Bapa merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak yang mahu memberikan sesuatu kejutan istimewa kepada kedua ibubapanya sebagai tanda menghargai pengorbanan dan usaha dalam membesarkan mereka sehingga menjadi insan berjaya.
Jika Mahu Membalas Jasa Ibu Bapa Tidak Perlu Tunggu Hari Sambutannya
Sungguhpun begitu, banyak pendapat yang mengatakan jika mahu membalas jasa kedua ibu bapa kita tidak perlulah menunggu pada hari sambutannya bahkan hari-hari biasa pun boleh membuat perkara sedemikian.
Cara Anak-Anak Menghargai Pergorbanan Ibu Bapa Mereka Adalah Berbeza
Namun, lain orang lain caranya untuk membalas jasa kedua ibubapa mereka mungkin pada sambutan hari ibu dan bapa ini anak-anak akan membuat kejutan yang paling istimewa terhadap ibu bapa mereka berbanding hari-hari lain.
Objektif Membalas Jasa Kedua Ibu Bapa
Yang penting objektifnya tetap sama, iaitu menggembirakan ibu bapa masing-masing kerana jasa ibu bapa perlu diingati dan dihargai dengan sepenuhnya dimana ibu dan bapa merupakan insan yang terpenting dalam hidup kita.
Jasa kedua ibu bapa kita yang menabur bakti tidak dapat diukur dan dinilai dengan wang ringgit.
Tarikh Rasmi Sambutan Hari Ibu Dan Bapa Tahun 2023 Bagi Malaysia
Di Malaysia sambutan hari ibu adalah pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun manakala sambutan hari bapa pula adalah pada hari Ahad minggu ketiga dalam bulan Jun setiap tahun.
Oleh yang demikian, bagi tahun 2023 tarikh rasmi sambutan hari ibu di Malaysia peringkat kebangsaan adalah 14 Mei 2023 manakala hari bapa pula adalah pada 18 Jun 2023.
Nota Ringkasan Tarikh Sambutan Hari Ibu Dan Bapa Tahun 2023 Malaysia | |
Butiran | Tarikh |
Hari Ibu | 14 Mei 2023 |
Hari Bapa | 18 Jun 2023 |