Pengisytiharan Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022
Selepas Ramadhan, tarikh hari raya Aidilfitri atau hari raya puasa pasti dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di Malaysia mahupun sedunia bagi meraikan kemenangan selepas melaksanakan tuntutan agama yang juga merupakan di antara lima Rukun Islam iaitu menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan.
Menzahirkan Kesyukuran Kedatangan Syawal
Kedatangan bulan Syawal sudah tentu akan dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh umat Islam bagi menzahirkan rasa kesyukuran serta kegembiraan selepas masing-masing telah berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu semasa menunaikan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan.
Harapan Syawal Tahun Ini Lebih Baik
Oleh itu, semoga tarikh hari raya Aidilfitri yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan yang lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara hubungan kekeluargaan seperti yang dianjurkan oleh Islam.
Seperti sedia maklum, sifat saling maaf dan memaafkan orang lain merupakan salah satu syarat sempurnanya keampunan dari Allah SWT.
Mendedikasikan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Setibanya Syawal kita boleh membuat Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk didedikasikan kepada insan tersayang mahupun sahabat handai.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022 Masihi 1443 Hijrah Di Malaysia
Seluruh umat Islam di Malaysia boleh mengetahui tarikh Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa bagi tahun 2022 (Masihi) 1443 (Hijrah) dengan merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) Tahun Ini 2022 Di Malaysia | |
Hijrah | Masihi |
1 Syawal 1443 | 2 Mei 2022 |
Pengumuman Dan Pengisytiharan Penetapan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022 (Masihi) 1443 (Hijrah)
Tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun 2022 bagi Malaysia akan dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Syawal yang diadakan pada lewat petang hari Ahad, 1 Mei 2022.
Laporan Dan Video Pengisytiharan Tarikh Hari Raya Puasa 2022 Di Malaysia |
Teks Laporan |
Seluruh umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Puasa (Aidilfitri) pada hari Isnin 2 Mei 2022, demikian menurut Pengisyiharan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad. |
Berdasarkan pengumuman ringkas yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad telah memaklumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022 (Masihi) bersamaan 1 Syawal 1443 (Hijrah) menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. |
Video Pengumuman |
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2022 Masihi / 1443-1444 Hijriah | ||
Tarikh Hijri | Tarikh Miladi | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
27 Rejab 1443 | 1 Mac 2022 | Israk dan Mikraj |
1 Ramadan 1443* | 3 April 2022 | Awal Ramadhan / Berpuasa |
17 Ramadan 1443 | 19 April 2022 | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal 1443* | 2 Mei 2022 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
1 Zulhijjah 1443 | 1 Julai 2022 | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah 1443* | 10 Julai 2022 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1444 | 30 Julai 2022 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1444 | 9 Oktober 2022 | Maulidur Rasul |
Nota : Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. | ||