Tarikh Hari Raya Haji, Qurban, Aidiladha 2023 Di Malaysia Dan Pengumuman Pengisytiharan Rasmi
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Korban merupakan perayaan yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha turut terkandung dalam tarikh-tarikh penting dalam Islam.
Hari Raya Aidiladha Mempunyai Keistimewaan Tersendiri
Bagi umat Islam di seluruh dunia, Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban juga mempunyai keistimewaan seperti Hari Raya Aidilfitri dimana Hari Raya Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam mengambil iktibar disebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah serta kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Antara Keistimewaan Hari Raya Aidiladha Ialah Ibadah Qurban
Antara lain keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah melakukan ibadat korban. Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam.
Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hukum melakukan ibadat korban adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah).
Oleh itu, Ibadat korban boleh dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Harapan Sambutan Hari Raya Haji, Qurban Atau Aidiladha Tahun ini
Semoga Hari Raya Aidiladha yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan yang lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara hubungan kekeluargaan seperti yang dianjurkan oleh Islam.
Seperti sedia maklum, sifat saling maaf dan memaafkan orang lain merupakan salah satu syarat sempurnanya keampunan dari Allah SWT.
Tarikh Hari Raya Aidiladha 2023 Masihi 1444 Hijrah Di Malaysia
Seluruh umat Islam di Malaysia boleh mengetahui tarikh Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Korban bagi tahun 2023 (1444 Hijrah) dengan merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Berdasarkan rujukan terhadap tarikh-tarikh penting dalam Islam tersebut, editor mendapati bahawa tarikh Hari Raya Aidiladha 2023 jatuh pada hari Khamis, 29 Jun 2023 bersamaan 10 Zulhijjah 1444 Hijrah.
Tarikh Hari Raya Haji (Aidiladha) Tahun Ini 2023 Di Malaysia | |||
Tarikh | Hijrah | Masihi | |
10 Zulhijjah 1444 Hijrah | 29 Jun 2023 | ||
Tarikh Hari Haji atau Hari Raya Aidiladha yang dinyatakan adalah berdasarkan tarikh-tarikh penting dalam Islam sepertimana yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak JAKIM. Tarikh rasmi adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. |
Pengumuman Dan Pengisytiharan Penetapan Tarikh Hari Raya Aidiladha 2023 1444H
Tarikh Hari Raya Haji (Aidiladha) tahun 2023 bagi Malaysia dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Tun Haji Mohd Aseral Jusman yang akan mengumumkan pada malam selepas aktiviti mencerap anak bulan 1 Zulhijjah yang dicerap pada lewat petang hari Ahad, 18 Jun 2023 bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijrah.
Laporan Dan Video Pengisytiharan Tarikh Hari Raya Haji 2023 Di Malaysia |
Teks Laporan |
Seluruh umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Qurban, Hari Raya Haji) pada hari Khamis, 29 Jun 2023, demikian menurut Pengisyiharan rasmi oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Tun Haji Mohd Aseral Bin Jusman. |
Berdasarkan pengumuman ringkas yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tun Haji Mohd Aseral Jusman telah memaklumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidiladha bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1444 Hijrah menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. |
Video Pengumuman |
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2023 Masihi (1444-1445 Hijriah) | ||
Tarikh Hijri | Tarikh Miladi | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
27 Rejab 1444 | 18 Februari 2023 | Israk dan Mikraj |
1 Ramadan 1444 (*) | 23 Mac 2023 | Awal Ramadhan (Berpuasa) |
17 Ramadan 1444 | 8 April 2023 | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal 1444 (*) | 22 April 2023 | Hari Raya Puasa (Aidilfitri) |
1 Zulhijjah 1444 | 20 Jun 2023 | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah 1444 (*) | 29 Jun 2023 | Hari Raya Korban (Aidiladha) |
1 Muharam 1445 | 19 Julai 2023 | Awal Muharam (Maal Hijrah) |
12 Rabiulawal 1445 | 28 September 2023 | Maulidur Rasul |
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. |