Tarikh PRU 15 pilihan raya umum hari mengundi Malaysia 2022

Tarikh PRU 15 pilihan raya umum hari mengundi Malaysia 2022. Info tarikh rasmi buang undi pru15 maklumat proses pilihan raya rakyat mengundi.

Tarikh Rasmi Hari Mengundi PRU15 Pilihan Raya Umum Malaysia 2022 Peluang Rakyat Bagi Memilih Kerajaan Baru

[P]erdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah membuat pengumuman rasmi berhubung dengan Pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa pada 10 Oktober 2022 sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 akan diadakan dalam masa terdekat.

Mandat Menerajui Kerajaan Kembali Kepada Rakyat

Keputusan Pembubaran Parlimen ke-14 sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri disifatkan tepat pada masanya bagi mendapatkan mandat baharu dari rakyat yang diberi kuasa untuk memilih kerajaan baru yang berupaya membawa kepada kestabilan politik negara.

Rakyat Perlu Mengambil Iktibar Dari PRU-14

Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 turut menyaksikan rakyat akan membuat keputusan pemilihan terbaik parti politik manakah yang layak menerajui kerajaan.

Iktibar dari PRU-14, rakyat kini bijak dalam membuat keputusan bagi memilih kerajaan berkualiti untuk menerajui negara.

Tindakan fikir sebelum undi adalah penting bagi memilih parti politik berkualiti dan berpotensi menerajui kerajaan untuk kestabilan politik negara selain tidak mengulangi episod pada PRU14 apabila memilih parti yang bukan sahaja gagal melaksanakan manifesto sepertimana dijanjikan malah gagal membawa kestabilan politik dan ekonomi negara.

Tarikh Rasmi PRU-15 Pilihan Raya Umum 2022 Hari Mengundi Rakyat Malaysia

Selepas Pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa pada 10 Oktober 2022, tumpuan pasti terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan membuat penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta proses-proses lain yang berkaitan.

Sebagai maklumat umum, dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran, pilihan raya mesti diadakan berdasarkan kepada Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.

Tarikh Penting PRU 15 Pilihanraya Umum Malaysia 2022

Berikut editor sertakan maklumat berhubung dengan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum 2022 yang merangkumi Hari Penamaan Calon, Tempoh Berkempen, Pengundian Awal dan Hari mengundi umum.

Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Umum Ke-15 Malaysia (PRU15)
PerkaraTarikh
Tarikh Pembubaran Parlimen Ke-1410 Oktober 2022
Hari Penamaan Calon5 November 2022
Tempoh Berkempen5 ➟18 November 2022 (14 Hari)
Pengundian Awal15 November 2022
Hari Mengundi (Umum)19 November 2022

Proses Pilihan Raya Umum

Berikut adalah maklumat berhubung dengan proses-proses Pilihan Raya Umum Malaysia.

Ringkasan Proses Pilihan Raya
TindakanPerkara
Perdana MenteriMendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk bubarkan Parlimen.
Suruhanjaya Pilihan RayaMengeluarkan writ untuk pilihan raya dan notis tarikh penamaan calon serta hari pengundianKempen pilihan raya
Hari pengundian
Keputusan pilihan raya
KerajaanPenubuhan kerajaan Persekutuan 
Pengumuman kerajaan-kerajaan negeri
ParlimenPersidangan Parlimen
Persidangan Dewan Undangan Negeri