Pengisytiharan Pengumuman Tarikh Mula Puasa Awal Ramadan 2022
Setiap tahun, tarikh puasa Ramadhan amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di Malaysia mahupun sedunia.
Ramadan pasti mengubati kerinduan setiap orang Islam yang mengharapkan peluang untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan bulan Barakah masih ada lagi.
Keberkatan Bulan Ramadhan
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan limpahan rahmat seperti dijanjikan Allah SWT melalui kitab suci al-Quran.
Bulan Ramadan memiliki beberapa kelebihan dan keistimewaan cukup besar nilainya yang tidak dapat diperoleh dalam bulan-bulan lain.
Meningkatkan Amalan Ibadah Di Bulan Ramadhan
Oleh itu, dengan kedatangan tarikh puasa Ramadhan, umat Islam hendaklah menyambutnya dengan penuh kegembiraan serta berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan Allah SWT melalui kitab suci al-Quran dan memuliakan bulan ini dengan melaksanakan amalan yang wajib serta sunat seperti solat terawih, berpuasa dan melakukan amalan yang soleh.
Tarikh Puasa Ramadhan 2022 1443 Hijrah Di Malaysia
Umat Islam di Malaysia boleh mengetahui tarikh Awal Ramadhan bagi tahun 2022 (1443 Hijrah) dengan merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Berdasarkan rujukan terhadap tarikh-tarikh penting dalam Islam tersebut, editor mendapati tarikh awal Ramadhan dan permulaan Puasa Ramadan jatuh pada hari Ahad, 3 April 2022 bersamaan 1 Ramadan 1443 Hijrah.
Tarikh Awal Ramadhan Permulaan Puasa Ramadan Tahun Ini 2022 Di Malaysia | |
Hijrah | Masihi |
1 Ramadhan 1443 | 3 April 2022 |
Pengumuman Dan Pengisytiharan Penetapan Hari Mula Berpuasa Ramadhan 2022 1443H
Tarikh permulaan puasa Ramadhan tahun 2022 bagi Malaysia akan dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Ramadan 1443 yang diadakan pada lewat petang hari Jumaat, 1 April 2022.
Laporan Dan Video Pengisytiharan Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2022 Di Malaysia |
Teks Laporan |
Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan bermula pada hari Ahad, 3 April 2022, demikian menurut Pengisyiharan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad. |
Berdasarkan pengumuman ringkas yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad telah memaklumkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 3 April 2022 (Masihi) bersamaan 1 Ramadan 1443 (Hijrah) menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. |
Video Pengumuman |
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2022 Masihi / 1443-1444 Hijriah | ||
Tarikh Hijri | Tarikh Miladi | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
27 Rejab 1443 | 1 Mac 2022 | Israk dan Mikraj |
1 Ramadan 1443* | 3 April 2022 | Awal Ramadhan / Berpuasa |
17 Ramadan 1443 | 19 April 2022 | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal 1443* | 3 Mei 2022 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
1 Zulhijjah 1443 | 1 Julai 2022 | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah 1443* | 10 Julai 2022 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1444 | 30 Julai 2022 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1444 | 9 Oktober 2022 | Maulidur Rasul |
Nota : Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. | ||