Intipati bajet 2021 touch points belanjawan Malaysia
Ringkasan Isi Penting Kandungan Intipati Bajet 2021 Touch Points Belanjawan Malaysia. Belanjawan (bajet) Malaysia 2021 pastinya akan mendapat perhatian rakyat dan penganalisis kewangan kerana Dasar Belanjawan itu sendiri merupakan satu perancangan tahunan kerajaan dalam bentuk dokumen yang mempunyai kepentingan tersendiri di antaranya perancangan ekonomi, kewangan dan sosial untuk pertumbuhan berterusan serta menjamin agihan kekayaan negara dengan adil.
Definisi Belanjawan Negara
Sehubungan itu, Belanjawan boleh didefinisikan sebagai kenyataan mengenai dasar-dasar sosio-ekonomi dan perancangan Kerajaan terhadap kepentingan rakyat secara keseluruhannya bagi tempoh satu tahun yang berkait rapat dengan perancangan tahunan mengenai kedudukan ekonomi, kewangan dan fiskal negara.
Empat Objektif Utama Bajet Malaysia 2021
Bagi pembentangan Belanjawan Malaysia 2021 ianya berlandaskan empat objektif utama iaitu melindungi dan menjaga kebajikan rakyat, memacukan lagi pertumbuhan ekonomi negara, melestarikan kehidupan serta memantapkan penyampaian perkhidmatan awam. Oleh yang demikian, tidak hairanlah kandungan Intipati bajet 2021 akan menjadi tumpuan dan fokus dalam kalangan rakyat serta penganalisis kewangan.
Harapan Rakyat Terhadap Belanjawan Malaysia 2021
Yang paling penting adalah, rakyat mengharapkan penggubalan belanjawan tahunan negara akan lebih berhemat serta mesra golongan berpendapatan rendah, adil serta saksama selain membangunkan semula ekonomi negara melalui meritokrasi dan persaingan.
Senarai sub-tajuk Artikel
Fokus Belanjawan Malaysia 2021
Berikut Infosentral sertakan maklumat fokus belanjawan Malaysia 2021.
Memperkukuh Kesejahteraan Rakyat
-Melindungi Golongan Mudah Terjejas.
-Memperkasa Dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Rakyat.
Memacu Pertumbuhan Ekonomi
-Memacu pertumbuhan Ekonomi Dan Pelaburan Swasta.
-Menjana Peluang Pekerjaan.
-Menggalakkan Keyakinan Dan Perbelanjaan Pengguna Dan Pelabur.
Mengupaya Kehidupan Lestari
-Memberi Tumpuan Kepada Perspektif Alam Sekitar, Sosial Dan Tadbir Urus.
-Memastikan Kelestarian Untuk Pekerja, Pasaran, Alam Sekitar Dan Komuniti.
Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan Awam
-Memberi Tumpuan Keberhasilan Dan Perkhidmatan Lebih Baik Kepada Rakyat.
-Memudahcarakan Urusan Perniagaan Dan Meningkatan Daya Saing Negara.
TouchPoints Ringkasan Intipati Bajet 2021 Belanjawan Malaysia
Berikut Infosentral sertakan maklumat peruntukan dan tema belanjawan Malaysia 2021 selain ringkasan intipati bajet 2021 berdasarkan ucapan pembentangan bajet oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berlangsung di Dewan rakyat, Parlimen Malaysia pada hari Jumaat, 6 November 2020.
Tema Dan Peruntukan Bajet 2021 Belanjawan Malaysia | ||
Tahun | Tema | Peruntukan Bajet |
2021 | “Teguh Kita, Menang Bersama” | RM322.5 Billion |
Senarai Intipati Penting Kandungan Bajet 2021 Belanjawan Malaysia
Berikut adalah lampiran berformat pdf ringkasan rasmi (TouchPoints) kandungan intipati ucapan Belanjawan Malaysia (Bajet 2021). Untuk membaca atau memuat turun sila klik pada judul pautan di bawah.
TouchPoints Belanjawan Malaysia 2021 |
![]() |