Menjelang kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak bagi tahun 2024 Masihi bersamaan 1445 Hijrah pastinya akan mengubati kerinduan orang-orang mukmin yang merindui Ramadhan.
Alhamdulillah, seluruh umat Islam di Malaysia terutamanya akan mula menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini dan inilah masanya untuk mendedikasikan ucapan ramadan selain memohon maaf kepada insan tersayang mahupun rakan taulan.
Selain berazam untuk memenuhi waktu puasa Ramadan dan meningkatkan kualiti ibadah wajib seperti solat supaya beroleh ganjaran berkali ganda berbanding bulan-bulan lain, pastinya kita tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadan kepada insan-insan tersayang dan kepada sesiapa sahaja yang kita kenali.
Pasti ada di antara anda semua yang terfikir-fikir bagaimana hendak membuat ucapan ramadan atau pantun bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan pada tahun ini.
Ucapan tersebut bukan sekadar ucapan sahaja, tapi meninggalkan kesan yang mendalam kepada si penerima.
Bagi membantu anda, berikut editor sertakan koleksi ucapan ramadan dan pantun Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan versi Malaysia. Sila lihat koleksi ucapan tersebut di bawah.
Berikut merupakan koleksi terkini kata-kata ucapan selamat berpuasa di bulan Ramadan Al Mubarak.
Marhaban Ya Ramadan, Bulan Suci Penuh Keberkatan Telah Tiba. Saatnya Untuk Lebih Mendekatkan Diri pada-Nya, Menjauhi Keburukan, Memperbanyakkan Ibadah. Dengan Segala Kerendahan Hati, Mohon Maaf Zahir Dan Batin. Marhaban Ya Ramadan. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. |
Tidak Ada Kata Seindah zikir, Tidak Ada Bulan Seindah Ramadan. Izinkan Tangan Bersimpuh Maaf Untuk Lisan Yang Tidak Terjaga, Janji Yang Terabaikan, Hati Yang Selalu Berprasangka Dan Sikap Yang Pernah Menyakitkan. Mohon Maaf Zahir Batin. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. |
Matahari Berzikir, Angin Bertasbih Dan Pepohonan Memuji keagunganNYA. Semua Menyambut Datangnya Malam Seribu Bulan. Selamat Datang Ramadhan, Selamat Beribadah Puasa. Mohon Maaf Zahir Dan Batin. |
Marhaban Ya Ramadhan, Pucuk Selasih Bertunas Menjulang, Dahannya Patah Tolong Betulkan, Puasa Ramadhan Kembali Menjelang, Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1445H. |
Perkataan Yang Indah Adalah ALLAH, Lagu Yang Merdu Adalah AZAN, Media Yang Terbaik Adalah AL-QURAN Senam Yang Sihat Adalah SOLAT, Diet Yang Sempurna Adalah PUASA, Kebersihan Yang Menyegarkan Adalah WUDHU, Perjalanan Yang Indah Adalah HAJI, Khayalan Yang Baik Adalah Ingat akan DOSA dan TAUBAT, Mudah-Mudahan Di Bulan Ramadhan Yang Suci Ini Hadir Membawa Iman Dan Takwa. |
CINTA Datang dan Pergi Tanpa di Duga, KASIH SAYANG Datangnya Tanpa Terasa, HATI Berkata Tanpa Dusta, Datangnya Bulan RAMADHAN adalah RAHMAT, Marilah Kita Menyambut BULAN ini dengan CINTA dan KASIH SAYANG. |
Dahulunya Ingin Sekali Ku Memohon Maaf Padamu, Oleh Kerana Diriku Terlalu Malu, Ku Pendamkan Hasrat Itu, Hari Ini Ku Beranikan Diri Pinta Sesuatu Darimu, Menjelang Puasa Ramadhan Ini, Ku Harap Kau Berikan Maafmu. |
Jiwa Akan Sepi Tanpa Teman, Hati Akan Mati Tanpa Iman, Hari Ini Adalah Kenyataan, Semalam Adalah Kenangan, Esok Adalah Impian, Jadi, Sucikan Hati, Jernihkan Fikiran, Sambutlah Ramadhan Tahun Ini Dengan Keazaman Baharu. |
Setitik Tinta Jadi Noda, Setitik Salah Jadi Dosa, Bulan Penuh Berkat Segera Tiba, Mari Tekun Ibadah Di Bulan Puasa, Marhaban ya Ramadan, Sambutlah Dengan Senyuman. |
Setitis Embun Di Pagi Hari, Jatuh Di Atas Bunga Melati, Inilah Waktunya Untuk Perbaiki Diri, Di Bulan Ramadan Yang Suci Ini, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. |
Pujukkan Hatimu Saat Malam Menghampir, Pejamkan Mata Saat Mimpi Indah Menjelma Untukmu, Sandarkan Hati Saat Rembulan Tersenyum Untukmu, Buka Mata Saat Mentari Mulai Menyapa Dan Jalani Tahun Baru Dengan Penuh Harapan, Semoga Ramadhan Ini Lebih Bermakna Untukmu. |
Manis-Manis Sibuah Kurma, Sangat Enak Buat Berbuka, Bulan Ramadhan Segera Tiba, Sayang, Maafkan Salah Saya ya.. |
Bulan Ramadhan Adalah Bulan Yang Suci, Seperti Embun Pagi Yang Membasahi Dedaunan Di Kala Pagi, Embun Sejuk Yang Akan Membasuh Dan Membersihkan Jiwa Kita Dari Segala Dosa, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1444H. |
Jika Semua HARTA Adalah RACUN Maka ZAKAT lah Penawarnya, Jika Seluruh UMUR Adalah DOSA Maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya, Jika Seluruh BULAN Adalah NODA maka RAMADHAN lah Pemutihnya, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. |
Mengharap Padi Dalam Lesung, Yang Ada Cuma Rumpun Jerami, Harapan Hati Bertatap Langsung, Cuma Terlayang Ucapan ini. Sebelum Cahaya Padam, Sebelum Hidup Berakhir, Sebelum Pintu Taubat Tertutup, Sebelum Ramadhan Datang, Saya Mohon Maaf Zahir & Batin. |
Manusia Tak Pernah Lari Dari Salah dan Khilaf, Kerana Manusia Bukan Makhluk Yang Sempurna, Di Bulan Yang Suci Ini Mari Kita Bermaafan, Agar Tiada Dendam dan Hasad Dengki, Marhaban ya Ramadhan, Mohon Maaf Zahir Batin. |
Ya Allah, Muliakan Dan Sayangilah Saudaraku Ini, Bahagiakan Keluarganya Limpahkan Rezekinya, Kuatkan Imannya, Berikanlah Kenikmatan Ibadahnya, Jauhkan Dari Segala Fitnah, Amin, “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”. |
Indah Malam Kerana Bintang, Indah Taman Kerana Bunga, Indah Cinta Kerana Kasih Sayang, Indah Hidup Kerana Silaturahim, Oleh Itu, Mari Indahkan Bulan Ramadhan Dengan Ibadah. |
Kalau Siang Ada Matahari, Kalau Malam Ada Bintang Dan Bulan, Mari Kita Mensucikan Hati, Untuk Menyambut Bulan Suci Ramadhan. |
Dalam Kerendahan Hati, Ada Ketinggian Budi. Dalam Kemiskinan Harta, Ada kekayaan jiwa. Hidup Ini Terasa Indah Jika Ada Maaf. Sempena Bulan Ramadhan Ini, Aku Memohon Maaf Zahir Dan Batin. Marhaban ya Ramadhan. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. |
Bila Hati Kita Saling Terpaut, Rasa Cinta Terjalin Indah. Bila Salah Dan Khilaf Terjadi, Aku Mohon Maaf Zahir Dan Batin. Marhaban ya Ramadhan. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. |
Mungkin Luka Di Hatimu Masih Membekas. Semoga Dengan Datangnya Bulan Suci Ini Dapat Dimaafkan Kesilapanku. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. |
Semoga Ramadhan Kali Ini Menjadi Titik Awal Dalam Hidupmu, Untuk Memulai Kehidupan Yang Baru. Bebaskan Diri Dari Tipuan Dunia Dan Manjakan Diri Dalam Kemanisan Iman Untuk Bekal Kehidupan Yang Kekal. Marhaban ya Ramadan, Maafkan Diri Dari Segala Kesalahan. |
Marhaban Ya Ramadhan! Selamat Datang Bulan Puasa. Mari Kita Sambut Bulan Ramadhan Tahun 1445H Ini Dengan Hati Yang Gembira, Saling Memaafkan Dan Penuh Harap Akan Rahmat Dan Maghfirah Dari Allah SWT. Mari Hidupkan Ramadhan Kali Ini Dengan Pelbagai Ibadah, Seperti Solat Tarawih, Witir, Dan Tadarus Al-Qur’an. Kita Perkuatkan Persaudaraan Antara Sesama Dengan Memperbanyak Sedekah, Zakat, Dan Mengeratkan Lagi Hubungan silaturrahim. |
Sekapur Sirih Berulam Pinang, Siap Tersaji Sebagai Hidangan. Bulan Ramadhan Segera Datang, Khilaf Kata Dan Salah Terucap, Mohon Dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1445H Sahabatku. |