Pantun dan ucapan selamat hari raya haji korban Aidiladha 2021

Koleksi Terbaik Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Raya Haji, Qurban, Aidiladha. Menjelang kehadiran sambutan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2021 Masihi bersamaan 1442 Hijrah pastinya setiap insan mahu mendedikasikan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada insan tersayang mahupun rakan taulan.

Bagi umat Islam di seluruh dunia, Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban juga mempunyai keistimewaan seperti Hari Raya Aidilfitri dimana Hari Raya Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam mengambil iktibar disebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah serta kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Antara lain keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah melakukan ibadat korban. Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hukum melakukan ibadat korban adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah).

Oleh itu, Ibadat korban boleh dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Semoga Hari Raya Aidiladha yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan yang lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara hubungan kekeluargaan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Seperti sedia maklum, sifat saling maaf dan memaafkan orang lain merupakan salah satu syarat sempurnanya keampunan dari Allah SWT.

Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidiladha 2021 Malaysia

Pasti ada di antara anda semua yang terpikir-pikir bagaimana hendak membuat ucapan atau pantun bersempena dengan kehadiran Hari Raya Aidiladha. Ucapan tersebut bukan sekadar ucapan sahaja, tapi meninggalkan kesan yang mendalam kepada si penerima.

Bagi membantu anda, berikut Infosentral sertakan koleksi ucapan dan pantun Selamat Hari Raya Haji (Aidiladha) versi Malaysia. Sila lihat koleksi ucapan tersebut di bawah.

Koleksi Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Raya Haji, Korban Atau Aidiladha 2021

Berikut merupakan koleksi terkini kata-kata ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 2021.

Baca Juga :  Ucapan Maal Hijrah 1443 Malaysia selamat tahun baru Islam

Pantun Dan Teks Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2021

Pergi Ke Masjid Bersama Bapa,
Diajak Bersama Rakan Dan Taulan,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Salah Dan Silap Harap Dimaafkan.
Beli Tepung Gandum Di Kedai Isabella,
Buat Kuih Bengkang Di Rumah Cik Leha,
Patut Ler Lembu Dengan Kerbau Tengah Cuak Gila,
Rupanya Hari Ini Dah Raya Aidil Adha!
Berhati-Hati Dijalan Raya,
Biar Lambat Asalkan Selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada Semua Muslimin Dan Muslimat.
Muzik Berkumandang Rentak A Go Go,
Nona Manis Berbaju Kebayo,
Korban Harta Mahupun Tenago,
Taknak Korban Dah Jangan Beghayo!
Cari Pengat Sampai Ke Sarawak,
Pengat Dicari Di Kawasan Pokan,
Den Bizi Masak Ekau Jangan Nak Melawak,
Kang Kobau Tak Tumbang Ekau Den Korbankan!
Mata Kadang Salah Melihat,
Mulut Kadang Salah Berucap,
Hati Kadang Salah Menduga,
Maafkan Segala Kekhilafan,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin,
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Sukaria Di Hari Raya,
Orang Tua Jangan Dilupa,
Jasa Mereka Sangat Berharga,
Kalaulah Tiada Mereka, Siapalah Kita…
Andai Jemari Tak Sempat Berjabat.
Jika Raga Tak Bisa Bersua.
Bila Ada Kata Membekas Luka.
Semoga Pintu Maaf Masih Terbuka…
Apabila Terjaga Di Pagi Hari,
Lihat Semua Berlawa Sakan,
Aidil Adha Berkunjung Lagi,
Marilah Sama Kita Raikan.
Janganlah Dikau Terus Berangan,
Marilah Kita Bersembahyang Raya,
Ketupat Rendang Menjadi Hidangan,
Jamuan Untuk Tetamu Yang Mulia.
Itulah Sebab Tak Ambik Perkembangan,
Sampai Tak Perasan Bila Hari Raya,
Semuanya Tersenyum Keriangan,
Ada Yang Memberi Ada Yang Menerima.
Jangan Engkau Termenung Sahaja,
Cepatlah Siap Untuk Beraya,
Ingin Achik Ucapkan Buat Semua,
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Bunyi Lembu Macam Mana…?? Mooo Bagus,
Bunyi Kambing Macam Manaa?? Mbekk Bagus…
Tahniah Esok Anda Boleh Dijadikan Korban. Hambar Kan?. hehehe.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Indah Langit Kerana Awan,
Indah Laut Kerana Kebiruan,
Indah Aidilfitri Kerana Kemaafan,
Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan,
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Bila Ayam Dah Tak Selera Makan,
Kambing Pula Resah,
Lembu Pura-Pura Gila,
Unta Jer Nampak Cool,
Itu Tandanya Raya Korban Dah Dekat.
Selamat Hari Raya Korban.
Dikemaskini Pada 15 Oktober 2020 — 9:43PM
kategori jumlah bantuan bpr 2021
Jadual pembayaran duit BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat
cara permohonan bpr 2021
Permohonan BPR 2021 dan semakan keputusan Bantuan Prihatin Rakyat
tarikh bonus kakitangan awam pesara
Tarikh bayaran bonus bajet 2021 penjawat awam dan pesara
dividend kwsp epf
Tarikh pengumuman dan jumlah dividen KWSP EPF
dividend asb
Tarikh pengumuman dan jumlah bonus dividen ASB
duit pencen pesara kerajaan
Jadual tarikh bayaran duit pencen 2021 pesara kerajaan
jadual duit bpn
Jadual pembayaran duit BPN 2.0 Bantuan Prihatin Nasional 2021
tarikh duit i sinar masuk
Semakan bila tarikh duit i sinar masuk bank
dividen bonus tabung haji terkini
Tarikh pengumuman dan jumlah peratus bonus tabung haji
gaji kakitangan awam kerajaan
Jadual gaji tarikh pembayaran gaji 2021 penjawat awam
daftar murid tahun 1
Permohonan daftar sekolah murid tahun 1 ambilan 2022-2023
semakan keputusan mrsm
Semakan keputusan tawaran MRSM 2021 tingkatan 1 dan 4
bantuan beli handphone baru bajet 2021
Permohonan bantuan beli telefon baru dan langgan internet 2021
ucapan selamat tahun baru
Pantun dan ucapan selamat tahun baru 2021 Malaysia
anugerah juara lagu
Siaran langsung AJL 35 Keputusan Anugerah Juara Lagu 2021
semakan keputusan sbp
Semakan keputusan tawaran SBP 2021 tingkatan 1 dan 4
tarikh rasmi sekolah buka
Tarikh buka sekolah 2021 seluruh negeri selepas cuti akhir tahun
live streaming gegar vaganza 2020
Siaran langsung Gegar Vaganza 2020 konsert GV7
permohonan i sinar kwsp
Permohonan i-sinar kwsp dan semakan keputusan
live streaming ame 2020 anugerah meletop era
Siaran langsung keputusan AME 2020 Anugerah Meletop Era
live streaming jdt vs kedah piala sumbangsih 2021
Siaran langsung JDT vs Kedah keputusan Piala Sumbangsih 2021
© Infosentral.my - All Rights Reserved.