Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 Dan Pantun

Koleksi Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Edisi 2024 Versi Malaysia Yang Terbaik, Lawak Dan Terkini.

Kedatangan 1 Syawal 1445 Hijrah bersamaan 10 April 2024 Masihi sememangnya amat dinanti-nantikan kerana umat Islam di seluruh dunia mahupun di Malaysia akan merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan selepas melaksanakan tuntutan agama yang juga antara lima Rukun Islam iaitu menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan.

Seterusnya tibalah masa untuk mendedikasikan atau membuat ucapan selamat hari raya Aidilfitri ataupun pantun yang mencuit hati kepada orang tersayang serta rakan-rakan.

Aidilfitri Diraikan Sebagai Tanda Kesyukuran

Perayaan Aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat Islam merupakan tanda kesyukuran setelah masing-masing berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu yang berjaya dilakukan selama sebulan di bulan Ramadan di samping bermuhasabah dengan melaungkan takbir dan tahmid tanda keinsafan selain membuat ucapan selamat hari raya Aidilfitri.

Syawal Adalah Hari Kemenangan

Ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan yang terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.

Ia disifatkan sebagai hari kemenangan bagi setiap umat Islam hasil dari ‘peperangan’ menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.

Ucapan Aidilfitri Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 Malaysia

Pasti ada di antara anda semua yang terfikir-fikir bagaimana hendak membuat ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan pantun bersempena dengan kehadiran 1 Syawal.

Ucapan tersebut bukan sekadar ucapan sahaja, tapi meninggalkan kesan yang mendalam kepada si penerima.

Bagi membantu anda, berikut editor sertakan koleksi pantun dan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri versi Malaysia. Sila lihat koleksi ucapan dan pantun tersebut di bawah.

Koleksi Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Berikut merupakan koleksi terkini kata-kata ucapan dan pantun serta ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024.

Anda boleh menggunakan kreativiti masing-masing dengan mengolah semula pantun atau ucapan selamat hari raya Aidilfitri untuk didedikasikan kepada insan tersayang mahupun kepada rakan taulan melalui platform rangkaian media sosial.

Teks Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 Malaysia
 Berharap Malam Segera Tiba,
Berganti Pagi Penuh Doa,
Menyambut Lebaran Bersama Keluarga.
Izinkan Kami Memohon Maaf Atas Segala Kesilapan,
“Minal ‘Aidin wal-Faizin”
Mohon Maaf Zahir Dan Batin Dari Kami Sekeluarga.
Mata Sering Salah Menatap,
Mulut Sering Salah Berucap,
Hati Sering Salah Prasangka,
Dengan Niat Yang Tulus Dan Suci, Saya Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Waktu Mengalir Deras Bagaikan Air.
Ramadhan Yang Suci Telah Berlalu.
Untuk Salah Yang Pernah Kubuat,
Khilaf Yang Pernah Terucap,
Pintu Maaf Selalu Kuharap.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Mawar Indah Harum Mewangi,
Aromanya Menyentuh Nurani,
Pesan Ini Sebagai Pengganti Diri,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Aku Tidak Memintamu Untuk Menjadi Awan,
Kerana Aku Takut Kamu Akan Mendung.
Aku Juga Tidak Memintamu Untuk Menjadi bunga,
Kerana Aku Takut Kamu Akan Layu.
Aku Hanya Memintamu Untuk Memaafkanku Setulus Hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Harta Yang Paling Bernilai Adalah Kesabaran.
Rakan Yang Paling Setia Adalah Amal.
Ibadah Yang Paling Indah Adalah keikhlasan.
Identiti Tertinggi Adalah Iman.
Pekerjaan Paling Berat Adalah Memaafkan.
Mohon Maaf Zahir Dan Batin, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Pulau Pandan Jauh Ke Tengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Makan Sudah Bersalam Pun Sudah,
Duit Raya Takkan Dah Lupa.
Tiada Kata Seindah Kata Maaf,
Tiada Perbuatan Seindah Yang Memaafkan,
Kini Hati Akan Dibersihkan, Tanpa Noda Dan Kotoran,
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Memukul Gendang Pelbagai Gaya,
Amat Meriah Riang Gembira,
Ramai Bertandang Di Hari Raya,
Tersenyum Riang Sanak Saudara.
Menyeberang Lautan Melintas Negeri,
Terbang Jauh Dari Itali,
Datuk Nenek Muka Berseri,
Anak Cucu Telah Kembali.
Masak Udang Dan Gulai Ketam,
Pembasuh Mulut Kuih Keria,
Berbunyi Mercun Berdetum Detam,
Riang Gembira Dihari Raya.
Negara Kita Aman Sentosa,
Jangan Dilupa Orang Teraniaya,
Makan Sudah Baju Bergaya,
Orang Fakir Jangan Dilupa.
Disisir Diandam Dengan Cekap,
Potong Rambut Pelbagai Gaya,
Puasa Sebulan Sudahlah Lengkap,
Kita Menyambut Hari Raya.
Buah Pauh Ditengah Bendang,
Jadi Dagangan Ditengah Kota,
Saudara Jauh Datang Bertandang,
Bermaaf-Maafan Sesama Kita.
Tangan Dihulur Maaf Dipinta,
Erat Hubungan Sesama Kita,
Semoga Gembira Di Hari Yang Mulia Ini,
Salah Dan Silap Harap Dimaafkan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Yang Jauh Itu Waktu,
Yang Dekat Itu Mati,
Yang Besar Itu Nafsu,
Yang Berat Itu Amanah,
Yang Mudah Itu Berbuat Dosa,
Yang Panjang Itu Amal Soleh,
Yang Indah Itu Saling Memaafkan,
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Katak Kenyang Lalu Tertidur,
Gajah Pitam Lantas Terjatuh,
Andai Tak Sampai Tangan Menghulur,
Ku Pohon keampunan Dari Jauh.
Satu Syawal Menjelang Tiba,
Takbir Bergema Mengegarkan Jiwa,
Sekiranya Ada Salah Dan Dosa,
Ampun Dipinta Dihari Mulia,
Selamat Hari Raya Maaf zahir Dan Batin.
Salam Diutus Tanda Ingatan,
Syawal Dinanti Menjelang Tiba,
Salam Diutus Pohon Kemaafan,
Maaf zahir Dan Batin.
Gemersik Takbir Mengundang Hiba,
Salam Diutus Tanda Ingatan,
Syawal Dinanti Menjelang Tiba,
Salam Diutus Pohon Kemaafan,
Maaf Zahir Dan Batin.
Sungai Disusur Sehari-Hari,
Dalam Gelap Menangkap Ikan,
Kami Menyusun Sepuluh Jari,
Salah Dan Silap Harap Maafkan,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Ramadhan Telah Kita Tinggalkan,
Hampir Menjelma Syawal Mulia,
Aidilfitri Berbahang Gembira Di Sambut Dengan Rasa Suka,
Di Kesempatan Ini Saya Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.
Salam Dihulur Tanda Ingatan,
Moga Ukhwah Sentiasa Berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Kami Titipkan,
Buat keluarga Dan Juga kenalan.
SALAM AIDILFITRI…
Tangan Dihulur Maaf Dipohon,
Tanda Ikhlas Mensucikan Diri,
Salah Dan Silap Harap Diampun,
Semoga Berbahagia Di Aidilfitri.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Ingatan Tulus Ikhlas Saya Dan Keluarga.
Dalam Kerendahan Hati Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta Ada Kekayaan Jiwa,
Dalam Kelembutan Lidah Ada Juga Keterlanjuran Kata,
Dalam Gurau Senda Sudah Tentu Ada Khilaf Dan Dosa.Mohon Ampun Zahir Dan Batin Dan Selamat Hari Raya AidilFitri..
Takbir Bergema Terasa Sayu,
Pada Pagi Hari Yang Mulia,
Raya Ini Sunggulah Pilu,
Tanpa Keluarga Dan Sanak Saudara.
1 Syawal Sudah Tiba,
Tahun Ini, Diraikan Dengan Sungguh Berbeza.
Jika Keadaan Tidak Mengizikan, Jangan Memaksa Diri Berziarah Di Hari Raya,
Kita Guna Video Call Saja.
Dalam Gurau Ada Senda,
Dalam Senyum Ada Tawa,
Dalam Suka Ada Duka,
Itulah Sebenarnya Diri Kita,
Cuma…
Jangan Ikut Hati Luka,
Jangan Difikir Salah Siapa,
Jangan Di Ungkit Pahala Dosa,
Anggaplah Ruang Bertemu Kata,
Kata Sekadar Penghibur Belaka,
Moga Silaturrahim Tetap Ceria,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Cahaya Ramadhan Berlalu Pergi
Menyambut Tibanya Aidilfitri,
Ampun Dan Maaf Segala Peri,
Semoga Ikatan Kekal Dihati.
Ramadhan Bakal Beransur Pergi,
Syawal Menjelma Di Aidilfitri,
Seikhlas Hati Menyusun Jari.
Mohon Maaf Kekhilafan Diri.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.
Takbir Sudah Bergema,
Syawal Sudah Tiba,
Selamat Hari Raya,
Ampun Maaf Dipinta,Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Pelita Diletak Diatas Para,
Hendak Dinyala Di Tepi Perigi,
Wassap Dihantar Pengganti Kad Raya,
Tanda Ingatan Di Aidilfitri.
Takbir Sudah Bergema,
Syawal Sudah Tiba,
Selamat Hari Raya,
Ampun Maaf Dipinta,Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Gemersik Takbir Mengundang Hiba,
Salam Diutus Tanda Ingatan,
Syawal Dinanti Menjelang Tiba,
Salam Diutus Pohon Kemaafan.