Permohonan UPU online mohon masuk IPTA, Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, IPG, Matrikulasi Dan ILKA
Sistem permohonan UPUonline sesi akademik 2023/2024 akan dibuka kepada calon-calon lulusan SPM, lulusan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM dan lepasan Diploma / Setaraf yang mahu memohon kemasukan ke Institusi Pengajian, Jabatan Pendidikan Tinggi [JPT].
Apakah UPU Online, UPU Skills
UPUonline dan UPUskills merupakan sistem yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bertanggungjawab menyelaras permohonan kemasukan ke Universiti Awam [UA], Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru [IPG], Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Kemahiran Awam [ILKA].
Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2023-2024
Berikut editor sertakan maklumat ringkas berkaitan dengan Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024.
Info Tarikh Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024
Tarikh Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024 | |||
🗓️ Tarikh | Dibuka | Ditutup | |
Februari 2023 | Mac 2023 | ||
📌 Tarikh sistem permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024 dibuka dan ditutup akan dinyatakan sebaik sahaja perkara ini diumumkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi [JPT]. |
Panduan Dan Cara Buat Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024
Berikut merupakan panduan tatacara ringkas bagi membuat permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024.
- Sila layari portal rasmi sistem permohonan UPU Online di pautan [link] https://upu.mohe.gov.my
- Penting! pastikan kategori anda adalah betul.
- Calon-calon disarankan membuat semakan syarat kelayakan di e-panduan Permohonan Kemasukan Ke Institusi Pengajian
Portal Rasmi Maklumat Permohonan UPU Online
Sebagai peringatan, calon-calon disarankan melayari Portal Rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA di pautan https://upu.mohe.gov.my kerana segala info-info dan panduan mengenai permohonan serta info berkaitan yang diperlukan oleh calon-calon telah disediakan dengan lengkap dan tepat.