Setibanya bulan Ramadhan selain menunaikan puasa, antara perkara yang wajib ditunaikan oleh seluruh umat Islam adalah menunaikan Zakat Fitrah kerana ia merupakan kewajipan Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam sama ada individu lelaki atau perempuan yang berkemampuan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Kewajipan Tunai Zakat Fitrah
Kewajipan menunaikannya adalah bertujuan bagi membersihkan diri daripada kelalaian sepanjang ibadat puasa serta menyucikan jiwa umat Islam yang berpuasa dan seterusnya bayaran berkenaan dapat digunakan untuk tujuan membantu orang-orang yang tidak berkemampuan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Waktu Menunaikan
Menurut syarak, Zakat Fitrah hendaklah ditunaikan sepanjang bulan Ramadan dimana waktu atau masa bagi tujuan menunaikannya adalah bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadan.
Kadar Bayaran
Sebagai makluman, kadar bayaran Zakat Fitrah akan ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Kadar bayaran tersebut mungkin berbeza di antara negeri kerana kaedah penentuan bayaran Zakat Fitrah dibuat berdasarkan harga dan gred beras semasa.
Berikut adalah pernyataan senarai kadar harga Zakat Fitrah seluruh negeri di Malaysia mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri bagi tahun 2024 Masihi bersamaan 1445 Hijrah.
Senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2024
Tahun ini dilihat lebih banyak Majlis Agama Islam Negeri telah menetapkan lebih daripada satu kadar harga. Hal ini demikian bertujuan bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan menunaikan kewajipan mengeluarkan Fitrah mereka.
Sehubungan dengan itu, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka. Sebagai rujukan, sila lihat kepada maklumat di bawah.
- RM6.50, RM7.00, RM8.00 – Beras Super Special Tempatan (10% dan 5% hancur).
- RM10.00, RM13.00, RM14.00 – (Beras Super Import) (Beras Perang) (Beras Pulut) (Herba Ponni) (Beras Wangi) (Beras Calrose) (Beras Poney) atau setaraf dengannya.
- RM20.00, RM21.00, RM24.00 – (Beras Basmathi) (Beras Jepun) (Beras Merah) atau setaraf dengannya.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2023 Masihi 1444 Hijrah | ||
L1 | Negeri | Kadar Bayaran Tahun 2023 |
Perlis | RM7.00 | |
Kedah | RM6.50 / RM7 / RM14 / RM21 | |
Pulau Pinang | RM7 / RM13 / RM20 | |
Perak | RM7 / RM14 / RM21 | |
Selangor | RM7 / RM14 / RM21 | |
Negeri Sembilan | RM7 / RM10 / RM21 | |
Melaka | RM7 / RM14 / RM21 | |
Johor | RM7 / RM13 | |
Pahang | RM7 / RM14 / RM21 | |
Terengganu | RM8 / RM10 / RM24 | |
Kelantan | RM7 / RM14 / RM21 | |
Sarawak | RM7.00 | |
Sabah | RM7.00 | |
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya Labuan | RM7 / RM14 / RM21 | |
Nota | ||
Kadar bayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2024 belum lagi diumumkan | ||
Petunjuk Warna | ||
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2023 |