Siaran langsung keputusan Malaysia vs Solomon Islands 14.6.2023

Siaran langsung keputusan Malaysia vs Solomon Islands 14 Jun 2023. Info live streaming malaysia vs solomon 2023 persahabatan dan keputusan.

Skuad Harimau Malaya (Malaysia) menerima kunjungan pasukan Kepulauan Solomon (Soloman Islands) bagi aksi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 yang dijadual berlangsung pada hari Rabu, 14 Jun 2023.

Objektif Perlawanan

Objektif utama perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di antara Malaysia menentang Kepulauan Solomon adalah bagi mempersiapkan skuad Harimau Malaya menghadapi saingan utama iaitu pusingan akhir Piala Asia (2023/2024 AFC Asian Cup) di Qatar.

Meningkatkan Kedudukan Ranking Dunia FIFA

Perlawanan persahabatan menentang Solomon Islands dirumuskan sebagai aksi penting bagi meningkatkan kedudukan pasukan Malaysia dalam carta Ranking bola sepak Dunia FIFA selain sebagai strategi bagi memastikan skuad Harimau Malaya kekal berada dalam kelompok 25 pasukan terbaik negara Asia sekali gus dapat mengelak dari bermain pada pusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2026.

Medan Menilai Prestasi Keserasian Pemain Dan Momentum Pasukan

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon pasti akan memanfaatkan perlawanan persahabatan ini dengan sebaiknya untuk menilai prestasi pemain dan mengukuhkan persefahaman antara pemain selain menguji kombinasi barisan pemain yang dipilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap.

Perbezaan Ranking Dunia FIFA Antara Malaysia Dengan Solomon Islands

Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menyaksikan Malaysia kini berada dikedudukan ke-138 dunia manakala pasukan Solomon Islands pula menduduki ranking ke-134 dunia.

Malaysia Ranking Ke-25 Terbaik Asia

Skuad Harimau Malaya kini berada pada kedudukan ranking ke-25 bola sepak negara Asia. Malaysia perlu kekalkan kedudukan ini bagi mengelakkan beraksi dalam pusi­ngan play-off kelayakan Piala Dunia 2026.

Penyokong Skuad Harimau Malaya Mengharapkan Kemenangan

Meskipun perlawanan membabitkan Malaysia dan Solomon Islands sekadar aksi persahabatan, penyokong mengharapkan skuad Harimau Malaya dapat mencipta kemenangan kerana kemenangan dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 dapat memberi mata yang akan memperbaiki kedudukan lebih baik skuad Harimau Malaya dalam FIFA ranking.

Strategi, Taktikal Malaysia Menjadi Tumpuan Penyokong

Penyokong setia skuad Harimau Malaya sudah tentu akan memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih Kim Pan Gon selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif dalam persahabatan Tier 1 di antara Malaysia menentang Solomon Islands.

Siaran Langsung Atau Live Streaming Malaysia Vs Solomon Islands 14 Jun 2023

Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 2023 membabitkan pasukan Malaysia menentang (vs) Kepulauan Solomon telah dijadual berlangsung pada hari Rabu bersamaan 14 Jun 2023 bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bermula jam 9 malam.

Aksi perlawanan Malaysia vs Solomon Islands turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran sukan Astro Arena dan TV9 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Keputusan Terkini Malaysia Vs Kepulauan Solomon Persahabatan 2023

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs Solomon bagi aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung Malaysia Vs Solomon Islands Persahabatan Antarabangsa Tier 1
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
PasukanFTPasukan
Malaysia logo fam41logo solomon islands bola Solomon
Penjaring GolPenjaring Gol
40′ Paulo Josue
45’+2 (P) Arif Aiman
78′ Safawi Rasid
90’+1 Lee Tuck
Raphael Lea’i 11′
Pautan Tontonan Online
Live Streaming Malaysia Vs Solomon Islands Friendly Match