Semakan Keputusan SPM 2023-2024 Secara Online Dan SMS

Semakan Keputusan SPM 2023-2024 Secara Online Dan SMS Merangkumi Butiran Tarikh Pengumuman Rasmi Keputusan SPM 2023 Dikeluarkan.
sijil keputusan spm

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan sebuah peperiksaan peringkat kebangsaan antara yang utama dalam sistem pendidikan di Malaysia dimana keputusan SPM ditadbir secara berpusat dengan penerapan elemen-elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir Pendidikan Sekolah Menengah.

Objektif Peperiksaan SPM

Antara objektif peperiksaan SPM yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk persijilan mata pelajaran.

SPM merekodkan pencapaian calon-calon bagi setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum iaitu lulus Bahasa Melayu.

Meskipun SPM berfungsi sebagai penarafan persijilan mata pelajaran, Sijil Pelajaran Malaysia mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu SPM digunakan sebagai syarat utama bagi tujuan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) atau Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan keputusan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan program dan bidang pengajian yang menjadi pilihan calon.

Sijil Pelajaran Malaysia juga digunakan sebagai syarat kelayakan bagi mendapatkan biasiswa pendidikan dan untuk tujuan-tujuan lain seperti permohonan pekerjaan.

pelajar spm 9a

Selepas Mendapat Keputusan SPM

Sebaik sahaja keputusan SPM diketahui pelbagai perkara pasti bermain difikiran masing-masing. Bagi yang mahu menyambung pengajian di Universiti Awam atau Institut Pengajian Tinggi, tiada ada apa perlu dirisaukan kerana matlamat tersebut sudah jelas.

Namun ada di kalangan lepasan SPM yang mempunyai niat untuk tidak melanjutkan pelajaran kerana mahu mencari pekerjaan terlebih dulu.

Apa yang pasti, selepas mendapat Keputusan penuh Sijil Pelajaran Malaysia 2023 buatlah keputusan dengan bijak kerana keputusan yang dibuat itu berpotensi memberi kesan terhadap masa depan anda.

Semakan Keputusan SPM 2023

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia boleh mendapatkan keputusan masing-masing pada tarikh yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut editor sertakan ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan keputusan SPM 2023 yang merangkumi bila tarikh keputusan dikeluarkan dan kaedah atau panduan untuk membuat semakan serta bagaimana mendapatkan slip (transkrip) keputusan yang lengkap.

Bila Keputusan SPM 2023 Diumumkan

Info Keputusan SPM 2023 Dikeluarkan
PerkaraButiran
Tarikh27 Mei 2024
HariIsnin
Masa10:00AM
Tarikh rasmi keputusan SPM 2023 dikeluarkan sepertimana yang dinyatakan adalah tepat berdasarkan pengumuman oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kenyataan Media Pengumuman Keputusan SPM 2023

pengumuman rasmi keputusan spm 2023

Panduan Ringkas Semakan Keputusan SPM 2023

Butiran
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan dua mekanisme atau kaedah kepada calon-calon bagi tujuan mengetahui keputusan masing-masing dengan pantas iaitu dengan semakan secara dalam talian (online) dan perkhidmatan SMS.
Bagi calon-calon yang mahu mengetahui keputusan dengan menggunakan cara semakan secara online, sila klik pada pautan (link) dibawah.
Pautan Semakan Keputusan SPM 2023 Secara Online
link https://myresultspm.moe.gov.my
Laman sesawang (web) sistem semakan keputusan SPM secara online hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa keputusan dikeluarkan.
Semakan Keputusan SPM 2023 Secara SMS
Selain semakan online, calon-calon juga boleh mengetahui ringkasan keputusan masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas Mysms 15888 dan sila rujuk kepada format seperti yang disertakan dibawah untuk tujuan penghantaran mesej.
Taip: SPM (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN seterusnya hantar SMS ke 15888
Contoh: SPM 990788035321 HG098A040 hantar SMS ke 15888
Cara Mendapatkan Slip Keputusan SPM 2023
Calon SekolahCalon Persendirian
Calon-calon yang berkenaan boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan melalui sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada tarikh rasmi pengumuman keputusan.Calon-calon persendirian yang berkenaan akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat mendaftar peperiksaan sebelum ini.