Sabah Ramadhan 2024 : Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak (Bersahur)

masjid bandaraya kota kinabalu
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak (Bersahur) Bulan Ramadhan 2024 Masihi 1445 Hijrah Terbitan JAKIM Bagi Seluruh Negeri Sabah.

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya seluruh umat Islam di negeri Sabah masih berpeluang bersama-sama untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2024 Masihi bersamaan 1445 Hijrah.

Bersyukur Atas Kehadiran Ramadan

Oleh itu, kita seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan kita diberi peluang untuk bermujahadah dalam Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan) kali ini.

Ketibaan Ramadhan sangat-sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia kerana Ramadan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai Syahrul Magfirah (Bulan Keampunan) dan Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka).

Rebut Tawaran Pahala Ramadan

Dalam bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya.

Semua umat Islam di negeri Sabah perlu memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada bulan Ramadan kerana bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bulan Ramadan 2024 Negeri Sabah

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berikut editor sertakan lampiran data jadual waktu imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadan bagi tahun 1445 Hjirah bersamaan 2024 Masihi untuk seluruh kawasan dan zon-zon di negeri Sabah berdasarkan jadual rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Lampiran Jadual

Sebagai makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa yang diterbitkan oleh JAKIM setiap tahun akan menjadi rujukan semua umat Islam di negeri Sabah merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) serta berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Berikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadan Tahun 1445H / 2024M bagi kawasan dan zon-zon di seluruh negeri Sabah.

Zon 1 : Bahagian Sandakan (Timur) Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam

lampiran waktu berbuka puasa ramadan 2024 sabah zon 1

Zon 2 : Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod Dan Pinangah

lampiran waktu berbuka puasa ramadan 2024 sabah zon 2

Zon 3 : Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak Dan Lahad Datu

lampiran waktu berbuka puasa ramadan 2024 sabah zon 3

Zon 4 : Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai Dan Kalabakan

lampiran waktu berbuka puasa ramadan 2024 sabah zon 4

Zon 5 : Bahagian Kudat Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong Dan Kudat

lampiran waktu berbuka puasa ramadan 2024 sabah zon 5

Zon 6 : Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,101M)

lampiran waktu berbuka puasa ramadan 2024 sabah zon 6

Zon 7 : Bahagian Pantai Barat Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar

lampiran jadual berbuka puasa ramadhan 2024 sabah zon 7

Zon 8 : Bahagian Pendalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan Dan Keningau

lampiran jadual berbuka puasa ramadan 2024 sabah zon 8

Zon 9 : Bahagian Pendalaman (Bawah) Tenom, Long Pasia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang

lampiran jadual berbuka puasa ramadan 2024 sabah zon 9