Skuad Harimau Malaya (Malaysia) menentang pasukan Chinese Taipei (Taiwan) bagi aksi kedua kumpulan D perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 yang dijadual berlangsung pada hari Selasa, 21 November 2023.
Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026
Malaysia beraksi dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 bermula pada peringkat pusingan kedua serta diundi berada dalam kumpulan D bersama dengan pasukan Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan (Chinese Taipei).
Ranking FIFA Terkini
Berdasarkan ranking semasa yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) setakat November 2023 menyaksikan Malaysia berada dikedudukan ke-130 dunia manakala pasukan Chinese Taipei pula menduduki ranking ke-153 dunia.
Rumusan Format Kelayakan
Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia (AFC) membabitkan lima peringkat pusingan kelayakan.
Setiap pasukan akan bersaing bagi merebut tempat peringkat kelayakan seterusnya sehingga berjaya mendapat slot pusingan akhir Piala Dunia 2026 yang diadakan di tiga buah negara tuan rumah bersama iaitu Canada, Mexico dan United States (USA).
Misi Ke Piala Dunia
Meskipun misi layak ke FIFA Piala Dunia dalam tempoh terdekat dirumuskan sebagai misi mustahil namun sekurang-kurangnya Malaysia sudah semakin hampir untuk ke Piala Dunia.
Live Streaming Malaysia Vs Chinese Taipei Kelayakan Piala Dunia 2026
Perlawanan kedua kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan pasukan Malaysia menentang Chinese Taipei telah dijadual berlangsung pada hari Selasa bertarikh 21 November 2023 bertempat di Stadium Perbandaran Taipei bermula jam 7:00 malam.
Aksi Malaysia vs Chinese Taipei turut disiarkan secara siaran langsung di saluran sukan Astro Arena serta AstroGO seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.
Penyokong skuad Harimau Malaysia boleh juga menonton perlawanan Malaysia vs Taiwan secara live streaming di internet dengan melayari laman web penstriman rasmi Sooka (Astro).
Terkini Keputusan Malaysia Vs Taiwan 21 November 2023
Dalam pada itu, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Malaysia vs Chinese Taipei bagi aksi kedua kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Pautan Tontonan Online |
Keputusan Langsung Malaysia Vs Chinese Taipei Kelayakan Piala Dunia 2026 | ||||
Taipei Municipal Stadium | ||||
Pasukan | FT | Pasukan | ||
C. Taipei | 0 | 1 | ||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
Darren Lok 72′ |