Bantuan Rumah PPRT : Terkini Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia PRKM

Isu kemampuan dan kesukaran membeli rumah di Malaysia bukanlah satu perkara baharu bagi golongan yang berada dalam kategori Miskin Tegar terutamanya dan golongan berpendapatan rendah (B40).

Golongan Miskin Tegar Dan B40 Masih Belum Mampu Memiliki Rumah Sendiri

Berdasarkan statistik, ketua Isi Rumah dari kalangan Miskin Tegar terutamanya dan golongan berpendapatan rendah (B40) kebanyakannya masih belum berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri atas faktor kenaikan harga perumahan di Malaysia yang meningkat setiap tahun.

Jurang Pendapatan Dan Harga Semasa Perumahan

Faktor utama golongan Miskin Tegar dan B40 sukar memiliki rumah sendiri adalah disebabkan faktor kelayakan pendapatan iaitu jurang pendapatan yang rendah dibandingkan dengan harga semasa rumah sekali gus menyebabkan golongan ini sukar untuk mendapatkan kelulusan pinjaman perumahan serta tidak mampu menampung kos pembelian rumah yang begitu tinggi pada masa ini.

Usaha Kerajaan Membantu

Kerajaan memandang serius mengenai isu pemilikan rumah yang dihadapi oleh golongan Miskin Tegar dan B40 sekali gus menyaksikan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menangani isu ini dengan memperkenalkan pelbagai skim bagi memudahkan serta membantu golongan Miskin Tegar dan Berpendapatan Rendah (B40) memiliki kediaman sendiri.

Permohonan Bantuan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia PRKM

Kerajaan berusaha menangani isu pemilikan rumah dengan menaikkan kadar kos pembinaan dan baik pulih rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kini sudah dijenamakan kepada Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PPRKM).

Bantuan PRKM Bina Rumah

Menurut Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kadar harga baharu bagi projek bina rumah baru PRKM dinaikkan daripada RM56,000 kepada RM66,000 seunit di Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan daripada RM68,000 kepada RM79,000 seunit.

Bantuan PPKM Baik Pulih Rumah

Bagi bantuan PRKM baik pulih rumah, dinaikkan pada kadar maksimum RM15,000 di Semenanjung dan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar maksimumnya adalah RM17,000.

Cara Buat Permohonan

Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PPRKM) memfokuskan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar dan Miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuatkuasa.

Oleh itu, pemohon hendaklah menepati kriteria syarat kelayakan ditetapkan oleh kerajaan seperti di bawah.

  1. Disahkan sebagai Miskin Tegar atau Miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam Program Pembasmian Kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.

Permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia PRKM Secara Online

Permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang rasmi sistem Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (eSPKR). Sila klik pautan (link) yang disertakan di bawah.

Pautan (Link) Sistem eSPKR
link https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online

Panduan Permohonan

panduan espkr

  1. Setelah melayari laman sesawang rasmi eSPKR, sila klik ikon judul Program Perumahan Rakyat Termiskin kemudian Masukkan No. Kad Pengenalan dalam ruangan tersedia seterusnya klik butang Semak dan pemohon akan dibawa ke halaman sistem borang permohonan online. Sila ikuti langkah seterusnya sepertimana yang terpapar dalam sistem eSPKR.
  2. Pemohon mestilah menepati kriteria dan syarat kelayakan sepertimana ditetapkan.
  3. Sila lengkap butiran maklumat pemohon dalam ruangan yang diperlukan dengan teliti dan lengkap.
  4. Perlu dingatkan bahawa kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.